Superman

watak fiksyen
Superman

Superman and Supergirl DragonCon 2011.jpg
2 orang cosplay sebagai Superman (kanan)
dan Supergirl (kiri ; sepupu Superman)

Penerbit DC Comics
Kemunculan pertama Historical:
Action Comics #1
(Jun 1938)
Moden:
The Man Of Steel #1
(Julai 1986)
Dicipta oleh Jerry Siegel
Joe Shuster
Statistik
Nama sebenar Nama Lahir : Kal-El
Nama Bumi : Clark Joseph Kent
Status Aktif
GabunganBatman
Supergirl
Justice League
Justice League Unlimited
Justice Lords
The Legion Of Super Heroes
Nama lainLord Superman
The Man Of Steel
Kuasa terkenal Kuat, kuasa mata yang luar biasa, pantas, stamina yang tinggi, badan yang kebal, nafas sejuk, pendengaran yang hebat, terbang

Superman merupakan watak fiksyen dan adiwira DC Comics yang julung kalinya muncul dalam Action Comics pada tahun 1938 dan dianggap sebagai salah seorang wira fiksyen yang terhebat di dunia. Superman direka oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Kisah Superman dirakam dalam bentuk komik, rancangan televisyen, filem dan permainan video.

Watak Superman dilahirkan di Planet Krypton dan sebagai Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang memgangkut bayi bernama kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent.

Kal-El dinamakan semula oleh ibu bapa angkat tersayangnya sebagai Clark Joseph Kent ataupun sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk Bumi yang biasa, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa super yang terpendam selama ini. Apabila dewasa, Clark bekerja sebagai seorang bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan diiringi Lois Lane.

Superman memiliki Kuasa luar biasa yang diterangkan melalui cogan kata "lebih cepat berbanding peluru yang memecut, lebih berkuasa berbanding keretapi lokomotif, boleh melalui atas bangunan tinggi dengan satu lompatan" (faster than a speeding bullet, more powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound) yang dihebahkan dalam drama radio pada dekad 1940-an. Meskipun cogan kata ini masih dipakai sehingga masa kini, batas yang dikenakan dalam cogan kata tersebut mampu diatasi Superman melalui perubahan zaman.

Antara kebolehan istimewa Superman yang menjadi identitinya termasuk terbang di angkasa, kekuatan dan kekebalan perkasa, kelajuan yang amat pantas, kuasa matanya (sinar-X, penghasilan haba, infra-merah, teleskopik, mikroskopik) dsb. Contoh kuasa-kuasa tersebut digunakan adalah apabila Superman mengangkat sebuah kenderaan berat dengan kepalanya sendiri, dan melompat dalam jarak 1/8 kaki dalam masa kurang sesaat.

Kelemahan paling utamanya ialah alahan kepada kryptonite, serpihan planet Krypton yang berubah menjadi bahan radioaktif oleh tenaga yang memusnahkan planet tersebut. Pendedahan kepada bahan ini menyebabkan kuasa perkasa Superman terus pudar dan menimbulkan rasa sakit yang amat parah dalam badannya.

Watak jahatSunting

Antara musuh ketat Superman paling utama:

  • Lex Luthor adalah seorang manusia yang berasal dari Bumi dan musuh utama Superman. Dia merupakan pemilik dan CEO syarikat besar LexCorp yang menggunakan pengetahuan saintifiknya untuk menghancurkan Superman.
  • Brainiac merupakan mahkluk berbentuk manusia (android) dan saintis dari planet Colu yang ingin menakluki Bumi.
  • Toyman adalah penjenayah gila yang menggunakan kelengkapan khusus berasaskan alat mainan kanak-kanak.
  • Darkseid adalah makhluk asing dan pemerintah Planet Apokolips yang zalim dan digeruni.
  • Zod merupakan jeneral ketenteraan Krypton dan bekas rakan baik kepada ayahnya, Jor-El, yang melakukan rampasan kuasa selepas kemusnahan planetnya. Selepas ditangkap oleh ketua-ketua Majlis kerana, Zod serta pasukan pemberontaknya telah dihukum ke Zon Phantom. Zod juga merancang untuk musnahkan seluruh Bumi dengan membentuk Terra dengan menghancurkan hidupan serta umat manusia.

Media LainSunting

Media Lain dengan Superman termasuk:

Rancangan Live-ActionSunting

 
Poster rasmi untuk Superman & Lois pada tahun 2021
  • 1940an : Dua siri Superman dibintangi Kirk Alyn dan Noel Neill
  • 1951 : "Superman And The Mole Men", filem, dan siri tv "The Adventures of Superman", kedua-duanya dibintangi George Reeves
  • 1958 : "The Adventures of Superpup" dibintangi Billy Curtis sebagai Superpup/Bark Bent
  • 1961 : "The Adventures of Superboy" episod pertama siri TV ini tidak disiarkan, dibintangi Johnny Rockwell
  • 1966 : "It's a Bird...It's a Plane...It's Superman", muzikal Broadway; lirik oleh Lee Adams, muzik oleh Charles Strouse, dibintangi Bob Holiday sebagai Superman.
  • 1975 : "It's A Bird, It's A Plane, It's Superman", rancangan khas TV dibintangi David Wilson
  • 1978 : "Superman I", dibintangi Marlon Brando, Gene Hackman dan mendiang Christopher Reeve sebagai Superman
  • 1980-an : filem susulan "Superman I" : "Superman II", "Superman III" dan "Superman IV: The Quest For Peace", dibintangi Christopher Reeve
  • 1984 : "Supergirl" filem terbitan turunan "Superman III", dibintangi Helen Slater dan Faye Dunaway
  • 1988 : "Superman's 50th Birthday", rancangan khas Tv yang diacarakan oleh Dana Carvey
  • Awal 1990-an: Siri Tv "Superboy", dibintangi John Haymes Newton (1988-1989) dan Gerard Christopher (1989-1992)
  • Pertengahan 1990-an: Siri tv "Lois and Clark: The New Adventures of Superman", dibintangi Dean Cain dan Teri Hatcher
  • 2000-an: Siri Tv "Smallville", dibintangi Tom Welling, Michael Rosenbaum, dan Kristin Kreuk, yang mengisahkan kehidupan dan pengembaraan Clark Kent sewaktu zaman remaja di Smallville, Kansas.
  • 2006 : "Superman Returns", filem arahan Bryan Singer, dibintangi Brandon Routh sebagai Superman dan Kevin Spacey sebagai musuh tradisinya, Lex Luthor.
  • 2013 : "Man of Steel", bersetting di dalam dunia fiksyen yang dinama "DC Extended Universe" (DCEU), dibintangi Henry Cavill sebagai Superman dan Amy Adams sebagai Lois Lane
  • 2016 : "Batman v Superman: Dawn of Justice", sekuel Man of Steel, dibintangi Ben Affleck sebagai Batman
  • 2017 dan 2021 : "Justice League" dan "Zack Snyder's Justice League", sekuel Batman v Superman: Dawn of Justice
  • 2016 ke 2021 : Siri Tv "Superman & Lois" pada tahun 2021 yang bersetting dalam dunia fiksyen yang sama dengan "Arrow" dan "The Flash", dibintangi Tyler Hoechlin sebagai Superman

AnimasiSunting

 
Tahun 1941, "Superman" dibuat oleh Fleischer Studios
  • 1940-an : "Superman" yang dibuat oleh Fleischer Studios yang disiarkan di panggung wayang (17 judul kesemuanya, menampilkan Bud Collyer sebagai pelakon suara Superman)
  • 1960-an : "Filmation's Batman-Superman Adventure Hour"
  • 1966 : "New Adventures of Superman"
  • 1970-an : Hanna-Barbera Productions menghasilkan siri "Super Friends"
  • Awal 1980-an : "Super Powers : Galactic Guardians"
  • Lewat 1980-an : Siri Tv "Superman" berdasarkan komik Superman dihasil oleh Ruby-Spears
  • Daripada 1990-an sampai ke 2000-an :
"Batman : The Animated Series", "Superman : The Animated Series", "The New Batman Adventures", "Static Shock", "Justice League", "Gotham Girls" (dalam bentuk berita dan patung), "Justice League Unlimited", "Batman Beyond : Of The Future", "The Zeta Project" (dalam bentuk berita sahaja) dan "Legion Of Super Heroes" bersetting di dalam satu dunia fiksyen yang sama dengan nama DC Animated Universe (DCAU)
  • 2010 : Filem "Superman/Batman : Apocalypse"
  • 2010-an : Siri Tv "Young Justice"

RujukanSunting

Pautan luarSunting