Makaw biru kuning
Makaw biru kuning (Ara ararauna), juga dikenali sebagai makaw kuning dan biru atau makaw biru dan emas, adalah satu anggota dalam kumpulan besar parrot Neotropika yang dikenali sebagai makaw. Ia membiak di dalam hutan (walaupun tertumpu di hutan paya air tawar, ia juga membiak di kawasan terbuka di Terra Firme) dan hutan tropika di Amerika Selatan bermula di Trinidad dan Venezuela dan selatan ke Peru, Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Taburan populasinya juga menjangkau sedikit ke Amerika Tengah, iaitu di Panama. Makaw ini merupakan spesies terancam di Trinidad, dan hampir-hampir pupus dari Paraguay, tetapi masih biasa ditemui dan didapati di sebahagian besar Amerika Selatan. Terdapat juga populasi yang membiak di Kaunti Miami-Dade, Amerika Syarikat.[1] Oleh itu, ia disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang oleh BirdLife International.
Makaw biru-dan-kuning | |
---|---|
Di Taman Burung Jurong | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | A. ararauna
|
Nama binomial | |
Ara ararauna (Linnaeus, 1758)
| |
Taburan populasi Makaw biru-dan-kuning
|
Perincian
suntingMakaw ini boleh membesar sehingga 76 hingga 86 cm (30 hingga 34 in) panjang dan seberat 2.7kg hingga 3.9kg(2.9 to 8.5 paun). Warnanya terang dengan warna biru di sayap dan ekor, pipi berwarna biru tua, berwarna emas di bahagian bawah badan, dan berdahi hijau. Paruhnya berwarna hitam, dan sangat kuat untuk memecahkan kekacang. Mukanya yang berwarna putih akan bertukar menjadi merah jambu apabila teruja, dengan garis-garis bulu berwarna hitam.
Terdapat sedikit perbezaan warna pada bulu pada burung yang berasal dari kawasan berlainan. Beberapa makaw ini memiliki warna oren yang lebih banyak terutamanya di bahagian dada. Ini boleh dilihat pada makaw yang berasal dari Trinidad dan kawasan Caribbean lain, dan berkemungkina atas faktor alam sekitar.[perlu rujukan] Makaw biru-dan-kuning menggunakan paruh kuatnya untuk memecahkan kulit kekacang dan juga digunakan untuk memancat atau bergantung di pokok.
Pembiakkan
suntingSecara umumnya makaw biru-dan-kuning berpasangan seumur hidup. Ia bertelur di dalam lubang pokok dan burung betina akan menelurkan dua hingga tiga biji telur. Burung betina akan mengeram telur kira-kira 28 hari dan anak burung akan meninggalkan sarang kira-kira 90 hari selepas menetas.[2]
Rujukan
sunting- ^ Krishnan, Karunya. "Macaws on campus 'awesome' but noisy." The Miami Hurricane. 2009.
- ^ Alderton, David (2003). The Ultimate Encyclopedia of Caged and Aviary Birds. London, England: Hermes House. m/s. 235. ISBN 184309164X.
- "Ara ararauna". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern - Doane, Bonnie Munro & Qualkinbush, Thomas (1994): My parrot, my friend : an owner's guide to parrot behavior. Howell Book House, New York. ISBN 0-87605-970-1
- ffrench, Richard; O'Neill, John Patton & Eckelberry, Don R. (1991): A guide to the birds of Trinidad and Tobago (2nd edition). Comstock Publishing, Ithaca, N.Y.. ISBN 0-8014-9792-2
- Hilty, Steven L. (2003): Birds of Venezuela. Christopher Helm, London. ISBN 0-7136-6418-5
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Makaw biru kuning |
- World Parrot Trust Parrot Encyclopedia - Species Profile
- View occurrences of Ara ararauna in the Biodiversity Heritage Library
- Species profile at The World Parrot Trust
- Blue-and-yellow Macaw videos, photos & sounds Diarkibkan 2016-03-23 di Wayback Machine on the Internet Bird Collection.
- Image on PBase