Buka menu utama
Untuk kegunaan lain, sila lihat pulau di negeri New York.
"Mid-Island, New York" dilencongkan ke sini. Untuk kawasan kejiranan di Pulau Staten, sila lihat Mid-Island, Pulau Staten.

Long Island ialah pulau yang terletak di sebelah tenggara New York dan di sebelah timur Manhattan, Amerika Syarikat. Terbentang ke timur laut masuk ke Lautan Atlantik, Long Island terdiri daripada empat kaunti, dengan duanya merupakan boro (Queens dan Brooklyn) di Bandaraya New York, dan dua yang lain merupakan terutamanya kawasan subbandar (Nassau dan Suffolk). Sebilangan jambatan dan terowong yang merentasi Brooklyn dan Queens menghubungkan Long Island dengan tiga boro yang lain di Bandaraya New York. Tambahan lagi, terdapat perkhidmatan feri yang menghubungkan Kaunti Suffolk ke arah utara dengan negeri Connecticut merentasi Selat Long Island.

Long Island
Geografi
LokasiLautan Atlantik
Pentadbiran
Amerika Syarikat
Demografi
Populasi7,559,372

Long Island merupakan kedua-dua pulau yang paling panjang [1] dan pulau yang terbesar di Amerika Syarikat berdampingan. Ia terbentang sejauh 118 batu (190 kilometre) dari Pelabuhan New York, dan mempunyai lebar maksimum sebanyak 23 batu (37 kilometre) dari pantai utara (Selat Long Island) hingga pantai Atlantik selatan.[2] Dengan kawasannya seluas 1,401 batu persegi (3,629 km2), Long Island ialah pulau yang ke-11 terbesar di Amerika Syarikat serta juga pulau ke-148 terbesar di dunia. Keluasan tanah Long Island adalah lebih besar daripada negeri Pulau Rhode serta juga lebih besar daripada mana-mana wilayah Amerika Syarikat, kecuali Puerto Rico.[2]

Long Island mempunyai 7,448,618 orang penduduk pada 2000 (mengikut banci 2000),[2] dengan jumlah penduduknya dianggar sebagai sebanyak 7.7 juta pada 1 Julai 2008 dan dengan itu, menjadikannya sebagai pulau yang mempunyai paling banyak penduduk di mana-mana satu negeri atau wilayah Amerika Syarikat. Ia juga merupakan pulau yang ke-17 paling banyak penduduk di dunia, iaitu lebih banyak daripada Ireland, Jamaica, dan Hokkaidō (Jepun). Kepadatan penduduknya 5,470 inhabitants per batu persegi (2,110/km2). Jika Long Island merupakan sebuah negeri, ia akan mendapat tempat ke-12 antara semua negeri di Amerika Syarikat, berdasarkan jumlah penduduknya.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ John Burbidge (2004-11-21). "Long Island at its Best; Who's the Longest of Them All?". The New York Times. Dicapai 2008-10-16. But the court wasn't saying Long Island isn't an island in a geographical sense", he continued. "In fact, all parties involved in the case agreed Long Island is a geographical island. It was only for the purposes of the case that the island was declared an extension of New York's coastline. 
  2. ^ a b c Long Island. Encyclopedia Britannica (edisi Britannica Concise). Encyclopedia Britannica, Inc. 2007. 9370515. Dicapai 2007-10-29. 

Pautan luarSunting