Lampropeltis getula

Lampropeltis getula (Nama biasa termasuk ular raja timur,[2] ular raja biasa,[3] ular raja rantai,[4] (more)) merupakan spesies colubrid tidak merbahaya yang terdapat di [[Amerika Syarikat[[ dan Mexico. Ia telah lama menjadi spesies kegemaran pengumpul ular.[4] Lapan subspesies kini diakui, termasuk subspesies dipilih yang digambarkan di sini.[5]

Lampropeltis getula
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
L. getula
Nama binomial
Lampropeltis getula
(Linnaeus, 1766)
Sinonim

Gambaran sunting

Fail:Kinglg.jpg
L. g. getula boleh jadi jinak walaupun ditangkap liar.

Spesimen dewasa antara dari 51 hingga 197 cm (20 hingga 78 in) panjang.[6][7] Speckled Kingsnakes adalah jenis terkecil pada purata, pada 91.5 cm (36.0 in) (panjang muncung ke dubur ("snout-to-vent" tidak termasuk ekor) purata, sementara yang dipilih adalah terbesar, pada 107 cm (42 in) secara purata.[7] Spesimen sehingga 208.2 cm (82 inci) telah direkod.[8] Berat boleh berbeza dari 285 g (10.1 oz) pada spesimen kecil sepanjang 87.2 cm (34.3 in), sehingga 2,268 g (5.000 lb) pada spesiemn besar, dengan panjang melebihi 153 cm (60 in).[9][7]

Pola warna terdiri dari hitam berkilat, hitam kebiruan atau perang gelap warna tanah berselang dengan siri 23-52 gelang putih berbentuk cecincin.[4][10] Ular raja dari Dataran Persisiran memiliki gelang lebih lebar, semnetara yang terdapat di kawasan pergunungan memiliki gelang lebih kecil atau hitam keseluruhannya.

Julat geografi sunting

Terdapat di Amerika Syarikat di Alabama, Arizona, Arkansas, California, sebahagian Colorado, Delaware, Florida, Georgia, utara dan selatan Illinois, selatan Indiana, selatan Iowa, Kansas, Kentucky, Louisiana, Maryland, Mississippi, Missouri, Nebraska, selatan dan barat Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, Carolina Utara, selatan Ohio, tenggara Oklahoma, selatan Oregon, Carolina Selatan, Tennessee, Texas, selatan Utah, Virginia, dan Virginia Barat. Juga terdapat di utara Mexico, termasuk keseluruhan Baja California [Hubbs, 2009].[1]

Habitat sunting

Ia menggemari kawasan terbuka, terutama padang rumput, tetapi termasuk chaparral, hutan oak, ladang tinggal, gurun, gunung rendah, pasir dan semua jenis kawasan riparian, termasuk paya, terusan, dan anak sungai. [Hubbs, 2009].

Diet sunting

Ia memakan ular lain, termasuk ular berbisa. Ia mengembangkan teknik memburu bagi mengelak digigit dengan menggigit pada rahang mangsa ular berbisa, tetapi sungguhpun sekiranya digigit, ia kebal terhadap bisa ular. Ia turut memakan ampfibia, telor kura-kura, mengkarung, dan mamalia kecil, yang dibunuhnya dengan menjerut.[11]

Pembiakan sunting

Sebagai Oviparous, ular betina bertelur lebih dari beberapa dozen telor yang menetas selepas pengeraman selama 2-2.5 bulan. Ketika baru menetas ia bewarna terang dan makan tikus, mengkarung dan ular kecil yang lain.[4]

Peliharaan sunting

Lama diminati pengumpul, ia mudah dipelihara, hidup sehingga 25 tahun atau lebih.[4]

Subspesies sunting

Subspesies[5] Authoriti[5] Nama biasa[5] Julat Geografi
L. g. californiae (Blainville, 1835) California kingsnake
L. g. floridana Blanchard, 1919 Ular raja Florida
L. g. getula (Linnaeus, 1766) Ular raja timur
L. g. holbrooki Stejneger, 1902 Ular raja berkilauan ("Speckled")
L. g. nigra (Yarrow, 1882) Speckled kingsnake hitam
L. g. nigrita Zweifel & Norris, 1955 Speckled kingsnake hitam Mexico
L. g. splendida (Baird & Girard, 1853) Speckled kingsnake gurun
L. g. meansi Krysko & Judd, 2006 Apalachicola Lowlands Kingsnake Apalachicola Lowlands, Florida

Rujukan sunting

Hubbs, Brian. 2009. Common Kingsnakes. Tricolor Books, Tempe, Arizona.

  1. ^ a b Lampropeltis getula di Reptarium.cz Reptile Database. Diakses pada 29 June 2008.
  2. ^ Conant R. 1975. A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America. Second Edition. First published in 1958. Houghton Mifflin Company Boston. 429 pp. 48 plates. ISBN 0-395-19979-4 (hc), ISBN 0-395-19977-8 (pb).
  3. ^ Behler JL, King FW. 1979. The Audubon Society Field Guide to North American Reptiles and Amphibians. New York: Alfred A. Knopf. 743 pp. LCCCN 79-2217. ISBN 0-394-50824-6.
  4. ^ a b c d e Mehrtens JM. 1987. Living Snakes of the World in Color. New York: Sterling Publishers. 480 pp. ISBN 0-8069-6460-X.
  5. ^ a b c d "Lampropeltis getula". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 29 June 2008.
  6. ^ Burnie D, Wilson DE. 2001. Animal. Dorling Kindersley Publishing. 624 pp. ISBN 0-7894-7764-5.
  7. ^ a b c [1]
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-25. Dicapai pada 2013-12-14.
  9. ^ [2]
  10. ^ Wright AH, Wright AA. 1957. Handbook of Snakes. 2 volumes. Comstock Publishing Associates. (7th printing, 1985). 1105 pp. ISBN 0-8014-0463-0.
  11. ^ Schmidt, K.P. and D.D. Davis. 1941. Field Book of Snakes of the United States and Canada. G.P. Putnam's Sons. New York. p. 176.

Pautan luar sunting