Luna 1, juga dikenali sebagai Mechta (Rusia: Мечта, maksud: Impian),[1] E-1 No.4 dan Perayau Qamari Pertama,[2] merupakan kapal angkasa pertama untuk mencapai sekitaran Bulan Bumi dan juga yang pertama diletakkan di orbit heliosentrik. Bertujuan menjadi satu penghentam, Luna 1 dilancarkan sebagai sebahagian daripada program Luna pada tahun 1959, walau bagaimanapun disebabkan oleh pembakaran peringkat atas yang salah masanya semasa pelancarannya, ia terlepas Bulan; dalam proses menjadi yang pertama di angkasa untuk meninggalkan orbit geopusat.

Mechta
Replika muzium
Jenis misiPenghentam qamari
PengoperasiKesatuan Soviet
Penamaan Harvard1959 Mu 1
SATCAT №112
Ciri kapal angkasa lepas
PembuatOKB-1
Berat berlepas361 kilogram (796 lb)
Permulaan misi
Tarikh pelancaranJanuary 2, 1959 16:41:21 (1959-01-02UTC16:41:21Z) UTC
RoketLuna 8K72
Tapak pelancaranBaikonur 1/5
Parameter orbit
Sistem rujukanHeliosentrik
Paksi separuh utama1.146 AU
Keeksentrikan0.14767
Perihelion0.9766 AU
Apohelion1.315 AU
Kecenderungan0.01 darjah
Tempoh450 hari
Lintas terbang Qamari (impak gagal)
Pendekatan terhampir4 Januari 1959
Jarak5,995 kilometer (3,725 bt)

Kapal angkasa

sunting

Luna 1 terdiri daripada kelengkapan radio termasuklah pemancar penjejakan dan sistem telemetri dan lima instrumen untuk mengkaji Bulan dan ruang antara planet; termasuklah sebuah magnetometer, pembilang Geiger, pembilang kerdipan dan pengesan mikrometeorit.

Luna 1 telah direka bentuk untuk memberi impak kepada Bulan, meletakkan dua gada-gada logam jata Soviet yang telah dimasukkan ke dalam pakej. Misi tersebut akhirnya dicapai oleh Luna 2.

Pelancaran

sunting

Luna 1 dilancarkan pada 16:41 GMT (22:41 waktu tempatan) pada 2 Januari 1959 dari Tapak 1/5 di Kosmodrom Baikonur oleh roket Luna 8K72. Luna 1 menjadi objek buatan manusia pertama yang mencapai halaju lepas Bumi, bersama-sama dengan roket pembawa seberat 1,472-kilogram (3,245 lb) peringkat atas, di mana ia dipisahkan selepas mencapai orbit heliosentrik.

Kerana kesilapan pengaturcaraan, durasi pembakaran peringkat atas adalah tidak betul, dan akibatnya Luna 1 gagal untuk memberi impak kepada Bulan. Kapal angkasa melepasi dalam 5,995 kilometer (3,725 bt) permukaan Bulan pada 4 Januari selepas 34 jam penerbangan. Ia masih dalam orbit di sekitar Matahari, antara orbit Bumi dan Marikh.[3]

Salah perhitungan

sunting

Luna 1 ditakdirkan untuk menghentam Bulan. Bagaimanapun, kerosakan pada sistem kawalan darat menyebabkan kuar kehilangan sasaran dengan 5,995 kilometer; Luna 1 masih mampu untuk mengumpul maklumat penting untuk membantu dalam pemahaman tentang alam semesta.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ David Darling, The complete book of spaceflight: from Apollo 1 to zero gravity.
  2. ^ Brian Harvey, Russian planetary exploration: history, development, legacy, prospects.
  3. ^ "Luna 1".
  4. ^ "Luna Ye-1". Gunter's Space Page. 14 September 2016. Dicapai pada 2017-01-02 – melalui http://space.skyrocket.de.

Pautan luar

sunting