Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial golongan petani di kawasan Kemubu.

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Intisari agensi
Dibentuk30 Mac 1972; 52 tahun yang lalu (1972-03-30)
Bidang kuasa
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Ibu pejabatPeti Surat 127, Jalan Dato’Lundang 15710 Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi induk
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Dokumen penting
Laman sesawang
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Nota kaki
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Facebook

KADA, sebuah agensi yang unggul, berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dan pengeluaran makanan negara. Terutama dalam pengeluaran padi dan beras untuk memenuhi keperluan beras negara. KADA juga merupakan agensi kerajaan pusat yang membangunkan dan memperkuat institusi peladang. Tujuannya adalah menaungi keluarga tani dan meningkatkan pendapatan per kapita golongan petani agar selaras dengan pendapatan per kapita negara.

KADA juga bertujuan bagi merancang dan mengusahakan kawasan Kemubu dengan pelbagai kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh negeri.

Sejarah

sunting

KADA ditubuhkan pada 30 Mac 1972 melalui Seksyen 4 (1) Akta 69, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972, dan dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Tun Hj Abdul Razak Bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua pada 2 Mac 1973.

Menjadi sebuah agensi peneraju dalam bidang Agromakanan ke arah melahirkan golongan sasar yang berpendapatan tinggi.

KADA akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berteknologi dan berintegriti serta meneroka pasaran dalam dan luar negara dalam membantu meningkatan pendapatan petani di kawasan seliaan KADA dengan usaha yang mapan untuk menjadikan agensi ini sebagai badan utama dalam pengeluaran agromakanan di samping meningkatan keupayaan petani dan usahawan tani yang berdaya saing dan inovatif.

KADA berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan peningkatan tahap kepuasan pekerja sebagai komitmen KADA untuk melahirkan pekerja berkompetensi dan setia dengan kegiatan pembangunan yang komprohensif.

Fungsi Utama

sunting

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam bidang sumber bekalan air, pengurusan sistem pengairan dan saliran serta penggunaan teknologi pertanian melalui kaedah pembangunan bersepadu.

Meningkatkan hasil pengeluaran padi serta lain-lain makanan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga tani dalam kawasan KADA.

Menghasilkan dan mempelbagaikan pengeluaran produk agromakanan yang berkualiti.

Mencapai ekonomi golongan sasar berpendapatan tinggi merupakan salah satu aktiviti ekonomi utama dalam Model Ekonomi Baru yang dikenalpasti adalah sektor pertanian yang akan melonjakkan negara berpendapatan tinggi dalam tahun 2020.

Memantapkan penggunaan teknologi dan inovasi secara meluas yang bertepatan dengan kehendak pengeluaran membolehkan peningkatan produktiviti dan pengurangan kos pengeluaran.

  1. Meningkatkan KUANTITI rantaian nilai pengeluaran Industri Agromakanan.
  2. Meningkatkan KUALITI produk, perkhidmatan dan pembangunan Modal Insan.
  3. Melibatkan penyertaan dan pengukuhan MEMBUDAYAKAN keusahawanan. Memperkukuhkan rantaian nilai yang lebih mampan dan berdaya saing.
  4. Mempelbagaikan PRODUK NILAI TAMBAH dengan meningkatkan sumbangan sumber pertumbuhan baru. Memperkasakan teknologi dan inovasi ke arah kecemerlangan pengurusan organisasi.
  5. Menumpukan kepada penggunaan TEKNOLOGI di peringkat pengurusan dan pengeluaran. Memperluaskan kerjasama dan mengeratkan penyertaan rakan strategik.


Rujukan

sunting