Steamboat Willie
Steamboat Willie ialah sebuah filem pendek animasi yang keluar pada 18 November 1928, sebagai kartun Mickey Mouse ketiga, selepas Plane Crazy (keluar enam bulan dahulu) dan The Gallopin' Gaucho (dihasilkan dahulu, tetapi keluar selepasnya). Inilah kartun Disney pertama yang diisi bunyi segerak.[2] Disney menggunakan sistem Cinephone rekaan Pat Powers yang menggunakan sistem Phonofilm Lee De Forest tanpa memberikan apa-apa penghargaan kepada De Forest. Tayangan perdana Steamboat Willie diadakan di 79th Street Theatre, New York[3] dan mengatasi sambutan filem cetera Gang War.
Steamboat Willie Siri Mickey Mouse | |
---|---|
Pengarah | Walt Disney[1] |
Penerbit | Walt Disney[1] |
Penulis cerita | Walt Disney Ub Iwerks |
Suara | Walt Disney[1] |
Juruanimasi | Ub Iwerks |
Studio | Walt Disney Productions |
Pengedar | Celebrity Productions |
Tarikh keluaran | 18 November 1928 |
Proses warna | Hitam putih (Filem) / Pewarnaan lukis semula (TV) |
Tempoh | 7 min (segelung) |
Kartun ini adalah arahan Walt Disney[1]. Judulnya mengajuk filem Buster Keaton iaitu Steamboat Bill Jr. Muzik dalam Steamboat Willie digubah oleh Wilfred Jackson, yang dikatakan salah seorang juruanimasi Disney, dan terkandung melodi-melodi terkenal termasuk "Steamboat Bill" dan "Turkey in the Straw".
RujukanSunting
- ^ a b c d From The Encyclopedia of Disney Animated Shorts.
- ^ Disneyshorts.org
- ^ 1519 Second Avenue at 79th Street, now the synagogue Temple Sharaay Tefila. By 1941 it had been renamed the Colony Theater.
Rencana mengenai filem kanak-kanak ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |