Buka menu utama

Walt Disney Parks and Resorts, ialah segmen syarikat Walt Disney yang merancang, membina dan menguruskan taman tema dan tempat peranginan milik syarikat ini, dan juga beraneka perusahaan istirahat berorientasikan keluarga yang lain. Ia merupakan salah satu daripada empat segmen perniagaan utama syarikat, di samping segmen Consumer Products (barangan pengguna), Media Networks (rangkaian media), dan Studio Entertainment (hiburan dan perfileman).

Divisi taman tema ini diasaskan pada tahun 1971 dengan nama Walt Disney Attractions ketika pembukaan taman tema kedua Disney, iaitu Magic Kingdom di Walt Disney World Resort di Florida, sebagai pelengkap Disneyland asal di California.

Tempat peranginan DisneySunting

Disneyland ResortSunting

Rencana utama: Disneyland Resort

Disneyland, diasaskan sebagai taman tunggal oleh Walt Disney pada 17 Julai 1955, di bandar Anaheim, California.

Pada tahun 2001, kawasan ini diberikan nama rasmi Disneyland Resort, bersempena pembukaan Disney's California Adventure Park, dua hotel peranginan baru dan daerah peruncitan, restoran dan hiburan Downtown Disney. Resort ini menduduki kawasan seluas 500 ekar (2.0 km2), dan dibahagikan kepada taman-taman, pusat beli-belah dan tempat-tempat peranginan berikut:

Taman tema
Kompleks beli-belah dan hiburan
Tempat peranginan

Walt Disney World ResortSunting

Ketika dibuka pada 1 Oktober 1971, Walt Disney World Resort, hanya terdiri daripada Magic Kingdom dan tiga hotel peranginan. Kini, ia merupakan tempat percutian terbesar dan destinasi pelancongan termasyhur di dunia, dengan empat taman tema, dua taman air, sebuah kompleks beli-belah dan hiburan, 20 hotel, lapan padang golf, dan berbatu-batu panjangnya kegiatan rekreasi.

Taman tema
Taman air
Taman lain
Kompleks beli-belah dan hiburan
Resort

Tokyo Disney ResortSunting

Rencana utama: Tokyo Disney Resort

Tokyo Disney Resort dibuka pada 15 April 1983 di bandar Urayasu, Chiba, Jepun. Pada 4 September 2001, tempat peranginan ini diperluas oleh pembukaan Tokyo DisneySea. Di dalamnya terdapat beberapa hotel peranginan, tetapi hanya tiga daripadanya adalah milik tempat peranginan yang bermegah dengan bangunan letak kereta terbesar di dunia. Tokyo Disney Resort dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh The Oriental Land Company dan dilesenkan oleh syarikat Walt Disney. Resort ini dibina oleh Walt Disney Imagineering, dan pihak Disney masih sedikit sebanyak menguasai pengurusannya; Nick Franklin mengetuai pasukan Walt Disney Attractions Japan di syarikat Disney, yang berhubung dengan Oriental Land Company mengenai segala aspek di Resort, serta menugaskan pasukan Imagineers di Resort ini. Berikut ialah senarai hartanah Tokyo Disney:

Taman hiburan
Pusat beli-belah
Tempat peranginan

Disneyland ParisSunting

Rencana utama: Disneyland Paris

Disneyland Paris, kompleks peranginan kedua Disney di luar Amerika Syarikat, dibuka pada 12 April 1992, sebagai Euro Disney Resort. Terletak di Marne-la-Vallée di pinggiran kota Paris, Perancis, Disneyland ini bercirikan dua taman tema, sebidang padang golf, sebuah kompleks hiburan dan enam hotel peranginan Disney. Ia diselenggara dan diuruskan oleh Euro Disney S.C.A., sebuah syarikat milikan separa syarikat Walt Disney yang sahamnya didagangkan dalam bursa Euronext. Harta-hartanya terletak pada kawasan seluas 4,940 ekar (20.0 km2), dan terdiri daripada:

Taman
Kompleks beli-belah dan hiburan
Penginapan

Hong Kong Disneyland ResortSunting

Hong Kong Disneyland, tempat peranginan Disney yang kedua keseluruhannya dan yang kedua di Asia, dibuka pada 12 September 2005, di Penny's Bay, Pulau Lantau, Hong Kong. Kini, resort ini terdiri daripada satu taman tema dan dua hotel, dengan tanah yang ditempah untuk peluasan masa depan. Ia dimiliki dan dikendali oleh Hong Kong International Theme Parks, sebuah syarikat yang dikongsi oleh The Walt Disney Company dan Kerajaan Hong Kong. Hong Kong Disneyland Resort terletak di tapak seluas 320 ekar (1.3 km2).

Taman
Hotel

Disney Cruise LineSunting

Rencana utama: Disney Cruise Line

Disney Cruise Line, dibentuk padatahun 1995; dua kapal miliknya iaitu Disney Magic dan Disney Wonder masing-masing bermula operasi pada tahun 1998 dan 1999, dan direka dengan usahasama bersama Walt Disney Imagineering. Kedua-dua kapal menawarkan pelayaran tiga, empat dan tujuh malam di Caribbean, setiap satunya berhenti di pulau persendirian Disney di Bahamas, iaitu Castaway Cay. Dua kapal baru akan menyertai armada Disney pada tahun 2011 dan 2012.

Harta:

Garis masaSunting

1950-an dan 1960-anSunting

1970-an dan 1980-anSunting

1990sSunting

2000sSunting

RujukanSunting