"Last Nite" ialah sebuah single yang diangkat daripada Is This It, album debut bagi kumpulan garage rock/post-punk, The Strokes.

"Last Nite"
Fail:The Strokes - Last Nite - CD single cover.jpg
Single oleh The Strokes
daripada album Is This It
Dilancarkan pada2001 (AS)
FormatCD
GenreGarage rock
Panjang3:15
SyarikatRCA
PenerbitGordon Raphael
Kronologi single The Strokes
""Hard to Explain"
(2001)"
"Last Nite" ""Someday"
(2001)"
Sampel muzik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada Mac 2005, majalah Q meletakkan "Last Nite" pada kedudukan 66 dalam senarai 100 Trek Gitar Terulung majalah tersebut. Pada September 2006, NME meletakkan "Last Nite" pada kedudukan pertama dalam senarainya bagi 50 Trek Terulung Sepanjang Dekad. Dalam May 2007, majalah NME meletakkan "Last Nite" pada kedudukan ke-9 dalam senarainya untuk 50 Lagu Indie Pujaan Terulung. Satu segmen bagi lagu tersebut digunakan oleh "Weird Al" Yankovic untuk medley polkanya, "Angry White Boy Polka".

Sesetengah orang menganggap riff lagu ini serupa dengan lagu "American Girl" Tom Petty and The Heartbreakers. Dalam satu temu ramah dengan Rolling Stone pada tahun 2006, Tom Petty berkata "The Strokes" mengambil 'American Girl' [untuk lagu mereka "Last Nite"], dan saya terlihat sebuah temu ramah bersama mereka di mana mereka mengakuinya. Itu membuatkan saya ketawa terbahak-bahak. Saya pun macam 'Ok, baik untuk kamu.' Saya tidak kisah."[1] Kumpulan ini pada asalnya tidak mahu membuat video muzik. Mereka lebih suka mempersembahkannya secara langsung.

Senarai trek sunting

Last Nite (versi UK dan AS) sunting

  1. "Last Nite" (Versi Album) - 3:15
  2. "When It Started" - 2:59

Last Nite (versi AUS) sunting

  1. "Last Nite" (Versi Album) - 3:15
  2. "When It Started" - 2:59
  3. "Last Nite" (Live) - 3:27
  4. "Take It or Leave It" (Live) - 3:29

Cover Vitamin C sunting

"Last Nite"
Fail:Last niteVC.jpg
Single oleh Vitamin C
Dilancarkan pada7 Julai 2003
Dirakamkan pada2003
FormatSingle CD
SyarikatV2 Records
Kronologi single Vitamin C
""As Long As You're Loving Me"
(2001)"
"Last Nite"
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

"Last Nite" telah di-cover oleh Vitamin C pada tahun 2003. Single ini menampilkan sebuah sampel daripada lagu "Heart of Glass" Blondie. Selepas Elektra Records menggugurkan Vitamin C apabila album keduanya, More, gagal, dia menyertai V2 Records di UK, dengan harapan dapan menembusi scene muzik di sana. Selepas album ketiganya dirakam, single ini dikeluarkan hanya di UK dengan rancangan untuk membebaskan album berkenaan sebulan selepas itu. Numun, single tersebut gagal dalam minggu pertama debutnya dan hanya dapat menduduki #70 dan jatuh menjunam dalam carta. V2 menangguhkan album Vitamin C kemudiannya dan menggugurkannya.

Senarai trek sunting

  1. "Last Nite"
  2. "Last Nite" (Derby & Kotch Mix)
  3. "Last Nite" (I Lick That Mix oleh Count Caligula)
  4. "Last Nite" (Clique Remix)

Carta sunting

Charta Kedudukan tertinggi
UK Singles Chart 70

Rujukan sunting

  1. ^ "Tom Petty interview". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2009-11-20.