Raja Putih Sarawak

(Dilencongkan daripada Raja Putih)

Raja Putih ialah sebuah dinasti pemerintahan sebuah keluarga orang putih di Sarawak iaitu keluarga Brooke. Raja Putih juga dikenali sebagai Rajah Sarawak atau Rajah Putih. Penggunaan kata Rajah adalah untuk membezakan gelaran keluarga diraja dengan keluarga Brooke.

Raja Sarawak
Wilayah/Negeri
Jata Diraja
DYMM James Brooke, Raja Putih Sarawak
Butiran
GelaranDuli Yang Maha Mulia
Penyandang pertamaJames Brooke
Penyandang terakhirCharles Vyner Brooke
Pembentukan1841
Pemansuhan1946
PersemayamanAstana, Sarawak
Penuntut takhtaJames Bertram Lionel Brooke

Sarawak ialah sebuah jajahan milik Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke (Raja Putih pertama Sarawak) mendapat tanah dan lama kelamaan kuasa pentadbirannya di Sarawak menjadi semakin besar .

Selepas Perang Dunia II, Raja Putih Sarawak yang terakhir menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Gelaran Raja Putih diperolehi kerana keluarga Brooke merupakan orang putih jadi begitulah gelaran Raja Putih terhasil.

Ada tiga orang Raja Putih:-

  1. James Brooke
  2. Charles Brooke
  3. Charles Vyner Brooke

Galeri

sunting
 
Papan tanda pada Tugu Brooke di Kuching

Rujukan

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.