Pengangkutan di Malaysia

Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya. Lebuhraya utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura. Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta.

Pengangkutan merupakan alat pemindahan barang atau manusia dari satu tempat ke tempat yang lain

Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan rasmi Malaysia ialah Penerbangan Malaysia, menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara. Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan. Yang popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan, yang mengurangkan beban lalu lintas di sistem lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.

Rujukan http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_di_Malaysia

Isi kandungan

DaratSunting

Jalan rayaSunting

Rangkaian jalan raya Malaysia merangkumi 98,721 kilometer (61,342 bt), 80,280 kilometer (49,884 bt) berturap, dan 1,821 kilometer (1,132 bt) merupakan lebuh raya.[1] Lebuh raya terpanjang negara ini, Lebuh Raya Utara-Selatan berpanjang melebihi 800 kilometer (497 bt) di antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.[2] Pemanduan di kiri adalah wajib sejak pengenalan kereta bermotor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1903 semasa era penjajahan British.

Kereta apiSunting

Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1,849 kilometer (1,149 bt). 1,792 kilometer (1,113 bt) daripadanya merupakan landasan sempit, sementara 57 kilometer (35 bt) merupakan landasan piawai. 150 kilometer (93 bt) daripada landasan sempit dan semua landasan piawai berelektrik.[1] Sistem Transit Aliran Ringan bertingkat yang agak murah digunakan di sesetengah bandar raya, seperti Kuala Lumpur.[3]

Jalan airSunting

Malaysia mempunyai jalan air sepanjang 7,200 kilometer (4,474 bt),[1] kebanyakannya sungai. Daripada ini, 3,200 kilometer (1,988 bt) terletak di Semenanjung Malaysia, 1,500 kilometer (932 bt) di Sabah, dan 2,500 kilometer (1,553 bt) di Sarawak.[1]

Talian paipSunting

Malaysia mempunyai 3 kilometer (2 bt) talian paip luwapan, 1,965 kilometer (1,221 bt) talian paip gas, 31 kilometer (19 bt) talian paip minyak, dan 114 kilometer (71 bt) talian paip produk bertapis.[1]

PelabuhanSunting

 
Bot ulang-alik membawa dengan feri kepada feri Melaka-Sumatera (bot kuning besar) berlabuh di luar pesisir dekat Melaka

Ini senarai pelabuhan di Malaysia:

FeriSunting

Perkapalan perdaganganSunting

Jumlah: 360 buah kapal (1,000 GRT atau lebih) 5,389,397 GRT/7,539,178 metric tons berat mati (DWT) mengikut jenis: gas cair 25, kargo 100, kontena 66, pengankut kenderaan 8, pengangkut ternakan 1, penumpang 2, pukal 59, ro-ro 5, tangki kimia 38, tangki petroleum 56

Milik negara asing: China 1, Filipina 2, Hong Kong 8, Indonesia 2, Jepun 2, Jerman 2, Korea Selatan 1, Liberia 1, Monaco 1, Norway 1, Singapura 81, Vietnam 1
terdaftar di negara lain: 75 (anggaran 2009)

UdaraSunting

 
Peta laluan pengangkutan udara di Malaysia

Lapangan terbangSunting

117 (anggaran 2003)

Lapangan terbang dengan landasan berturapSunting

Jumlah: 38
Melebihi 3,047 m: 5
2,438 ke 3,047 m: 7
1,524 ke 2,437 m: 10
914 ke 1,523 m: 9
Kurang daripada 914 m: 7 (anggaran 2004)

Pangkalan helikopterSunting

2 (anggaran 2006)

Rujukan: 1) http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_di_Malaysia

Lihat jugaSunting