Alexander Joseph "Lex" Luthor (/ˈlθɔːr, -θər/) ialah seorang penjahat utama yang muncul dalam komik Amerika yang diterbitkan oleh DC Comics. Watak ini dicipta oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Lex Luthor pertama kali muncul dalam Action Comics #23 (tarikh kulit: April 1940). Sejak itu, dia terus menjadi arjenama Superman.[1]

Watak ini menduduki tempat ke-4 dalam senarai 100 Penjahat Komik Terbaik Sepanjang Zaman versi IGN[2] dan ke-8 sebagai Penjahat Terhebat oleh Wizard dalam senarai 100 Penjahat Terhebat Sepanjang Zaman.[3] Luthor adalah salah satu dari beberapa penjahat lintas genre yang mengambil tempat "dalam dunia di mana undang-undang semula jadi agak digantung sedikit".[4] Scott James Wells, Sherman Howard, John Shea, Michael Rosenbaum, Jon Cryer, Titus Welliver, dan Michael Cudlitz telah menggambarkan watak tersebut dalam siri televisyen, manakala Lyle Talbot, Gene Hackman, Kevin Spacey, dan Jesse Eisenberg telah menggambarkan watak tersebut dalam filem, dan Nicholas Hoult dijadualkan akan memegang watak tersebut dalam filem akan datang Superman. Beberapa pelakon telah memberikan suara kepada Luthor dalam adaptasi animasi, termasuk Clancy Brown, Mark Rolston, James Marsters, Giancarlo Esposito, dan Marc Maron.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lex Luthor". dccomics.com. Oktober 2012. Dicapai pada 6 Mac 2016.
  2. ^ "Lex Luthor is Number 4". Comics.ign.com. Dicapai pada 17 Jun 2010.
  3. ^ McCallum, Pat (Julai 2006). "100 Greatest Villains Ever". Wizard (177)
  4. ^ Sanderson, Peter (24 Februari 2007). "Comics in Context #166: Megahero Vs. Megavillain". QuickStopEntertainment.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2008. Dicapai pada 13 Februari 2008.