Mike Pompeo
Michael Richard Pompeo (lahir 30 Disember 1963) ialah seorang alhi politik, peguam dan pegawai tentera Amerika Syarikat yang turut berkhidmat sebagai Setiusaha Negara pentadbiran negara tersebut yang ke-70 sejak tahun 2018. Beliau sebelum ini merupakan pengarah Agensi Perisikan Pusat dari 2017 sehingga 2018 serta juga wakil Wilayah Kongres ke-4 Kansas dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari 2011 sehingga tahun 2017.
Mike Pompeo | |
---|---|
![]() | |
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-70 | |
Memegang jawatan 26 April 2018 | |
Presiden | Donald Trump |
Timbalan | John Sullivan |
Didahului oleh | Rex Tillerson |
Pengarah Agensi Perisikan Pusat ke-6 | |
Dalam jawatan 23 Januari 2017 – 26 April 2018 | |
Presiden | Donald Trump |
Timbalan | Gina Haspel |
Didahului oleh | John O. Brennan |
Digantikan oleh | Gina Haspel |
Butiran peribadi | |
Lahir | Michael Richard Pompeo 30 Disember 1963 Orange, California, Amerika Syarikat |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Susan Pompeo |
Anak-anak | 1 |
Pendidikan | Akademi Tentera Amerika Syarikat (BS) Universiti Harvard (JD) |
Beliau dicalonkan Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat untuk menggantikan Rex Tillerson sebagai Setiausaha dalam satu kenyataan oleh presiden tersebut pada 13 Mac 2018.[1] Pompeo kemudiannya disahkan pelantikannya oleh Senat dengan undian yang diberikan sebanyak 57—42 dalam Senat tersebut.[2][3][4] serta mengangkat sumpah pada masa yang sama.[5]
RujukanSunting
- ^ "Trump fires Tillerson as secretary of state". 13 Mac 2018 – melalui www.bbc.co.uk.
- ^ "Mike Pompeo confirmed as secretary of state, in a move Republicans hope will rebuild morale at the State Department". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 26 April 2018.
- ^ Harris, Gardiner; Kaplan, Thomas (April 26, 2018). "Mike Pompeo, Confirmed as Secretary of State, Plans to Quickly Head to Europe". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai 26 April 2018.
- ^ "Mike Pompeo confirmed as secretary of state" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 26 April 2018.
- ^ Fox, Lauren; Walsh, Deirdre; Koran, Laura (26 April 2018). "Mike Pompeo sworn in as Trump's second secretary of state". CNN. Dicapai 26 April 2018.