Meer Uitgebreid Lager Onderwijs

(Dilencongkan daripada MULO)

Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) yang secara harfiah bermaksud "Pendidikan Dasar Lebih Luas" ialah sekolah menengah rendah yang didirikan semasa penjajahan Belanda di Indonesia. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantarnya. Walaupun sekolahnya yang pertama didirikan pada tahun 1902, persekolahan selama tiga tahun hanya bermula pada tahun 1914. [1] Menjelang akhir dekad 1930-an, sekolah-sekolah MULO boleh didapati di hampir setiap kota kawedanaan (kota kabupaten) di Indonesia. MULO adalah setaraf dengan Sekolah Menengah Pertama (SMP) kini di Indonesia.

Pada tahun 1921, Ki Hadjar Dewantara membuka sebuah sekolah MULO melalui pertubuhan Taman Swiswanya untuk penduduk pribumi yang menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa pengantarnya. [2]


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ringkasan Sejarah Pendidikan di Indonesia antara kira-kira 1800 hingga 1940" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2003-04-23. Dicapai pada 2003-04-23.
  2. ^ "Beberapa Aspek Pendidikan Negara dan Institut Taman Siswa Yogyakarta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-22. Dicapai pada 2006-09-22.