Kuvasz

baka anjing dari Hungary

Kuvasz[a] ialah satu baka anjing penjaga kawanan ternakan. Sebutan tentang baka ini dapat ditemukan dalam teks lama berbahasa Hungary. Ia dahulu pernah menjadi anjing pengawal diraja, atau menjaga haiwan ternakan, tetapi semakin banyak terdapat di rumah sebagai anjing peliharaan sepanjang tujuh puluh tahun terkini. American Kennel Club menyertakan baka ini dalam kumpulan anjing pekerja.

Kuvasz
Nama lainKuvasz Hungary
Negara asalHungary
Trait
Berat Jantan 48–62 kg (106–137 lb)[1]
Betina 37–50 kg (82–110 lb)[1]
Tinggi Jantan 71–76 cm (28–30 in)[1]
Betina 66–70 cm (26–28 in)[1]
Bulu kasar dan beralun dengan lapis bulu bawah lembut
Warna putih
Jangka hayat 10–12 tahun[2]:78
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting
 
Pada Eksposisi Antarabangsa Panama–Pasifik di San Francisco pada tahun 1915

Semasa Zaman Penghijrahan dan kemudian penaklukan Hungary ke atas Lembangan Karpatos, banyak suku nomad atau separa nomad berpindah ke kawasan yang kini merupakan Hungary. Prinsipaliti Hungary diasaskan pada tahun 895 atau 896 Masihi. Orang Magyar barang kali membawa biri-biri dan anjing bersama dengan mereka dan menubuhkan budaya pastoral di dataran Hungary.[3]:92

Pada abad kelima belas, Matthias Corvinus dipercayai telah membelia sejumlah besar anjing kuvasz di istana baginda sebagai anjing pengawal atau anjing pemburu atau kadang-kadang sebagai anjing perang.[3]:92

Pembiakbakaan terpilih kuvasz sebagai baka bermula pada bahagian akhir abad kesembilan belas dan piawaian baka dirangka.[3]:92 Pada tahun 1934, ia diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa[3]:92 yang menyenaraikan tarikh penerimaan penuh pada tahun 1954.[4]

Menjelang penamat Perang Dunia Kedua, hampir kesemua anjing kuvasz di Hungary telah dibunuh. Anjing ini mempunyai reputasi untuk melindungi keluarganya sehingga ia secara aktif dicari dan dibunuh oleh tentera Jerman dan Soviet, sementara pada masa sama sesetengah pegawai Jerman pernah membawa pulang anjing kuvasz bersama dengan mereka.[5] Selepas pencerobohan Soviet dan penghujung peperangan, baka ini hampir pupus di Hungary.[6] Selepas peperangan, ada pendedahan bahawa kurang daripada tiga puluh ekor kuvasz tersisa di Hungary dan beberapa sumber menunjukkan bahawa bilangannya mungkin hanya dua belas ekor. Sejak itu, atas sebab ramai pembiak baka berdedikasi, baka kuvasz telah mengisi Hungary semula.[7] Walau bagaimanapun, akibat kehampiran kepupusan, takungan genetik yang tersedia kepada pembiak baka separahnya terbatas dan terdapat dugaan bahawa sesetengah pihak mungkin telah menggunakan baka lain, seperti anjing besar Pyrénées, untuk meneruskan program mereka.[8]

Di Romania, perundangan spesifik baka menetapkan bahawa kuvasz mesti diberongsong apabila berada di tempat awam.[9]

 
Seekor anak anjing

Kuvasz ialah anjing besar dan berkuasa: jantan berdiri kira-kira setinggi 71–76 cm (28–30 in) pada paras kelasa, dengan berat dalam julat 48–62 kg (106–137 lb); betina pula mungkin berdiri setinggi 66–70 cm (26–28 in) dan berukuran seberat 37–50 kg (82–110 lb).[1]

Lapis bulunya berwarna putih atau putih gading; lapis bulunya tebal dan kasar dengan lapis bulu bawah lembut. Kulitnya berwarna kelabu loh; hujung hidung, bibir, dan pinggir mata berwarna hitam dan tapak kaki berwarna hitam atau kelabu loh.[3]:92[1]

Kepalanya berbentuk baji; muncungnya kurang sedikit daripada separuh panjang penuh kepala dan stopnya halus. Matanya berbentuk badam, berwarna perang gelap, dan sedikit serong.[1]

Walaupun pada umumnya ia merupakan baka sihat dan tegap yang dapat dijangkakan hidup sehingga hampir-hampir 12–14 tahun, kuvasz terdedah kepada masalah perkembangan tulang.[10]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: کوۏس, Sebutan bahasa Melayu: [kuvas]; Hungary: kuvasz, pronounced [ˈkuvɒs]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 54 KUVASZ" [Piawaian FCI No. 54 Kuvasz] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler dan Elke Peper. 13 September 2000. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  3. ^ a b c d e Janet V. Dohner (2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide to 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners (Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. ISBN 9781612125923.
  4. ^ "FCI breeds nomenclature: Kuvasz". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  5. ^ "Kuvasz Club of America – Kuvasz History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2007. Dicapai pada 27 Januari 2024.
  6. ^ "Everything You Need to Know About the Kuvasz Dog Breed" (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Dog Commands and Hand Signals" (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ Kuvasz Fanciers Association – The Kuvasz (Inggeris)
  9. ^ "Cainii din rasa Pitbull vor fi interzisi in Romania". Adevărul (dalam bahasa Romania). Bucharest, Romania. 26 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2009. Dicapai pada 27 Januari 2024.
  10. ^ "Kuvasz Club of America – Kuvasz Health" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2006. Dicapai pada 27 Januari 2024.

Bacaan lanjut

sunting
  • Hódosi, József, penyunting. A Kuvasz (Hungary). Hungaria Kuvasz Klub, 1996. Terjemahan bahasa Inggeris oleh International Kuvasz Book Project.