Hubungan luar negeri Malaysia

Malaysia merupakan sebuah anggota yang giat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Dewasa ini Malaysia juga giat menyokong kerjasama serantau.

Dasar luar 1957–1969Sunting

Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (19481960) dan Konfrontasi Indonesia (19621966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan oleh [[]] 1971 with the Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura bersepakat untuk bekerjasam dalam bidang pertahanan, serta “berunding” sekiranya Malaysia atau Singapuara menghadapi ancaman. FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.

Dasar luar sejak 1969Sunting

Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn di bawah , Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Pada tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China.

Peralihan dasar ini diteruskan dan dikukuhkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan dengan retorik yang adakalanya bernada anti-Barat. Beliau cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Sewaktu di bawah pimpinan beliau, Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan. Beliau pernah berselisih dengan Perdana Menteri Australia Paul Keating, yang menyifatkan beliau sebagai “keras kepala” kerana enggan menyertai sidang kemuncak APEC di Seattle.

Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya. Malaysia menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan Laos, Vietnam, dan Myanmar, atas alasan bahawa “urusan membina” bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi G-15 dan G-77.

Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Mahathir.[1] Sungguhpun retorik Mahathir yang bernama anti-Barat, namun beliau bekerjasama rapat dengan negara Barat, serta melancarkan penentangan terhadap golongan pelampau Islam berikutan serangan 11 September 2001. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hubungan dengan negara Barat, terutamanya Australia, makin erat.

Menteri Luar Malaysia kini ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Keengganan Malaysia mengiktiraf Israel menjadi isu berikutan penyertaan Malaysia dalam angkatan pengamanan PBB berikutan krisis Israel-Lubnan 2006.

Penggabungan antarabangsaSunting

Malaysia mengganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kebanyakan agensi khususnya, termasuk UNESCO, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa; Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara; Bank Pembangunan Asia, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, Sidang Kemuncak Asia Tenggara (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), komanwel, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan Pertubuhan Persidangan Islam.

PertikaianSunting

SpratlySunting

Malaysia menegaskan tuntuan kedaulatan terhadap Kepulauan Spratly bersama Republik Rakyat China, Republik China, Filipina, Vietnam, dan mungkin sekali Brunei. "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan" yang dikeluarkan pada tahun 2002 meskipun meredakan ketegangan mengenai Kepulauan Spratly, namun bukannya tatasusila sah yang dikehendaki sesetengah pihak. Malaysia tidak terlibat dalam perjanjian sendi antara syarikat minyak kebangsaan Republik Rakyat China, Filipina dan Vietnam pada Mac 2005 dalam menjalankan kegiatan seismos marin di Kepulauan Spratly.

Ligitan, Sipadan and AmbalatSunting

Keputusan ICJ mengenai tuntutan terhadap pulau-pulau Ligitan dan Sipadan, yang dituntut Indonesia dan Filipina, memihak kepada Malaysia tetapi sempadan maritimnya di Laut Sulawesi yang kaya dengan hidrokarbon masih dalam pertikaian, lalu menimbulkan konfrontasi pada Mac 2005 mengenai konsesi kepada blok minyak Ambalat.

SingapuraSunting

Singapura menjadi sebahagian Malaysia selama dua tahun (1963-65), sebelum akhirnya digesa Tunku untuk berpisah berikutan ketegangan antara kaum daripada kempen pilihan raya pada tahun 1964. Kini, masih wujudnya pertikaian antara Malaysia dan Singapura, termasuk mengenai harga penyaluran air mentah yang belum dirawat ke Singapura, tebus guna tanah Singapura yang menjejaskan persekitaran environmental di perairan Malaysia, jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang enggan dibiayai Singapura, sempadan maritim, pemajuan semula tanah-tanah KTM di Singapura, dan tuntutan Pulau Batu Putih. Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju agar pertikaian Pulau Batu Putih dihadapkan ke timbang tara ICJ.

PattaniSunting

Keganasan di wilayah-wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam mendorong Malaysia dan Thailand mengawasi sempadan antara kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia pernah memberi perlindingan kepada pejuang Gerila Pattani (PULO) sebelum 11 September 2001 terutamanya di Kedah.

SabahSunting

Filipin masih memendam tuntutannya terhadap Sabah.

LimbangSunting

Sempadan darat Malaysia dengan Brunei sekitar Limbang juga dipertikai. Pada tahun 2003, Brunei dan Malaysia menamatkan penerokaan gas dan minyak di kawasan pesisiran dan dasar laut yang dipertikai kedua-dua pihak. Rundingan juga menemui jalan buntu lalu mendorong kemungkinan penghukuman antarabangsa.

Senarai perwakilan asing di MalaysiaSunting

Berikut adalah senarai perwakilan-perwakilan asing di Malaysia.

ASunting

  •   Dr. Mohib Rahman Spingar (Duta)
  •   Samkelisiwe Isabel Mhlanga (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Nasreddine Rimouche (Duta)
  •   Kamala Shirin Lakhdhir (Duta)
  •   Mahmud H.S Qattan (Duta)
  •   Manuel Jose Balaguer Salas Morelli (Duta)
  •   Andrew Goledzinowski (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Dr. Michael Postl (Duta)
  •   Qaley Allahverdiyev (Duta)

BSunting

  •   Maram Anwar Jaafar Alsaleh (Charge d'Affaires)
  •   Shahidul Islam (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Aart Jacobi (Duta)
  •   Pascal Gregoire (Duta)
  •   Emir Hadzikadunic (Duta)
  •   Carlos Martins Ceglia (Duta)
  •   Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha (Pesuruhjaya Tinggi)

C-DSunting

  •   Rodrido Perez (Duta)
  •   Bai Tian (Duta)
  •   Mauricio González López (Duta)
  •   Ivan Velimir Starčević (Duta)
  •   Ibete Fernández Hernández (Duta)
  •   Jesper Vahr (Duta)

E-FSunting

  •   Iván Michel Maldonado Vaca (Charge d'Affaires)
  •   Khalid Ghanim AlGhaith (Duta)
  •   Mlondi Solomon Dlamini (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Pita Tagicakirewa (Charge d'Affaires)
  •   Charles C. Jose (Duta)
  •   Petri Puhakka (Duta)

G-HSunting

I-JSunting

  •   Maridul Kumar (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Rusdi Kirana (Duta)
  •   Abdol Ali Maktabi Fard (Charge d'Affaires)
  •   Dr. Hamed Ibraheem Abd-Alkareem Al-Jeboori (Charge d'Affaires)
  •   Hilary Reilly (Duta)
  •   Cristiano Maggipinto (Duta)
  •   Hiroshi Oka (Duta)
  •   Nikolaus Graf Lambsdorff (Duta)
  •   Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Duta)

KSunting

  •   Julia Bentley (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Bolat Barievich Imanbayev (Duta)
  •   Cheuy Vichet (Duta)
  •   Francis Ndegwa Muhoro (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Maria Castillo Fernandez (Ketua Perwakilan)
  •   Lee Chi Beom (Duta)
  •   Yu Song Kim (Charge d'Affaires)
  •   Dr. Hamad Mohammad Hassan Burhamah (Duta)
  •   Azimbek Beknazarov (Duta)

LSunting

  •   Houmdaophone Soukhaseum (Duta)
  •   Lineo Bernard Poopa (Duta)
  •   Dr. Nagat M.S. Elforgani (Charge d'Affaires)
  •   George Bitar Ghanem (Duta)

MSunting

  •   Dr. Reda Benkhaldoun (Duta)
  •   Visam Ali (Duta)
  •   Issop Patel (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Gamal Abdelrehim Mohamed Metwally (Duta)
  •   Carlos Isauro Felix Corona (Duta)
  •   U Sein Oo (Duta)

N-OSunting

  •   Anne Namakau Mutelo (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Udaya Raj Pandey (Duta)
  •   Hunter James Nottage (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Nurudeen Muhammed (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Gunn Jorid Roset (Duta)
  •   Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Duta)

PSunting

  •   Amna Baloch (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Walid A. M. Abuali (Duta)
  •   Peter Vincent (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Frédéric Laplanche (Duta)
  •   Guido Felipe Loayza Devescovi (Duta)
  •   Krzysztof Debnicki (Duta)

Q-RSunting

  •   Fahad Mohammed Yousef Kafoud (Duta)
  •   Milan Hupcej (Duta)
  •   Constantin Volodea Nistor (Duta)
  •   Nail Latypov (Duta)

SSunting

  •   Fatou-Danielle Diagne (Duta)
  •   Jose Miguel Corvinos Lafuente (Duta)
  •   Vanu Gopala Menon (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Abukar Abdi Osman (Duta)
  •   Kapila Veedhiya Bandara Jayampathy (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Hamza Omer Hassan Ahmed (Duta)
  •   Dag Anders Matts Juhlin-Dannfelt (Duta)
  •   Andrea Reichlin (Duta)
  •   Tamim Madani (Charge d'Affaires)

TSunting

  •   Ardasher S. Qodiri (Duta)
  •   Joseph Marino (Duta)
  •   Dr. Ramadhani Kitwana Dau (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Narong Sasitorn (Duta)
  •   Maria Olandina Isabel Caeiro Alves (Duta)
  •   Dr. Merve Kavakci (Duta)
  •   Muhammetnyyaz Mashalov (Duta)

USunting

  •   Samali Dorothy Hyuha (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Olexander Nechytaylo (Duta)
  •   Charles Hay (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   Nury Bauzan Benzano (Duta)
  •   Ravshan Usmanov (Duta)

V-ZSunting

  •   Morella Antoni Barreto López (Charge d'Affaires)
  •   Le Quy Quynh (Duta)
  •   Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid (Duta)
  •   Walubita Imakando (Pesuruhjaya Tinggi)
  •   G. Magwenzi (Duta)

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting

  1. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur: Kepentingan Jepun Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (1906-1980), Bangi: UKM Press, 2017.