Laporan Penilaian Keenam IPCC

Laporan ke-6 daripada IPCC

Laporan Penilaian Keenam (AR6) Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan siri keenam laporan-laporan yang menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosioekonomi berkenaan perubahan iklim. Tiga kumpulan kerja (Working Group) menilai:

  1. Asas Sains Fizikal Perubahan Iklim [1]
  2. Impak, Adaptasi dan Mudahnya Terdedah [2]
  3. Pengurangan Perubahan Iklim [3]

yang pertama daripada tiga kumpulan kerja (WG) ini diterbitkan pada 09 Ogos 2021,[1] yang kedua pada 28 Februari 2022,[2] dan yang ketiga dirancang pada bulan April 2022; laporan sintesis akhir dijadualkan selesai pada bulan September 2022.[3]

Sejumlah 234 ahli sains dari 66 buah negara menyumbang kepada laporan kumpulan pertama daripada tiga WG.[4][5] Kumpulan kerja 1 (WG I) menerbitkan Asas Sains Fizikal Perubahan Iklim.[6][7] Para penulis laporan[8] mencipta lebih daripada 14 ribu kertas saintifik untuk menghasilkan laporan berhalaman 3,949, yang kemudiannya diluluskan oleh 195 kerajaan dan pemerintah.[9] Dokumen Ringkasan Pengubal Dasar (SPM) telah digubal oleh ahli sains dan dipersetujui untuk digariskan oleh 195 kerajaan dan pemerintah di IPCC selama lima hari menjelang 6 Ogos 2021.[8]

Menurut laporan tersebut, pemanasan 1.5°C atau 2°C mungkin boleh dielakkan jika pemotongan terhadap pelepasan gas rumah hijau dibuat dengan besar-besaran dan segera.[6] Pada halaman hadapan, The Guardian menggambarkan laporan itu sebagai "amaran yang paling ketara" terhadap "perubahan iklim utama yang tidak dapat dielakkan dan dipulihkan",[10] suatu tema yang terpapar pada banyak akhbar[11] serta para pemimpin siasah dan aktivis di seluruh dunia.

Struktur sunting

Laporan penilaian keenam terdiri daripada laporan-laporan oleh tiga kumpulan kerja (WG I, II dan III) dan laporan sintesis yang menyimpulkan penilaian pada akhir tahun 2022.[7] Semasa sesi ke-43 yang berlangsung pada April 2016 di Nairobi, Kenya, topik-topik untuk Laporan Khas (3) dan Laporan Pengkaedahan (1) dalam kitaran penilaian AR6 telah diputuskan.[12][13]

Turutan tarikh pelancaran, sebenar dan dirancang:

  • Laporan Khas mengenai Pemanasan Global 1.5 °C pada Oktober 2018
    • Penyempurnaan 2019 Garis Panduan IPCC 2006 bagi Inventori Gas Rumah Hijau Kebangsaan pada 2019
  • Laporan Khas mengenai Pemanasan Iklim dan Tanah (SRCCL) pada Ogos 2019
  • Laporan Khas mengenai Lautan dan Kriosfera dalam Mengubah Iklim (SROCC) pada September 2019
  • Asas Sains Fizikal Perubahan Iklim pada Ogos 2021[14][15] (sumbangan WG I)
  • "Impak, penyesuaian dan kerentanan" pada Februari 2022 (sumbangan WG II)
  • "Mitigasi perubahan iklim" pada Mac 2022 (sumbangan WG III)
  • Laporan Sintesis pada Oktober 2022[16]

Rujukan sunting

  1. ^ *, Jalal (2021-08-25). "Indonesia dan Laporan Penilaian Keenam IPCC, Bagaimana Harusnya Kita Berubah?". Mongabay ID. Dicapai pada 2022-03-01.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  2. ^ Klikhijau.com, Tim Redaksi (2022-02-28). "Menyimak 5 Pesan Penting dari Laporan IPCC AR6-WG II Perihal Krisis Iklim". Klikhijau.com. Dicapai pada 2022-03-01.
  3. ^ "AR6 Synthesis Report: Climate Change 2022". IPCC. Dicapai pada 2022-03-01.
  4. ^ "UN climate science talks open amid heatwaves, floods and drought". UN News (dalam bahasa Inggeris). 26 Julai 2021. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  5. ^ Dunne, Daisy (10 Ogos 2021). "How scientists around the world reacted to the IPCC's landmark climate report". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Ogos 2021.
  6. ^ a b McGrath, Matt (2021-08-09). "Climate change: IPCC report is 'code red for humanity'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  7. ^ a b Masson-Delmotte, Valérie; Zhai, Panmao; Pirani, Anna; Connors, Sarah L.; Péan, Clotilde; Berger, Sophie; Caud, Nada; Chen, Yang; Goldfarb, Leah; Gomis, Melissa I.; Huang, Mengtian; Leitzell, Katherine; Lonnoy, Elisabeth; Matthews, J. B. Robin; Maycock, Tom K.; Waterfield, Tim; Yelekçi, Ozge; Yu, Rong; Zhou, Baiquan, penyunting (9 Ogos 2021). "Summary for Policymakers". Climate Change 2021: The Physical Science Basis. Contribution of Working Group I to the Sixth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change (PDF) (dalam bahasa Inggeris). IPCC / Cambridge University Press. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  8. ^ a b "The IPCC delivers its starkest warning about the world's climate". The Economist (dalam bahasa Inggeris). 9 Ogos 2021. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  9. ^ Plumer, Brad; Fountain, Henry (2021-08-11) [9 Ogos 2021]. "A Hotter Future Is Certain, Climate Panel Warns. But How Hot Is Up to Us". Climate Change: U.N. Climate Report. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). The New York Times Company. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  10. ^ Harvey, Fiona (9 Ogos 2021). "Major climate changes inevitable and irreversible – IPCC's starkest warning yet". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ Sullivan, Helen (2021-08-10). "'Code red for humanity': what the papers say about the IPCC report on the climate crisis". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ "Sixth Assessment Report — IPCC" (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ "The IPCC and the sixth Assessment cycle" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  14. ^ "Tentative IPCC AR6 WGI schedule for 2020–2021 (11 June 2020)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  15. ^ "IPCC opens meeting to approve physical science report — IPCC" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Julai 2021.
  16. ^ "IPCC reschedules report approval sessions — IPCC" (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting