Malaysia

negara beraja perlembagaan persekutuan di Asia Tenggara
(Dilencongkan dari Negara Malaysia)

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, dua negeri Borneo dan tiga wilayah persekutuan yang berkeluasan 330,803 kilometer persegi (127,720 bt2). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[13] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia.

Malaysia
مليسيا
Segi empat tepat biru dengan bintang emas dan bulan sabit di kanton, dengan 14 jalur merah dan putih mendatar di seluruh bendera
Perisai yang menunjukkan simbol negeri-negeri Malaysia dengan bintang dan bulan sabit di atas dan moto di bawah, disokong oleh dua ekor harimau.
Bendera Jata
Cogan kata"Bersekutu Bertambah Mutu"
"برسکوتو برتمبه موتو " (Jawi)[1]
Lagu kebangsaan"Negaraku"
Lokasi  Malaysia  (hijau gelap)

– di Asia  (kelabu gelap & putih)
– di ASEAN  (kelabu gelap)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Kuala Lumpur
3°8′N 101°41′E / 3.133°N 101.683°E / 3.133; 101.683
Pusat pentadbiranPutrajaya
2°56′N 101°42′E / 2.933°N 101.700°E / 2.933; 101.700
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu[2]
Kumpulan etnik
(2021)[3] [4]
Agama
(2021)[6]
DemonimOrang Malaysia
KerajaanRaja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
Sultan Ibrahim
Anwar Ibrahim
Ahmad Zahid Hamidi
Fadillah Yusof
Tengku Maimun Tuan Mat
Kosong
Johari Abdul
Badan perundanganParlimen
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
• Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
31 Ogos 1957[7]
22 Julai 1963[8]
31 Ogos 1963[8]
• Persekutuan (dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura)[d]
16 September 1963[9]
• Perpisahan Singapura dari Malaysia
9 Ogos 1965
Keluasan
• Jumlah
330,803 km2 (127,724 bt2) (ke-66)
• Perairan (%)
0.3
Penduduk
• Bancian Penduduk 2023
33,622,031 (ke-42)[10]
86/km2 (222.7/sq mi) (ke-114)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
AS$ 1.096 trilion[11] (AS$ 1.096 trilion)
AS$ 33,113 (ke-41)[11]
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
AS$ 434.059 bilion[11]
AS$ 13,108 (ke-62)[11]
Gini (2015)41
sederhana
HDI (2018) 0.804[12]
sangat tinggi · ke-61
Mata wangRinggit (RM)
(MYR)
Zon waktuUTC+8 (MST)
• Musim panas (DST)
UTC+8 (Tiada)
Format tarikhdd-mm-yyyy
Arah memanduKiri
Kod panggilan+60
Kod ISO 3166MY
DPT internet.my

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1957 Semenanjung Malaysia mencapai Kemerdekaannya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu bersama dengan Sabah, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura terpaksa dikeluarkan dari persekutuan dan menjadi sebuah negara yang bebas.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dan diundi daripada 9 kalangan raja negeri Melayu. Ketua eksekutif kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan ialah anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Nama

 
"Malaysia" digunakan sebagai label untuk Kepulauan Melayu pada peta tahun 1914 dalam atlas Amerika Syarikat

Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Malays" dan akhiran Latin-Yunani "-ia"/"-ία"[14] yang boleh diterjemahkan sebagai "tanah orang Melayu".[15] Asal perkataan 'Melayu' tertakluk kepada pelbagai teori. Mungkin berasal dari bahasa Sanskrit iaitu "Himalaya", merujuk pada daerah yang tinggi di pergunungan, atau "Malaiyur-pura", yang bererti kota gunung.[16] Teori lain mendakwa asalnya terletak pada perkataan Tamil "malai" dan "ur" yang bermaksud "gunung" dan "bandar, tanah".[17][18][19] Cadangan lain adalah bahawa ia berasal dari peristiwa Pamalayu yang bermaksud Ekspedisi Melayu. Sebuah cadangan adalah bahawa ia berasal dari kata Jawa iaitu "mlaya" dan "mlayu" yang bermaksud "lari", dari sebuah sungai, Sungai Melayu, yang dinamakan kerana arusnya.[16] Varian juga telah muncul dalam catatan yang lebih tua dari abad ke-11, sebagai toponim untuk kawasan di Sumatera atau merujuk ke wilayah yang lebih besar di sekitar Selat Melaka.[20] Teks Sanskrit Vayu Purana, yang dianggap telah wujud sejak milenium pertama CE, menyebut sebuah tanah bernama 'Malayadvipa' yang dikenal pasti oleh sarjana tertentu sebagai semenanjung Tanah Melayu moden.[21][22][23][24][25] Catatan lain ialah pada abad ke-2 Geografi Ptolemy yang menggunakan nama Malayu Kulon untuk pantai barat Semenanjung Emas, dan rekod Yijing abad ke-7 tentang Malayu.[20]

Pada sebuah ketika, Kerajaan Melayu mengambil namanya dari Sungai Melayu.[16][26] 'Melayu' kemudiannya dikaitkan dengan Srivijaya,[20] dan tetap berhubungan dengan pelbagai bahagian Sumatera, termasuk Palembang, lokasi pengasas Kesultanan Melaka diduga berasal.[27] Ia dianggap telah berkembang menjadi etnonim kerana Melaka menjadi kuasa wilayah pada abad ke-15. Pengislaman membentuk identiti etnik beragama di Melaka, dengan istilah 'Melayu' muncul. Mungkin secara khusus merujuk kepada penutur Melayu tempatan yang dianggap setia kepada Sultan Melaka. Penggunaan awalan Malayos oleh Portugis merujuk kepada orang-orang Melaka yang berkuasa. Keunggulan pedagang dari Melaka menyebabkan 'Melayu' bergaul dengan pedagang Muslim, dan dari situ mereka dikaitkan dengan kumpulan budaya dan linguistik yang lebih luas.[20] Melaka dan kemudiannya Johor mendakwa mereka adalah pusat kebudayaan Melayu, kedudukan yang disokong oleh Inggeris.[27]

Setelah ekspedisi pengemudi Perancis Jules Dumont d'Urville ke Oceania pada tahun 1826, sarjana Jerman Johann Friedrich Blumenbach mengusulkan istilah "Malaysia", "Mikronesia" dan "Melanesia" kepada Société de Géographie pada tahun 1831, membezakan budaya Pasifik dan kumpulan pulau ini dari istilah sedia ada "Polinesia". Dumont d'Urville menggambarkan Malaysia sebagai "kawasan yang biasanya dikenali sebagai Hindia Timur".[28] Pada tahun 1850, ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl, menulis dalam Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, mengusulkan untuk menamakan pulau-pulau di Asia Tenggara sebagai "Melayunesia" atau "Indunesia", mengikut bekas penaaman.[29] Nama Malaysia mula digunakan untuk melabel lokasi yang menjadi Kepulauan Melayu.[30]

Negara yang memperoleh kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1957 mengambil nama "Persekutuan Tanah Melayu" yang dipilih sebagai pilihan daripada nama lain yang berpotensi seperti "Langkasuka", setelah kerajaan bersejarah yang terletak di bahagian atas Semenanjung Tanah Melayu.[31][32] Ahli politik di Filipina memikirkan untuk menamakan semula negara mereka "Malaysia" sebelum negara "moden" itu mengambil nama.[33]

Geografi

 
Peta Malaysia

Tanjung Piai yang terletak di negeri selatan Johor merupakan titik paling selatan di tanah besar Asia.[34][35]

Semenanjung Malaysia dengan kepanjangan 740 kilometer (460 batu) dari utara ke selatan manakala lebar maksimumnya adalah 322 kilometer (200 batu). Garis tepi lautnya berukuran kira-kira 1,931 kilometer (1,200 batu) panjangnya.[36]

Sabah dibahagi oleh Banjaran Crocker di mana terletaknya Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Malaysia pada 4,095.2 meter (13,436 kaki). Gunung ini yang terletak di Taman Negara Kinabalu mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[37] Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang dicirikan oleh monsun tahunan barat daya (April hingga Oktober) dan timur laut (Oktober hingga Februari), dan mempunyai purata curahan hujan sebanyak 250 sentimeter (98 in).[36]

Hampir dua pertiga daripada keseluruhan tanah di Malaysia adalah berhutan, dengan sejumlah hutan "pamah" di bawah altitud 760 meter (2,493 ka). Terdapat paya bakau yang meliputi kawasan seluas 1,425 kilometer persegi (550 bt2).[36]

Sejarah

 
Antara kerajaan Melayu yang wujud pada abad ke-7

Manusia pertama yang menduduki Semenanjung Melayu berkemungkinan ialah kaum Negrito.[38] Perantau dan pedagang dari India dan China dipercayai tiba di Semenanjung Tanah Melayu seawal abad pertama, membentuk pusat perdagangan dan beberapa bandar pesisiran sekitar abad kedua dan ketiga Masihi. Kedatangan mereka telah menyebarkan pengaruh budaya yang kuat terhadap masyarakat tempatan, dan penerimaan agama Buddha dan Hindu dalam kalangan masyarakat Melayu lama. Kerajaan Langkasuka merupakan antara kerajaan awal yang berkembang di Semenanjung Tanah Melayu iaitu bermula sekitar abad kedua Masihi di utara Semenanjung dan kekal wujud sehingga abad ke-15. Dari abad ke-7 hingga ke-13, kebanyakan kawasan Semenanjung Melayu ditakluki oleh empayar Srivijaya yang beribu kota di Palembang di pulau Sumatera. Setelah kejatuhan Srivijaya, empayar Majapahit yang berpangkalan di Jawa meluaskan pengaruhnya ke kawasan-kawasan Indonesia, Semenanjung Malaysia, dan pesisiran Pulau Borneo. Pada abad ke-15, Parameswara, seorang putera dari bekas Kerajaan Singapura Lama, mengasaskan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka. Agama Islam mula tersebar di Semenanjung Tanah Melayu setelah pengislaman Parameswara. Melaka juga menjadi satu pusat komersial terpenting pada zaman itu sehingga dapat menarik para pedagang dari seluruh kawasan sekitarnya.

 
Kubu A Famosa di Melaka dibina oleh Portugis pada abad ke-16.

Pada tahun 1511, Melaka telah mula dijajah oleh Portugis, dan kemudiannya dirampas oleh Belanda pada tahun 1641. Empayar British pula mula bertapak di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786, setelah Kesultanan Kedah dipaksa memajakkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur British.[39] British kemudiannya berjaya menduduki Singapura pada tahun 1819,[40] dan Melaka pada tahun 1824 ekoran Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memecahkan kepulauan Melayu kepada kawasan taklukan British dan Belanda. Pada tahun 1826, British dapat memerintah secara langsung di Pulau Pinang, Singapura, Melaka dan pulau Labuan menerusi penubuhan Negeri-Negeri Selat. Bermula abad ke-20, empat negeri Melayu yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu mula menerima penasihat British bagi memberi nasihat dalam hal ehwal pentadbiran Sultan. Lima negeri Melayu yang lain, iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, yang tidak diperintah secara langsung dari London, akhirnya turut menerima penasihat British. Sabah mula ditadbir sebagai Borneo Utara setelah Sultan Brunei dan Sultan Sulu menyerahkan hak pemerintahan jajahan mereka kepada British antara tahun 1877 dan 1878. Sarawak pula mula diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada James Brooke yang memerintah sebagai Raja Putih bagi kerajaan Sarawak yang berdaulat sehingga diserahkan kepada pemerintahan langsung British pada tahun 1946.[41]

 
Askar Jepun di Kuala Lumpur pada Perang Dunia Kedua.

Pada Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menyerang lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura selama tiga tahun lebih.[42] Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, masyarakat tempatan mula menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan.[43] Rancangan pasca perang British untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu menjadi jajahan tunggal iaitu Malayan Union ditentang oleh orang Melayu yang membantah tindakan British yang cuba melemahkan kuasa raja-raja Melayu dan mencabul hak istimewa masyarakat Melayu dalam pentadbiran Malayan Union.[44] Pada tahun 1946, Malayan Union terbentuk di seluruh wilayah taklukan British di Tanah Melayu kecuali Singapura, namun kemudiannya dibubarkan pada tahun 1948 setelah bantahan keras dari seluruh masyarakat. Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pula pada tahun 1948 bagi menjamin kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu, namun statusnya kekal sebagai wilayah naungan British. Pada masa yang sama, pemberontak pimpinan Parti Komunis Malaya telah melancarkan gerila untuk mengusir British dari Tanah Melayu bagi menubuhkan sebuah negara komunis, sehingga mencetuskan darurat dari tahun 1948 hingga 1960. Beberapa kempen ketenteraan dan sosial telah diadakan bagi membanteras kegiatan komunis.

 
Dataran Merdeka di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi tapak sambutan Hari Malaysia pada tanggal 16 September.

Ketika pertengahan zaman darurat, Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957, diikuti penyerahan kalah oleh gerila komunis tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia. Tarikh yang dicadangkan untuk pembentukan Malaysia pada mulanya adalah 31 Ogos 1963, sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah daripada British. Namun, pengisytiharan persekutuan Malaysia terpaksa ditunda hingga 16 September 1963 disebabkan tentangan kerajaan Indonesia pimpinan Soekarno serta cubaan Parti Rakyat Bersatu Sarawak untuk menangguhkan pembentukan Malaysia.[45]

Setelah pembentukan Malaysia, pelbagai ketegangan telah berlaku termasuklah peristiwa Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia. Kegiatan gerila komunis di Semenanjung dan Borneo juga kembali berleluasa sehingga mengakibatkan darurat kedua di Semenanjung dan Sarawak. Pada tahun 1965, Singapura telah dikeluarkan dari persekutuan setelah masalah kesalahfahaman antara Singapura dan kerajaan persekutuan. Pada tahun 1969, ketegangan antara kaum semakin memuncak di negara ini sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan antara kaum.[46][47] Selepas peristiwa rusuhan itu, Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, dengan tujuan meningkatkan penguasaan ekonomi negara oleh bumiputera ("orang peribumi", termasuk orang Melayu dan orang asli serta peribumi lain di Sabah dan Sarawak) berbanding kaum-kaum lain. Oleh itu, sistem kerajaan cuba menggabungkan pembangunan ekonomi keseluruhan dengan dasar politik dan ekonomi yang memupuk penyertaan sama-rata semua kaum.[48]

Ketika negara dipimpin oleh Mahathir Mohamad, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.[49] Pada masa itu, Malaysia beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian termasuk komputer dan barangan elektronik pengguna. Pada masa yang sama, wajah bumi Malaysia berubah kerana perkembangan pelbagai projek mega, antaranya ialah Menara Berkembar Petronas (yang mencapai taraf bangunan komersial tertinggi di dunia sebaik sahaja siap dibina pada tahun 1998), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Projek Lebuhraya Utara Selatan, Litar Antarabangsa Sepang, Koridor Raya Multimedia, empangan hidroelektrik Bakun dan pembangunan pusat pentadbiran persekutuan baru, iaitu Putrajaya.

Pada akhir 1990-an, krisis kewangan Asia telah menjejaskan ekonomi Malaysia sehingga menyebabkan mata wang dan saham negara hampir jatuh, namun Malaysia berjaya menanganinya.[50] Pada tahun 2013, telah berlaku insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah oleh tentera militan Sulu dan ini membawa kepada tindakan ketenteraan Malaysia yang terhadap pencerobohan tersebut. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada Malaysia apabila berjaya mengekang kegiatan pencerobohan militan berkenaan.[51]

Pada tahun 2015, Perdana Menteri iaitu Najib Razak telah terbabit dengan skandal rasuah 1MDB yang menjadi antara skandal rasuah global yang terbesar.[52]Kes ini telah menyebabkan perubahan corak politik di negara ini yang menyaksikan kejatuhan parti politik pemerintah pada tahun 2018, pertama kali sejak kemerdekaan. Pada tahun 2020, negara ini terus dilanda krisis politik diselangi krisis ekonomi dan kesihatan akibat Pandemik COVID-19, menyaksikan pertukaran kerajaan paling banyak dalam tempoh lima tahun.[53] Semasa pilihan raya umum 2022, Malaysia buat pertama kali menyaksikan parlimen tergantung akibat ketiadaan parti yang mencapai majoriti kerusi Dewan Rakyat.[54] Akhirnya pada 24 November 2022, Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 setelah kerajaan perpaduan berjaya dibentuk antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.[55]

Politik

 
Bangunan Parlimen Malaysia, bangunan yang menempatkan persidangan ahli Parlimen di Malaysia.
 
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ketua negara bagi negara ini ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk tempoh lima tahun. Sembilan negeri Melayu di Semenanjung Malaysia ditadbir oleh Raja berdaulat di negeri masing-masing manakala empat negeri lain yang tidak mempunyai Raja diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri. Ketua kerajaan bagi negara ini pula ialah Perdana Menteri.

Badan perundangan di Malaysia juga dibahagikan kepada peringkat persekutuan dan peringkat negeri. Struktur parlimen kerajaan persekutuan terdiri daripada Dewan Rakyat di peringkat rendah dan Dewan Negara di peringkat dewan pertuanan. Kesemua 222 ahli Dewan Rakyat akan dipilih daripada kawasan masing-masing bagi tempoh maksimum lima tahun. Dewan Negara pula dianggotai 70 orang yang bertaraf senator, dengan 26 orang dipilih oleh kesemua 13 Dewan Undangan Negeri, dan 44 anggota yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Parlimen Malaysia mengamalkan sistem berbilang parti dan kerajaan dipilih berdasarkan sistem pemenang undi terbanyak. Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun bagi melantik ahli Dewan Rakyat. Hanya Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk mengundi namun tidak diwajibkan.

Kabinet Malaysia merupakan badan eksekutif utama bagi negara ini dan diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah diyakini mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Ahli Kabinet juga terdiri daripada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Sistem perundangan negara Malaysia berasaskan Undang-undang Inggeris. Mahkamah tertinggi di Malaysia ialah Mahkamah Persekutuan, lalu diikuti dengan Mahkamah Rayuan dan dua Mahkamah Tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya bagi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak bagi Malaysia Timur. Mahkamah Khas Raja-Raja juga ditubuhkan bagi membicarakan kes berkaitan dengan Raja-Raja Melayu dan kerabat baginda. Sistem mahkamah syariah berasingan dari mahkamah awam untuk menerima kes-kes yang melibatkan umat Islam di Malaysia.[56] Sistem mahkamah syariah sama paras dengan sistem mahkamah biasa dan menjalani pembaharuan yang menyaksikan pelantikan hakim-hakim dalam kalangan wanita.[57]

Pecahan pentadbiran

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persekutuan terletak di Semenanjung Malaysia manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan terletak di Malaysia Timur. Kebanyakan negeri di Semenanjung dibahagikan kepada daerah dan diikuti dengan mukim. Negeri Kelantan dibahagikan kepada jajahan diikuti dengan daerah dan mukim. Negeri Sarawak dan Sabah pula dibahagikan kepada beberapa bahagian diikuti dengan daerah dan daerah kecil.

Kuasa pentadbiran di setiap negeri dibahagikan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dengan kedua-duanya mempunyai bidang kuasa yang berbeza. Wilayah persekutuan pula ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan. Setiap negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri tersendiri yang ahlinya dipilih dalam pilihan raya. Kerajaan negeri diketuai oleh Ketua Menteri, dengan gelaran berbeza mengikut negeri, iaitu Menteri Besar bagi sembilan negeri Melayu beraja, Ketua Menteri bagi Melaka, Pulau Pinang dan Sabah manakala Sarawak menggunakan gelaran Premier. Pilihan raya bagi semua negeri kecuali Sarawak kebiasaannya akan dilakukan bersama dengan pilihan raya persekutuan.

13 negeri ini terbentuk berdasarkan kerajaan-kerajaan Melayu yang terdahulu, dengan sembilan negeri Melayu di Semenanjung masih mengekalkan keluarga diraja mereka sebagai pemerintah utama. Yang di-Pertua Negeri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri yang tidak beraja setelah berunding dengan Ketua Menteri bagi negeri itu. Setiap negeri mempunyai perlembagaan bertulis yang tersendiri, dengan Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi yang lebih besar berbanding negeri lain, antaranya termasuklah kawalan dan polisi imigresen yang tersendiri dan status wilayah yang berlainan.

Pentadbiran peringkat rendah pula dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada 14 Majlis Bandaraya, 38 Majlis Perbandaran dan 97 Majlis Daerah. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kedudukan pihak berkuasa tempatan di setiap negeri kecuali wilayah persekutuan terletak di bawah hal ehwal kerajaan negeri.

Hubungan luar negara dan ketenteraan

 
MRCA Sukhoi Su-30 MKM milik TUDM.

Ia mendapat keutamaan dalam keselamatan dan keseimbangan Asia tenggara dan telah cuba untuk memperkukuh hubungan dengan negara-negara Islam.[58]

Malaysia merupakan sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Persidangan Islam.[59][60] Malaysia menganggotai pelbagai lagi pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Pertubuhan Lapan Negara Membangun dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.[61][62] Sebagai bekas jajahan British, Malaysia menganggotai Negara-Negara Komanwel.[63]

 
Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 25 September 2003
 
Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, 3 Ogos 2018

Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel disebabkan sentimen Kerajaan Malaysia terhadap negara Yahudi tersebut.[64] Brunei dan Malaysia pada 2008 mengumumkan pengakhiran tuntutan terhadap tanah, untuk menyelesaikan masalah berkaitan sempadan maritim mereka. Tuntutan semula tanah Singapura telah menyebabkan ketengangan antara kedua-2 negara, dan pertikaian sempadan laut terjadi dengan Indonesia.[65]

Keperluan pertahanan Malaysia ditugaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 3 cabang, iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Malaysia tidak mengamalkan pengerahan tenaga rakyat; sesiapa yang ingin menyertai tentera haruslah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. 1.9% KDNK Malaysia diperuntukkan untuk tentera yang mengambil 1.23% guna tenaga Malaysia.[66]

Ekonomi

 
Menara Berkembar KLCC
 
Proton Prevé, kereta buatan.[67]

Malaysia berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer.

Pengangkutan dan tenaga

 
Lebuhraya Utara-Selatan

Sistem transit aliran ringan terdapat di beberapa bandar, seperti Kuala Lumpur.[68]

Pada mulanya, penghasilan tenaga oleh 1 kumpulan di Malaysia berasaskan minyak dan gas asli.[69] Malaysia pada sebuah masa berupaya menjana tenaga elektrk sebanyak 13GW.[70] Biarpun "permintaan untuk tenaga makin meningkat", Malaysia "hanya ada 33 tahun rizab gas asli dan 19 tahun rizab minyak", oleh itu, kerajaan Malaysia berusaha mencari sumber tenaga boleh baharu.[69] Pada sebuah masa, 16% janaan elektrik Malaysia berbentuk hidroelektrik dan 84% yang selebihnya adalah termal.[70] Sektor tenaga keseluruhannya berada di bawah kawalan Suruhanjaya Tenaga Malaysia, sebuah suruhanjaya berkanun yang menguasai penggunaan tenaga di Semenanjung dan Sabah mengikut syarat-syarat Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.[71]

Sains dan teknologi

Pada tahun 2002, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dibentuk untuk menguruskan segala kegiatan Malaysia di angkasa, sambil memupuk pendidikan dan ujikaji angkasa.

Sebagai usaha melahirkan keupayaan pertahanan kendiri sambil menyokong pembangunan negara, Malaysia menswastakan beberapa kemudahan tenteranya pada 1970-an. Maka terbentuklah industri pertahanan yang dipantau oleh Majlis Industri Pertahanan Malaysia sejak tahun 1999. Kerajaan cuba memupuk daya saing dalam sektor ini sehingga giat memasarkan industri pertahanan. Salah 1 caranya ialah Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi, salah sebuah pertunjukan pertahanan dan khidmat awam.[72]

Pada tahun 2007 Malaysia telah menghantar angkasawan pertama negara iaitu Dato Dr Sheikh Muzaffar ke angkasa dan melancarkan satelit dengan kerjasama negara Rusia.

Demografi

Pecahan etnik di Malaysia (2020)
Bumiputera
  
69.4%
Cina
  
23.2%
India
  
6.7%
Lain-lain
  
0.7%

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia mempunyai populasi seramai 32,447,385 orang pada tahun 2020. Malaysia juga mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan seramai 96 orang perkilometer persegi. Penduduk berwarganegara Malaysia membentuk 91.8 peratus dari jumlah penduduk.[73] Populasi negara ini lebih tertumpu di Semenanjung Malaysia, di mana kira-kira 20 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia tinggal di bahagian ini. Kuala Lumpur, ibu negara bagi Malaysia mempunyai jumlah penduduk paling ramai iaitu hampir dua juta orang. Kajang yang terletak di negeri Selangor pula menjadi bandar kedua terbesar di negara ini dengan jumlah penduduk kira-kira sejuta orang. Kira-kira 75 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar.

Majoriti warganegara Malaysia merupakan bumiputera, iaitu dianggarkan seramai 69.4 peratus dari jumlah penduduk. Kumpulan terbesar dalam kelompok masyarakat bumiputera ini ialah orang Melayu, yang didefinisikan di dalam Perlembagaan sebagai umat Islam yang mengamalkan adat dan budaya Melayu. Kelompok bumiputera juga terdiri daripada penduduk peribumi bukan Melayu di Sabah dan Sarawak, antaranya termasuklah Iban, Bidayuh, Melanau, Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain. Masyarakat orang asli yang membentuk kumpulan minoriti di Semenanjung Malaysia juga merupakan sebahagian daripada kelompok bumiputera.

Malaysia juga mempunyai penduduk berbangsa Cina yang menjadi masyarakat bukan bumiputera terbesar di negara ini yang membentuk kira-kira 23.2 peratus dari jumlah penduduk. Penduduk berbangsa India pula membentuk hampir 6.8 peratus. Masyarakat Cina ini kebanyakannya berketurunan Han manakala masyarakat India pula kebanyakannya berketurunan Tamil.

Malaysia dianggarkan mempunyai lebih tiga juta pekerja asing, atau hampir 10 peratus dari jumlah populasi negara ini kesan daripada peningkatan keperluan tenaga kerja buruh. Malaysia juga menempatkan kira-kira 171,500 orang pelarian dan pencari suaka yang kebanyakannya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Agama

Pecahan agama di Malaysia (2020)
Islam
  
63.5%
Buddha
  
18.7%
Kristian
  
9.1%
Hindu
  
6.1%
Tidak beragama
  
1.8%
Lain-lain/Tidak diketahui
  
0.9%
 
Masjid Kampung Laut, di Tumpat, Kelantan.

Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, dan Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020, kira-kira 63.5 peratus penduduk menganut agama Islam; 18.7 peratus Buddha; 9 peratus merupakan Kristian; 6.1 peratus Hindu; dan 0.9 peratus yang lain mengamalkan ajaran lain seperti Sikhisme dan Konfusianisme. Terdapat juga penduduk yang tidak beragama yang membentuk 1.8 peratus dari keseluruhan penduduk.[74]

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia.[75] Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang. Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.[76]

Umat Islam di Malaysia majoritinya mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan bermazhab Syafii. Umat Islam juga diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan agama Islam. Hakim syariah "sewajarnya mengikuti fahaman perundangan Syafii selaku mazhab utama" di Malaysia.[77]

Bahasa

Bahasa rasmi dan kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Melayu Malaysia, salah satu bentuk standard bagi Bahasa Melayu. Sebelum ini, nama Bahasa Malaysia juga pernah diguna pakai secara rasmi namun kerajaan kini menggunakan semula terma Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga menetapkan bahawa tulisan rumi merupakan tulisan rasmi bagi bahasa kebangsaan namun penggunaan tulisan Jawi juga masih dibenarkan.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di negara ini, dengan penggunaannya dibenarkan bagi beberapa perkara tertentu menurut Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Hanya negeri Sarawak yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negeri bersama dengan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris Malaysia merupakan satu bentuk standard Bahasa Inggeris bagi negara ini, yang berasaskan Bahasa Inggeris British. Bahasa Inggeris Malaysia juga banyak diguna pakai dalam urusan harian masyarakat di negara ini, bersama-sama dengan Manggeris, iaitu satu bentuk Bahasa Inggeris sehari-hari masyarakat negara ini yang bercampur dengan Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Kerajaan Malaysia juga mengambil langkah bagi mengurangkan penggunaan bahasa rojak dan Manggeris dalam kalangan masyarakat.[78]

Rakyat Malaysia juga bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup.[79] Terdapat 41 bahasa hidup yang masih mempunyai penutur di Semenanjung Malaysia. Kaum peribumi di Malaysia Timur pula bertutur dalam bahasa tersendiri yang saling mempunyai hubungan sesama mereka. Bahasa Iban ialah bahasa etnik utama di Sarawak manakala Bahasa Dusun dan Bahasa Kadazan merupakan antara bahasa utama yang dituturkan penduduk peribumi Sabah.[80] Orang Cina di Malaysia pula kebanyakannya bertutur menggunakan dialek Cina yang berasal dari selatan China. Antara ragam bahasa Cina utama di negara ini termasuklah Mandarin, Hokkien dan Kantonis. Orang India pula kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Tamil. Bahasa Kreol turut dituturkan oleh masyarakat Malaysia yang berketurunan Eropah seperti di Melaka.

Pendidikan

Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mentadbir hal ehwal pengajian tinggi.[81] Kebiasaannya kanak-kanak di negara ini akan mula bersekolah di tadika seawal usia empat tahun. Prasekolah juga ditubuhkan bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Rakyat Malaysia memulakan pendidikan rendah bermula umur tujuh tahun. Sekolah rendah di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil dalam sesi pembelajaran. Tempoh pembelajaran di sekolah rendah mengambil masa selama enam tahun.[82]

Penduduk negara ini juga memulakan pendidikan menengah semasa berusia 13 tahun. Terdapat pelbagai jenis sekolah menengah di negara ini termasuklah sekolah menengah harian, sekolah menengah agama, sekolah menengah berasrama biasa dan sekolah berasrama penuh. Tempoh pembelajaran di sekolah menengah mengambil masa selama lima tahun. Sebelum menamatkan pendidikan menengah, setiap pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar seterusnya diberikan pilihan untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi sama ada di matrikulasi, institut perguruan atau ke universiti. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga diadakan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah tinggi atau Tingkatan 6.

Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).[83]

Penjagaan kesihatan

Kerajaan melaksanakan sistem penjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan perusahaan perubatan swasta. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mewajibkan doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama 3 tahun untuk memastikan kakitangan yang mencukupi di hospital-hospital berkenaan. Kerajaan berdepan dengan masalah kekurangan pusat perubatan di luar bandar, dan menanganinya dengan membangunkan sistem "Tele-Jagaan Primer".[84]

Pada tahun 2008, kadar kematian bayi di Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang.[85]

Budaya

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik, budaya dan bahasa. Pengaruh luar terhadap budaya negara ini wujud sejak zaman perdagangan dahulu lagi dengan kebanyakannya datang dari China dan India. Pengaruh budaya lain juga wujud termasuklah Parsi, Arab dan British.

Pada tahun 1971, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, yang menetapkan Kebudayaan Malaysia mestilah berdasarkan budaya masyarakat peribumi di Malaysia, agar ia dapat memasukkan unsur-unsur yang sesuai daripada budaya lain, dan ajaran Islam perlu memainkan peranan dalam sebahagian daripadanya.[86] Dasar ini juga menetapkan kedudukan Bahasa Melayu yang lebih tinggi daripada yang lain.

Kesenian

Kesenian Malaysia kebanyakannya tertumpu kepada seni anyaman dan ukiran. Antara kesenian Melayu yang terkenal termasuklah keris, tenunan batik dan kain songket. Masyarakat peribumi timur Malaysia pula terkenal dengan pembuatan topeng kayu. Setiap etnik mempunyai kesenian yang tersendiri dengan sedikit persamaan antara mereka.[87]

Alat muzik tradisional kebiasaannya dibuat daripada bahan-bahan semulajadi. Muzik digunakan masyarakat secara meluas sejak dahulu lagi apabila sering digunakan semasa persembahan cerita rakyat, acara keramaian dan pesta menuai. Alat muzik juga digunakan dalam beberapa acara diraja seperti nobat dalam acara diraja Kedah. Antara alat muzik yang terkenal di Semenanjung termasuklah gendang, kompang, rebana dan nafiri. Di Malaysia Timur pula, alat muzik seperti agung dan kulintang juga digunakan dalam beberapa acara seperti perkahwinan dan kematian.

Makanan

Aneka masakan di negara ini dipengaruhi oleh pelbagai budaya di negara ini dan budaya serantau termasuklah budaya Melayu, China, India, Thai, Sumatera dan Jawa. Pengaruh ini merupakan kesan daripada kedudukan negara ini dalam sebahagian laluan rempah utama pada zaman dahulu. Setiap negeri mempunyai aneka masakan yang tersendiri dan ada juga yang tersebar luas ke serata negara. Makanan ruji bagi kebanyakan masyarakat di negara ini ialah nasi. Mi juga menjadi makanan utama bagi penduduk yang umumnya berbangsa Cina. Di Malaysia Timur, beberapa kelompok etnik turut menjadikan sagu sebagai makanan harian mereka.

Cuti dan perayaan

Sesetengahnya cuti umum diwartakan di peringkat persekutuan atau negeri. Salah satunya adalah Hari Kebangsaan (atau Hari Kemerdekaan) pada 31 Ogos sempena ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Cuti kebangsaan yang lain termasuk Hari Pekerja (1 Mei), dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Sabtu pertama bulan Jun).

Perayaan Islam termasuk Hari Raya Aidilfitri,[88] Hari Raya Aidiladha (atau Hari Raya Haji), Awal Muharram (Maal Hijrah) dan Maulidur Rasul. Masyarakat Hindu menyambut pesta cahaya Deepavali dan juga Thaipusam, sambutan secara berziarah ramai-ramai ke Batu Caves.[89] Di Malaysia Timur pula diadakan perayaan menuai iaitu Gawai di Sarawak dan Kaamatan di Sabah.

Perayaan berkonsepkan persaudaraan dipupuk untuk mengukuhkan perpaduan di Malaysia, misalnya, "Kongsi Raya" apabila Aidilfitri bertembung dengan Tahun Baru Cina, atau "Deepa Raya" apabila Aidilfitri dan Deepavali disambut serentak.[90]

Sukan

 
Logo Sukan Komanwel XVI yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998

Antara sukan di Malaysia ialah badminton, bola sepak, boling, hoki dan skuasy.[91] Perlawanan badminton di Malaysia menarik ribuan penonton. Malaysia menjadi tuan rumah Piala Thomas beberapa kali sejak tahun 1948.[92] Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) didaftarkan pada tahun 1997.[93] Skuasy diperkenalkan di Malaysia oleh tentera British, dengan perlawanan sulung yang diadakan pada tahun 1939. Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) ditubuhkan pada 25 Jun 1972.[94]

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan Hoki Piala Dunia ke-3 dan ke-10.[95] Ia memiliki sebuah perlumbaan Formula Satu iaitu Litar Antarabangsa Sepang sepanjang 310.408 km, dan mengadakan Grand Prix tahunan mulai tahun 1999.[96] Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998.[97]

Galeri

Rujukan

Utama

  1. ^ "Malaysian Flag and Coat of Arms". Malaysian Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2013. Dicapai pada 9 September 2013.
  2. ^ "Official language in Malaysia". Malay language is officially language in Malaysia.
  3. ^ "Minister: Census shows Malaysia's oldest man and woman aged 120 and 118; preliminary census findings to be released in Feb 2022". Malaymail. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  4. ^ Jabatan Perangkaan Malaysia 2021.
  5. ^ "The States, Religion and Law of the Federation" (PDF). Constitution of Malaysia. Judicial Appointments Commission. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Jun 2017. Dicapai pada 29 Oktober 2017. Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
  6. ^ "Laporan Taburan Penduduk dan Ciri Demografi Asas 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. 14 Februari 2020.
  7. ^ Derek Mackay (11 Jun 2005). Eastern Customs: The Customs Service in British Malaya and the Opium Trade. The Radcliffe Press. m/s. 240–. ISBN 978-1-85043-844-1. Dicapai pada 28 Ogos 2013.
  8. ^ a b "The National Archives DO 169/254 (Constitutional issues in respect of North Borneo and Sarawak on joining the federation)". The National Archives. 1961–1963. Dicapai pada 23 April 2015.CS1 maint: date format (link)
  9. ^ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. Julai 1963. Dicapai pada 29 Julai 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Malaysia Population". Worldometer. 8 Juni 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ a b c d "5. Report for Selected Countries and Subjects". International Monetary Fund. Dicapai pada 06 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  12. ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Dicapai pada 12 Disember 2019.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Country Pages - Malaysia". Country Pages. Council for International Exchange of Scholars. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 6 September 2010.
  14. ^ Room, Adrian (2004). Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for Over 5000 Natural Features, Countries, Capitals, Territories, Cities and Historic Sites. McFarland & Company. m/s. 221. ISBN 978-0-7864-1814-5.
  15. ^ "The World Factbook – Malaysia". Central Intelligence Agency. 2020.
  16. ^ a b c Abdul Rashid Melebek; Amat Juhari Moain (2006), Sejarah Bahasa Melayu ("History of the Malay Language"), Utusan Publications & Distributors, m/s. 9–10, ISBN 978-967-61-1809-7
  17. ^ Weightman, Barbara A. (2011). Dragons and Tigers: A Geography of South, East, and Southeast Asia. John Wiley and Sons. m/s. 449. ISBN 978-1-118-13998-1.
  18. ^ Tiwary, Shanker Shiv (2009). Encyclopaedia Of Southeast Asia And Its Tribes (Set Of 3 Vols.). Anmol Publications Pvt. Ltd. m/s. 37. ISBN 978-81-261-3837-1.
  19. ^ Singh, Kumar Suresh (2003). People of India. 26. Anthropological Survey of India. m/s. 981. ISBN 978-81-85938-98-1.
  20. ^ a b c d Barnard, Timothy P. (2004), Contesting Malayness: Malay identity across boundaries, Singapore: Singapore University press, m/s. 3–10, ISBN 978-9971-69-279-7
  21. ^ Pande, Govind Chandra (2005). India's Interaction with Southeast Asia: History of Science, Philosophy and Culture in Indian Civilization, Vol. 1, Part 3. Munshiram Manoharlal. m/s. 266. ISBN 978-81-87586-24-1.
  22. ^ Gopal, Lallanji (2000). The economic life of northern India: c. A.D. 700–1200. Motilal Banarsidass. m/s. 139. ISBN 978-81-208-0302-2.
  23. ^ Ahir, D. C. (1995). A Panorama of Indian Buddhism: Selections from the Maha Bodhi journal, 1892–1992. Sri Satguru Publications. m/s. 612. ISBN 978-81-7030-462-3.
  24. ^ Mukerjee, Radhakamal (1984). The culture and art of India. Coronet Books Inc. m/s. 212. ISBN 978-81-215-0114-9.
  25. ^ Sarkar, Himansu Bhusan (1970). Some contributions of India to the ancient civilisation of Indonesia and Malaysia. Punthi Pustak. m/s. 8.
  26. ^ Milner, Anthony (2010), The Malays (The Peoples of South-East Asia and the Pacific), Wiley-Blackwell, m/s. 18–19, ISBN 978-1-4443-3903-1
  27. ^ a b Andaya, Leonard Y. (Oktober 2001). "The Search for the 'Origins' of Melayu". Journal of Southeast Asian Studies. 32 (3): 315–316, 324, 327–328, 330. doi:10.1017/S0022463401000169. JSTOR 20072349. S2CID 62886471.
  28. ^ d'Urville, J. S. B. C. S. D.; Ollivier, I.; De Biran, A.; Clark, G. (2003). "On the Islands of the Great Ocean". The Journal of Pacific History. 38 (2): 163. doi:10.1080/0022334032000120512. S2CID 162374626.
  29. ^ Earl, George S. W. (1850). "On The Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA). IV: 119.
  30. ^ Barrows, David P. (1905). A History of the Philippines. American Book Company. m/s. 25–26.
  31. ^ Suarez, Thomas (1999). Early Mapping of Southeast Asia. Periplus Editions (HK) Ltd. m/s. 46–47. ISBN 978-962-593-470-9.
  32. ^ "Federation of Malaya Independence Act 1957 (c. 60)e". The UK Statute Law Database. 31 Julai 1957. Dicapai pada 6 November 2010.
  33. ^ Sakai, Minako (2009). "Reviving Malay Connections in Southeast Asia" (PDF). Dalam Cao, Elizabeth; Morrell (penyunting). Regional Minorities and Development in Asia. Routledge. m/s. 124. ISBN 978-0-415-55130-4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 Oktober 2014.
  34. ^ Leow Chiah Wei. Travel Times. "Asia's southernmost tip", New Straits Times, Kuala Lumpur, 18 Julai 2005.
  35. ^ Sager Ahmad. Travel Times. Tanjung Piai, the End of Asia, New Straits Times, Kuala Lumpur, 27 Jun 2003.
  36. ^ a b c The population of Peninsular Malaysia by Swee-Hock Saw, pages 1-2
  37. ^ "Mount Kinabalu — revered abode of the dead". Ecologyasia.com. Dicapai pada 17 September 2010.
  38. ^ Alan G. Fix (Jun 1995). "Malayan Paleosociology: Implications for Patterns of Genetic Variation among the Orang Asli". American Anthropologist, New Series. 97 (2): 313–323. doi:10.1525/aa.1995.97.2.02a00090.
  39. ^ "The Map Room: South East Asia: Malaya". British Empire. Dicapai pada 18 September 2010.
  40. ^ BCLim. "History of Malaya, Malaysia by mymalaysiabooks". Mymalaysiabooks.com. Dicapai pada 21 September 2010.
  41. ^ "White Rajah: a dynastic intrigue - Google Books". Google.com. 16 Ogos 1902. Dicapai pada 18 September 2010.
  42. ^ Legacies of World War II in South and East Asia by David Koh Wee Hock, David Wee Hock Koh
  43. ^ Mahathir bin Mohamad. "Our Region, Ourselves" Diarkibkan 2010-02-28 di Wayback Machine, Time Asia, Hong Kong, 31 Mei 1999.
  44. ^ "Malaya: Token Citizenship" Diarkibkan 2010-11-25 di Wayback Machine, Time, New York, 19 Mei 1952.
  45. ^ Friday, Sep. 06, 1963 (6 September 1963). "Malaysia: Tunku Yes, Sukarno No". TIME. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  46. ^ "Malaysia: The Art of Dispelling Anxiety" Diarkibkan 2010-12-27 di Wayback Machine, Time, New York, 27 Ogos 1965.
  47. ^ "Race War in Malaysia" Diarkibkan 2007-05-18 di Wayback Machine, Time, New York, 23 Mei 1969.
  48. ^ Jomo Kwame Sundaram. UNRISD The New Economic Policy and Interethnic Relations in Malaysia.
  49. ^ Anthony Spaeth. "Bound for Glory", Time, New York, 9 Disember 1996.
  50. ^ Ping Lee Poh; Yean Tham Siew. "Malaysia Ten Years After The Asian Financial Crisis" (PDF). Universiti Thammasat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 April 2010. Dicapai pada 25 Julai 2011.
  51. ^ Dollah, Ramli; Khusyairy Pangkas, Zainus Sagi (22 April 2019). "Aktor Bukan Negara dan Keselamatan Nasional di Malaysia: Tentera Diraja Sulu dan Pencerobohan Lahad Datu, 2013 Non-State Actor and National Security in Malaysia: The Royal Sulu Army and the Lahad Datu Intrusion, 2013". ResearchGate. 87 (17): 31. Dicapai pada 30 Oktober 2020.
  52. ^ "Malaysian taskforce investigates allegations $700m paid to Najib". The Guardian. London. 6 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2020. Dicapai pada 24 Mac 2018.
  53. ^ Walden, Max (13 Januari 2021). "How Malaysia went from fewer COVID cases than Australia to a national state of emergency". ABC News (Australia). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2021. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  54. ^ "'Parlimen tergantung, tiada parti dapat majoriti lebih 50 peratus' - SPR". Berita Harian. 20 November 2022. Dicapai pada 20 November 2022.
  55. ^ "Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10". Berita Harian. 24 November 2022. Dicapai pada 24 November 2022.
  56. ^ "Asia-Pacific | Malaysia rejects Christian appeal". BBC News. 30 Mei 2007. Dicapai pada 27 September 2010.
  57. ^ England, Vaudine (9 Julai 2010). "BBC News - Malaysian groups welcome first Islamic women judges". Bbc.co.uk. Dicapai pada 27 September 2010.
  58. ^ "Malaysia Foreign Relations | ASEAN - Australia - New Zealand Free Trade Agreement". Asean.fta.govt.nz. 4 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2010. Dicapai pada 18 September 2010.
  59. ^ "Overview". Association of Southeast Asian Nations. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2002. Dicapai pada 8 November 2007.
  60. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2012. Dicapai pada 23 Oktober 2010.
  61. ^ "Member Economies". Asia-Pacific Economic Cooperation. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 5 September 2010.
  62. ^ "Malaysia". Developing 8 Countries. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  63. ^ Members. Commonwealth Secretariat. Dicapai pada 8 November 2007.
  64. ^ "Malaysia: Anti-Semitism without Jews". Jerusalem Center for Public Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2010. Dicapai pada 5 September 2010.
  65. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2011. Dicapai pada 23 Oktober 2010.
  66. ^ "Malaysian Military statistics". NationMaster. Dicapai pada 1 Oktober 2010.
  67. ^ "Proton Preve dapat 5 Bintang ANCAP". arenakereta.com. 26 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2013. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  68. ^ Malaysia, Singapore & Brunei by Simon Richmond, Marie Cambon, Damian Harper
  69. ^ a b "Renewable Energy and Kyoto Protocol: Adoption in Malaysia". Publicweb.unimap.edu.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010. Dicapai pada 24 September 2010.
  70. ^ a b Global Energy Network Institute 1-619-595-0139 (28 Jun 2007). "National Energy Grid of Malaysia - National Electricity Transmission Grid of Malaysia - Global Energy Network Institute - GENI conducts research and education on: renewable energy resources interconnections globally, world peace, stable sustainable development solutions". Geni.org. Dicapai pada 24 September 2010.
  71. ^ h"Overview of Energy Commission". St.gov.my. Dicapai pada 24 September 2010.
  72. ^ John Pike. "Malaysia Defence Industry". Globalsecurity.org. Dicapai pada 24 September 2010.
  73. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Julai 2023. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  74. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  75. ^ Perkara 160 (2). Perlembagaan Malaysia.
  76. ^ General Report of the Population and Housing Census 2000. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia. 2005. m/s. 60–64. ISBN 9839044265.
  77. ^ Michael G. Peletz (2002). Islamic modern: religious courts and cultural politics in Malaysia. pp.84–85.
  78. ^ Zimmer, Benjamin (5 Oktober 2006). "Language Log: Malaysia cracks down on "salad language"". Itre.cis.upenn.edu. Dicapai pada 14 September 2010.
  79. ^ "Ethnologue report for Malaysia". Ethnologue.com. Dicapai pada 18 Oktober 2010.
  80. ^ The Austronesian languages of Asia ... - Google Books. Books.google.com.ph. Dicapai pada 21 September 2010.
  81. ^ Jadual Kesembilan. Perlembagaan Malaysia.
  82. ^ Pendidikan Sekolah Rendah Diarkibkan 2011-08-11 di Wayback Machine, Portal Rasmi Kerajaan Malaysia (malaysia.gov.my). Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  83. ^ "Academic Qualification Equivalence". StudyMalaysia.com. Dicapai pada 15 September 2010.
  84. ^ moveforward (8 Ogos 2009). "Health Care in Malaysia". Expatforum.com. Dicapai pada 17 September 2010.
  85. ^ Infant mortality rate, World Bank, World Development Indicators, 23 Oktober 2010. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  86. ^ "Cultural Tourism Promotion and policy in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). School of Housing, Building and Planning. 22 Oktober 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  87. ^ "National Dikir Barat Competition To Be Expanded Next Year". Ministry Of Information Malaysia. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-06. Dicapai pada 06 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  88. ^ "Festival of Malaysia ~ Hari Raya Puasa". Go2travelmalaysia.com. 11 September 2010. Dicapai pada 15 September 2010.
  89. ^ "Festivals of Malaysia ~ Thaipusam Festival". Go2travelmalaysia.com. Dicapai pada 15 September 2010.
  90. ^ "The English Teacher" (PDF). Malaysian English Language Teaching Association. 2 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Mei 2011. Dicapai pada 15 September 2010.
  91. ^ "Sports and recreation". Tourism Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2009. Dicapai pada 29 September 2010.
  92. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2010. Dicapai pada 26 Oktober 2010.
  93. ^ "MALAYSIA LAWN BOWLS FEDERATION". My.88db.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2011. Dicapai pada 1 Oktober 2010.
  94. ^ "History of SRAM". Malaysiasquash.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2010. Dicapai pada 1 Oktober 2010.
  95. ^ History of Hockey World Cup - The Times of India
  96. ^ "GRAND PRIX RESULTS: MALAYSIAN GP, 1999". grandprix.com. Dicapai pada 26 Oktober 2010.
  97. ^ Dudley, Rueben (20 September 2010). "19th Commonwealth Games: Doing Malaysia proud". Petaling Jaya, Selangor: The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2011. Dicapai pada 29 September 2010.

Tambahan

Pautan luar