Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang

Koordinat: 2°58′43″N 102°03′42″E / 2.97852°N 102.06173°E / 2.97852; 102.06173

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang (singkatan: MRSM Kuala Klawang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang
مکتب رنده ساءين س مارا کوالا کلاوڠ
Alamat
Kampung Chempedak
Jalan Titi
Kuala Klawang, 71600, Negeri Sembilan
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Kuala Klawang
MRSM Jelebu
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanApril 1987
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Mohd Junaidi bin Julam
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Farah binti Hamdan
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Muhammad Hafizuddin bin Ishak
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
-
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Inggeris
SloganAkhlak Terbilang, Pendidikan Cemerlang
Nama alumniANSARA Jelebu Kuala Klawang
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang ditubuhkan pada 20 April 1987, bilamana ia dikenali sebagai MRSM Jelebu. Kampus ini mula beroperasi di bangunan sementara bersebelahan dengan Kediaman Rasmi Dato' Luak Jelebu Negeri Sembilan di pekan Kuala Klawang, berhadapan dengan sebuah gereja (bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu). Maktab ini mula beroperasi pada 14 April 1987 apabila kumpulan pertama staf mula melaporkan diri. Pengambilan pelajar seramai 129 orang dibuat pada 6 Jun 1987. Pengetua pertama ialah Encik Bahari bin Ab Wahab. Bilangan staf pada waktu itu ialah 26 orang staf pentadbiran dan 12 orang staf akademik[1].

Selepas beroperasi selama kurang lebih tiga tahun, bilamana semasa keputusan SRP bagi tahun 1989 diumumkan, MRSM Jelebu ketika itu mendapat keputusan antara yang terbaik di Malaysia.

Pada 2 Ogos 1993, MRSM Jelebu telah berpindah sepenuhnya ke kampus tetapnya di Kuala Klawang. Dengan perpindahan ini, MRSM Jelebu telah ditukar namanya kepada MRSM Kuala Klawang. Konsep awal penubuhannya masih lagi kekal yang mana pengambilan pelajar masih tertumpu kepada pengambilan tingkatan satu hingga tiga.

Kampus MRSM Kuala Klawang ini telah mengalami dua kali pengubahsuaian. Ubah suai pertama bermula pada bulan Jun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Projek pembesaran tersebut termasuklah pembinaan asrama putera, pembinaan dewan besar, penambahan satu blok akademik, pengubahsuaian asrama putera kepada bilik darjah, penambahan blok asrama puteri dan pembesaran surau. Selepas pembesaran, kampus ini mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar pada satu-satu masa bermula tahun 2000.

Pembesaran kedua bermula pada 24 Mei 2005 dan siap pada Ogos 2007. Pembesaran meliputi pembinaan asrama puteri, dewan selera, tiga unit rumah warden dan satu unit rumah ketua warden. Pembesaran juga melibatkan pengubahsuaian asrama puteri kepada makmal sains, dewan selera kepada Pusat Sumber Pembelajaran dan makmal komputer.

Senarai pengetua sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Pn. Hjh. Zawiyah binti Hj. Hasan
Tn. Hj Shahrome bin Daud
Tuan Hj. Ahmad Tajudin Bin Abdullah Zawawi Januari 2018
En. Kherman Shah
En. Zabidin bin Bedut
Ybhg. Datin Molizah Alis binti Abdul Malek


Lagu Maktab sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting

  1. ^ "Sejarah MRSM Kuala Klawang". MRSM Kuala Klawang. Dicapai pada 1 Disember 2022.


Lihat juga sunting