Latitud kuda
Latitud kuda atau garis lintang kuda atau kawasan tekanan tinggi subtropika ialah latitud subtropika antara 30 dan 38 darjah kedua-dua utara dan selatan di mana atmosfera bumi dikuasai oleh tekanan tinggi subtropika, kawasan tekanan tinggi yang menyekat pembentukan hujan dan awan, dan mempunyai angin berubah-ubah bercampur dengan angin tenang.
Latitud kuda dikaitkan dengan anti siklon subtropika dan penurunan udara besar-besaran dari arus beraltitud tinggi bergerak ke arah kutub. Selepas sampai ke permukaan bumi, udara ini menyebar ke arah khatulistiwa sebagai sebahagian daripada angin dagang lazim atau ke arah kutub sebagai sebahagian daripada angin baratan. Jalur dalam Hemisfera Utara kadang-kadang dipanggil "kawasan tenang Sartan" dan dalam Hemisfera Selatan "kawasan tenang Jadi".
Keadaan latitud kuda yang panas, kering, dan cerah secara berterusan adalah punca utama kepada kewujudan gurun bukan kutub utama dunia, seperti Gurun Sahara di Afrika, Gurun Arab dan Gurun Syria di Timur Tengah, Gurun Mojave dan Gurun Sonoran di barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico, semua di Hemisfera Utara; dan Gurun Atacama, Gurun Kalahari, dan Gurun Australia di Hemisfera Selatan.
Etimologi
suntingSatu penjelasan yang mungkin dan didokumenkan bahawa istilah ini berasal daripada upacara "kuda mati" pelaut. Dalam amalan ini, pelaut akan berarak dengan patung kuda jerami sekitar dek sebelum membuangnya ke laut. Pelaut dibayar sebahagian terlebih dahulu sebelum pelayaran yang panjang, dan mereka sering menghabiskan gaji mereka semua sekali gus, mengakibatkan satu tempoh masa tanpa pendapatan. Jika mereka mendapat pendahuluan daripada pembayar gaji kapal, mereka akan menanggung hutang. Tempoh ini dipanggil tempoh "kuda mati", dan ia biasanya berlanjutan satu atau dua bulan. Majlis pelaut tersebut adalah untuk meraikan langsainya hutang "kuda mati". Memandangkan kapal dari Eropah yang menuju ke barat biasanya sampai ke subtropika pada masa "kuda mati" dilangsaikan, latitud itu telah dikaitkan dengan upacara tersebut.[1]
Satu teori alternatif, kepopularannya yang mencukupi untuk menjadi contoh bagi etimologi rakyat, bahawa istilah latitud kuda berasal dari ketika Sepanyol mengangkut kuda dengan kapal ke tanah jajahan mereka di Hindia Barat dan Amerika. Kapal sering terhenti di tengah laut di latitud ini, dengan teruk memanjangkan waktu pelayaran; kekurangan air menyebabkan mustahil bagi anak-anak kapal untuk membiarkan kuda hidup, dan mereka akan membuang haiwan yang mati atau hampir mati ke laut.[2]
Penjelasan yang ketiga, yang pada masa yang sama menjelaskan kedua-dua latitud kuda utara dan selatan dan tidak bergantung kepada tempoh pelayaran atau pelabuhan berlepas, adalah berdasarkan kepada istilah maritim: sesebuah kapal yang dikatakan 'berkuda' apabila, walaupun ada angin yang tidak mencukupi untuk belayar, kapal masih boleh mara dengan elok melalui kebergantungan kepada arus yang kuat. Ini telah dicadangkan oleh Edward Taube dalam artikelnya "The Sense of "Horse" in the Horse Latitudes" (Journal of Geography, Oktober 1967).[3] Beliau berhujah penggunaan maritim 'berkuda' menggambarkan sebuah kapal yang sedang terbawa oleh arus lautan atau air pasang seperti cara seorang penunggang kuda. Istilah ini telah digunakan sejak akhir abad ketujuh belas. Tambahan pula, The India Directory [4] dalam catatan untuk Fernando de Noronha, sebuah pulau di luar pantai Brazil, menyebutkan ia telah dikunjungi dengan kerap oleh kapal-kapal "yang disebabkan oleh arus yang memacu mereka [ibarat kuda] ke arah barat".
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Kemp, Peter. The Oxford Companion to Ships and the Sea, London, Oxford University Press, 1976. pp. 233, 399
- ^ The Columbia Electronic Encyclopedia, Sixth Edition. New York: Columbia University Press, 2003
- ^ "World Wide Words". 2008.
- ^ Horsburgh, James (1836). India Directory, or, Directions For Sailing To And From The East Indies, China, Australia, Cape of Good Hope, Brazil and the Interjacent Ports... London: W. H. Allen.
Bacaan lanjut
sunting- The Columbia Electronic Encyclopedia, Sixth Edition. New York: Columbia University Press, 2003.
- http://www.infoplease.com/encyclopedia/weather/horse-latitudes.html
- Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911. .