Makanan jalanan (Tulisan Jawi: ماكنن جالنن) ialah makanan atau minuman siap sedia yang dijual oleh penjaja, atau penjual, di jalanan atau tempat awam lain, seperti di pasar atau pesta. Makanan yang sering dijaja ini dari jenis cekut dan segera yang boleh didapati dari tempat (seperti gerai,[1] reruai atau warung) atau kenderaan khusus (seperti trak makanan) dengan harga yang dianggap lebih murah daripada hidangan sama yang terdapat di restoran.

Makanan jalanan di Bandar Raya New York

Mengikut kajian 2007 daripada Organisasi Makanan dan Pertanian, 2.5 bilion orang memakan makanan jalanan setiap hari.[2]

Hari ini, orang boleh membeli makanan jalanan atas beberapa sebab, seperti kemudahan, ingin mendapatkan makanan enak pada harga yang berpatutan dalam suasana yang ramah, untuk mencuba masakan etnik, atau untuk imbauan nostalgia.[3]

Peranan dalam ekonomi dan masyarakat sunting

Banyak masyarakat seluruh dunia mempunyai sikap beebeza-beza penjualan makanan ini bergantung kepada persekitaran yang ada membolehkan penjualan ini berlaku.


Di Amerika Syarikat misalnya, penjual makanan jalanan dilihat sebagai pendorong utama pertumbuhan pesat kota-kota besar seperti New York di mana penjaja menyediakan makanan untuk para pedagang dan pekerja yang giat bekerja di bandar[4] lalu mereka dapat menaikkan taraf hidup mereka dengan adanya jalan untuk berniaga secara tetap membuka kedai makan sendiri;[5] Mexico pula melihat peningkatan kegiatan dagangan ini sebagai tanda kemerosotan ekonomi memandangkan penjualan makanan adalah satu-satunya peluang pekerjaan bagi buruh tidak mahir yang berhijrah dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar.[6]

Isu utama sunting

Kesihatan sunting

Tahap keselamatan makanan jalanan kini menjadi salah satu kebimbangan utama kesihatan awam dengan meningkatkan globalisasi serta pelancongan yang mendedahkan orang luar kepada industri ini, maka pihak pemerintah dan saintis banyak menaruh perhatian serta meningkatkan kesedaran dua-dua pihak orang ramai.[7][8][9][10] Kebarangkalian keracunan makanan yang boleh dialami dalam sekitaran yang terkawal adalah rendah sehingga setanding dengan restoran.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Artemis P. Simopoulos, Ramesh Venkataramana Bhat. Street Foods. Karger Publishers, 2000. m/s. vii. Dicapai pada 18 April 2011.
  2. ^ "Spotlight: School Children, Street Food and Micronutrient Deficiencies in Tanzania". Rome, Italy: Food and Agriculture Organization of the United Nations. February 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-09. Dicapai pada 2008-02-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ The Oxford Companion to American Food and Drink. Dicapai pada 2012-08-17.
  4. ^ Start Your Own Food Truck Business – Entrepreneur Press. Dicapai pada 2012-08-17.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Oxford3 tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan google43 tidak disediakan
  7. ^ Mukhola, Murembiwa Stanley. "Guidelines for an Environmental Education Training Programme for Street Food Vendors in Polokwane City" (PDF). Dicapai pada 2007-11-23.[pautan mati kekal]
  8. ^ Mukhola, Murembiwa Stanley. "The thesis contents" (PDF). Dicapai pada 2007-11-23.[pautan mati kekal]
  9. ^ Lues, Jan F. R.; Rasephei, MR; Venter, P; Theron, MM; dll. (2006). "Assessing food safety and associated food handling practices in street food vending". International Journal of Environmental Health Research. 16 (5): 319–328. doi:10.1080/09603120600869141. PMID 16990173.
  10. ^ Food and Agriculture Organization of the United Nations. "The informal food sector" (PDF). Dicapai pada 2007-11-23.[pautan mati kekal]
  11. ^ Nina L. Etkin (2009-09-15). Foods of Association: Biocultural Perspectives on Foods and Beverages that. Dicapai pada 2012-08-16.

Pautan luar sunting