Magma merupakan batu-batan cair yang terletak di dalam kamar magma di bawah permukaan bumi;[1] ia terhasil elalui hasil peleburan mantel atau kerak bumi di banyak bentukan tektonik seperti zon-zon benam dan rekah benua,[2] rabung tengah lautan serta titik panas.

Magma jenis Pahoehoe toe di kaki gunung Kīlauea, pulau Hawaii, pada tahun 2003

Magma di bumi merupakan larutan silika bersuhu tinggi (antara 700 dan 1300 °C) yang kompleks Magma berada dalam tekanan tinggi dan kadang kala memancut keluar melalui bukaan gunung berapi dalam bentuk aliran lava atau letusan gunung berapi. Letusan disebut ini mengandungi larutan gas yang tidak pernah sampai ke permukaan bumi. Magma terkumpul dalam kamar magma yang terasing di bawah kerak bumi dan mengandungi komposisi yang berlainan menurut tempat magma itu didapati.

Ia merupakan asal kepada semua batu igneous yang ada di Bumi,[3] namun kesan magma juga boleh diperolehi di planet bumian dan satelit semula jadi tertentu.[4]

CiriSunting

Ciri ketara aliran magma bergantung kepada struktur atom, suhu, tekanan dan sebatian kimia.[5]

Sifat fizikalSunting

Kekanyakan jenis magma dalam julat suhu disukat antara 700 °C hingga 1300 °C.

Kandungan fasa-fasa meruap (volatile phases) seperti air dan karbon dioksida serendah 0.8% boleh menejaskan suhu dalaman cairan sebanyak 100 °C, malah pemeluapan kandungan surih ini boleh menyebabkan magma membeku atau mengeras.

Sifat kimiaSunting

Cairan magma banyak mempunyai unsur silikon atau silika[6] oksigen, aluminium, ferum, magnesium, kalsium, natrium dan kalium. Cairan-cairan kaya silika lebih likat hasil pempolimeran daripada hubungan kuat sesama molekul lalu.

RujukanSunting

  1. ^ Greeley, Ronald; Schneid, Byron D. (1991-11-15). "Magma Generation on Mars: Amounts, Rates, and Comparisons with Earth, Moon, and Venus". Science. 254 (5034): 996–998. Bibcode:1991Sci...254..996G. doi:10.1126/science.254.5034.996. ISSN 0036-8075. PMID 17731523. Parameter |s2cid= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ Foulger, G.R. (2010). Plates vs. Plumes: A Geological Controversy. Wiley–Blackwell. ISBN 978-1-4051-6148-0.
  3. ^ BOWEN, NORMAN L. (1947). "MAGMAS". Geological Society of America Bulletin. 58 (4): 263. doi:10.1130/0016-7606(1947)58[263:M]2.0.CO;2. ISSN 0016-7606.
  4. ^ Greeley, Ronald; Schneid, Byron D. (1991-11-15). "Magma Generation on Mars: Amounts, Rates, and Comparisons with Earth, Moon, and Venus". Science. 254 (5034): 996–998. Bibcode:1991Sci...254..996G. doi:10.1126/science.254.5034.996. ISSN 0036-8075. PMID 17731523. Parameter |s2cid= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ Watson, E. B.; Hochella, M. F. and Parsons, I. (editors), Glasses and Melts: Linking Geochemistry and Materials Science, Elements, volume 2, number 5, (October 2006) pp. 259–297
  6. ^ MCBIRNEY, A. R.; NOYES, R. M. (1979-08-01). "Crystallization and Layering of the Skaergaard Intrusion". Journal of Petrology. 20 (3): 487–554. Bibcode:1979JPet...20..487M. doi:10.1093/petrology/20.3.487. ISSN 0022-3530.

Pautan luarSunting