Buka menu utama

Kumpulan 15 (K-15)[1] telah ditubuhkan semasa Mesyuarat Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ke-9 di Belgrade, Yugoslavia pada bulan September 1989.

Kumpulan 15
G15 Nations.png
Ahli-ahli Kumpulan 15 [1]
Pembentukan1989
1990 (Persidangan)
TujuanBertindak sebagai pemangkin untuk kerjasama yang lebih luas di antara negara-negara membangun.[2]
Ahli
Pengerusi Kumpulan 15
 Sri Lanka (2010-2012)
Laman sesawangwww.g15.org

Forum tidak rasmi telah dibentuk bagi meningkatkan kerjasama dan menyediakan input untuk kumpulan antarabangsa lain, seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan Kumpulan Lapan. Ia terdiri daripada negara-negara Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, dan Asia dengan tujuan bersama untuk meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan. K-15 memfokuskan kerjasama di dalam negara-negara membangun di dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi. Keanggotaan K-15 telah berkembang kepada 18 buah negara, akan tetapi namanya tidak berubah.[3]

MatlamatSunting

Antara matlamat kumpulan ini ialah:[4]

  • menggunakan potensi kerjasama bermanfaat bersama antara negara-negara membangun
  • membuat ulasan bertusan mengenai kesan atau dampak keadaan semasa dunia serta hubungan ekonomi antarabangsa kterhadap negara-negara tersebut
  • berfungsi sebagai sebuah forum masihat dalam kalangan negara membangun untuk menyelenggarakan polisi dan tindakan
  • mengenalpasti dan menggunapakai skim kukuh untuk kerjasana antara rantau Global South sert aenggalang sokongan meluas
  • mendorong kepada suatu kerjasama antara negara-negara membangun dan maju yang positif dan produktit serta mencari cara baru mengatasi masalah semasa dalam cara yang kooperatif, membina dan saling menyokong.

Negara-negara anggotaSunting

Rantau Negara anggota Ketua Menteri Luar Negeri Populasi GDP (PPP, bilion USD) GDP per capita (PPP, USD)
Afrika   Algeria Presiden Abdelaziz Bouteflika Menteri Luar Negeri Mourad Medelci 35,954,000 263.7 7,333
  Mesir Presiden Abdel Fattah el-Sisi Menteri Luar Negeri Nabil Fahmy 79,356,000 519.0 6,540
  Nigeria Presiden Muhammadu Buhari Menteri Luar Negeri Geoffrey Onyeama 174,507,539 1109 6,204
  Kenya Presiden Uhuru Kenyatta Menteri Luar Negeri Amina Mohamed 40,910,000 71.4 1,746
  Senegal Presiden Macky Sall Menteri Luar Negeri Mankeur Ndiaye 13,443,000 25.2 1,871
  Zimbabwe Presiden Emmerson Mnangagwa Menteri Luar Negeri Simbarashe Mumbengegwi 12,575,000 6.1 487
Asia   India Perdana Menteri Narendra Modi Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri Sushma Swaraj 1,326,917,000 9457.8 7,994
  Indonesia Presiden Joko Widodo Menteri Luar Negeri Retno Marsudi 241,030,000 1124.6 10,585.4
  Iran Presiden Hassan Rouhani Menteri Luar Negeri Mohammad Javad Zarif 75,859,000 990.2 13,053
  Malaysia Perdana Menteri Mahathir Mohamad Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah 28,731,000 447.3 15,568
  Sri Lanka Presiden Maithripala Sirisena Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri Mangala Samaraweera 20,541,000 116.5 5,674
Amerika Selatan dan Kepulauan

Caribbean

  Argentina Presiden Mauricio Macri Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri, Perdagangan Antarabangsa dan Keagamaan Jorge Faurie 43,417,000 816.4 17,516
  Brazil Presiden Michel Temer Menteri Hubungan Luar Negeri José Serra 205,338,000 3294.2 11,769
  Chile Presiden Michelle Bachelet Menteri Luar Negeri Heraldo Muñoz 18,006,407 299.6 17,222
  Jamaica Perdana Menteri Andrew Holness Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Antarabangsa Kamina Johnson-Smith 2,741,000 24.8 9,029
  Mexico Presiden Enrique Peña Nieto Setiausaha Hal-Ehwal Luar Negeri José Antonio Meade Kuribreña 119,530,753 2999.6 14,610
  Venezuela Presiden Nicolás Maduro Menteri Luar Negeri Delcy Rodríguez 31,416,000 374.1 12,568

NotaSunting

  1. ^ a b The official website adopts the "G-15" orthography (with a hyphen) in order to distinguish an abbreviated reference to this group -- contrasts with other similarly named entities.
  2. ^ Aims and Objectives, G-15 website
  3. ^ PressTV: "Iran to Host G15 Summit." May 20, 2010.
  4. ^ "Aims and Objectives" Diarkibkan 2010-04-29 di Wayback Machine. G-15 website

RujukanSunting

Pautan luarSunting