Lata Kinjang merupakan air terjun yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, negeri Perak. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.

Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting