Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Hubungan pelbagai hala Malaysia dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Malaysia menjadi anggota ke-82 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 17 September 1957 (ketika itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu).[1] Malaysia telah memegang kerusi tidak tetap bergilir di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama empat penggal, dan telah mengambil bahagian dalam lebih 30 misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak Oktober 1960.[2]

Malaysia
Keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Diwakili oleh
KeahlianAhli penuh
Sejak17 September 1957 (1957-09-17)
Kerusi UNSCBukan tetap
Permanent RepresentativeDato' Syed Mohamad Hasrin Aidid

Sejarah sunting

Tidak lama selepas mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menulis kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dag Hammarskjöld untuk menyatakan minatMalaya untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[3] Pada 17 September 1957, sesi kedua belas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dipengerusikan oleh Sir Leslie Munroe (New Zealand), sebulat suara bersetuju untuk menerima Tanah Melayu sebagai ahli ke-82 melalui resolusi 1134(XII).[4]

Tun Dr. Ismail Abd Rahman telah dilantik sebagai duta pertama Malaya dan Malaysia ke Amerika Syarikat, serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – dua jawatan yang disandangnya secara serentak dari 1957 hingga 1959.

Pada 16 September 1963, Tanah Melayu bergabung dengan bekas jajahan British di Singapura, Borneo Utara dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.[5] Bagaimanapun, tidak sampai dua tahun selepas penggabungan, Singapura telah disingkirkan daripada persekutuan.[6]

/>

Sumbangan kewangan sunting

Pada tahun 2021, Malaysia menyumbang $9.8 juta kepada belanjawan tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dimasukkan dalam Daftar Kehormatan tahun itu.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "A/RES/1134 (XII) : UN Documents : Security Council Report". www.securitycouncilreport.org. Dicapai pada 2020-05-08.
  2. ^ User, Super. "MALAYSIA - United Nations Security Council (UNSC) - Strengthening the UN Peacekeeping Operations". malaysiaunsc.kln.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-08.
  3. ^ "SUMBANGAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PBB, - PDF Free Download". docplayer.net. Dicapai pada 2020-05-08.
  4. ^ "A/RES/1134 (XII) : UN Documents : Security Council Report". www.securitycouncilreport.org. Dicapai pada 2020-05-08.
  5. ^ "Formation of Malaysia". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2011-09-16. Dicapai pada 2020-05-08.
  6. ^ "Singapore separates from Malaysia and becomes independent - Singapore History". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2020-05-08.
  7. ^ "Contributions received for 2021 for the United Nations Regular Budget - UN Committee on Contributions". www.un.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-11.

Pautan luar sunting