Lenjan
Lenjan ialah sebuah filem drama seram ngeri Malaysia 1998 arahan Ismail Yaacob yang ditayangkan pada 2 Julai 1998.[1] Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Rosyam Nor dan Nina Juren. Filem ini juga turut mewakii Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Rosyam.
Lenjan | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Ismail Yaacob |
Penerbit | Pansha, Rosyam Nor (Penerbit Eksekutif) |
Dibintangi oleh | Eman Manan Nina Juren Rosyam Nor Pansha |
Muzik oleh | Peter Lim |
Sinematografi | Badarudin Hj Azmi |
Syarikat penerbitan | |
Mula ditayangkan | 2 Julai 1998 |
Tempoh tayangan | 125 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Isi kandungan
PlotSunting
Amir usahawan yang berjaya dan telah berkahwin dengan Zita. Setelah berkahwin hidup mereka bahagia. Sifat keperibadian Zita membuat Amir mengenal erti kasih sayang. Zarin, seorang pembunuh dan perogol yang menggunakan ketampanan dan keramahannya untuk memerangkap mangsanya, kemudian membunuh mereka dengan kejam tanpa belas. Ketika Amir dan Zita bercuti di hutan, mereka telah menyelamatkan Zarin tanpa mengesyaki niat jahat Zarin. Zita pula tidak begitu selesa dengan kehadiran Zarin. Amir telah mengetahui niat Zarin dan telah melarikan diri bersama Zita. Namun Zarin dapat menjejaki mereka lalu bergelut dengan Amir. Nasib tidak menyebelahi Amir, akibatnya Amir tewas di tangan Zarin. Adakah Zita dapat menyelamatkan dirinya dan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas suaminya Amir?
PelakonSunting
- Eman Manan sebagai Amir
- Rosyam Nor sebagai Zaharin
- Nina Juren sebagai Zita
KeluaranSunting
Lenjan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2 Julai 1998. A. Wahab Hamzah dari Utusan Malaysia berkata Lenjan membuktikan kehebatan Ismail selaku pengarah yang perlu diberi perhatian.[2] Ia juga diiklankan sebagai sebuah filem saspens yang menghiburkan.[3]
PencapaianSunting
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-14 | Penyuntingan Terbaik | Elias Maidin | Menang |
Pengarah Harapan | Ismail Yaacob | Menang | |
Anugerah Skrin 1999[4] | Filem Terbaik | Keseluruhan Filem | Dicalonkan |
Pengarah Terbaik | Ismail Yaacob | Dicalonkan | |
Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Eman Manan | Dicalonkan | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Rosyam Nor | Menang | |
Festival Filem Asia Pasifik ke-43 1998 (Taipei) | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Rosyam Nor | Menang |
Festival Filem Antarabangsa ke-7 2000 (Pyongyang) | Dicalonkan |
RujukanSunting
- ^ "Lenjan, filem terbaru Ismail Yaacob", Berita Harian, 30 Jun 1998.
- ^ A. Wahab Hamzah (3 Julai 1998). Lenjan filem saspens yang menarik Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2010.
- ^ Fariza Saidin (5 Julai 1998). Lenjan filem saspens menghiburkan Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2010.
- ^ http://www.filemkita.com/filem/l/lenjan_01.html