Narendra Damodardas Modi (lahir 17 September 1950) adalah ahli politik India yang menjadi Perdana Menteri India dan terkini selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) menang besar dalam Pilihan raya umum India 2014 . Modi menjadi Perdana Menteri India ke -14 dan menjadi Ketua Menteri Gujarat.

Narendra Modi
નરેન્દ્ર મોદી
Modi pada 2022
Perdana Menteri India ke-14
Memegang jawatan
26 Mei 2014
PresidenPranab Mukherjee
Ram Nath Kovind
Draupadi Murmu
Didahului olehManmohan Singh
Ketua Menteri Gujarat ke-14
Dalam jawatan
7 Oktober 2001 – 22 Mei 2014
GabenorSunder Singh Bhandari
Kailashpati Mishra
Balram Jakhar
Nawal Kishore Sharma
S. C. Jamir
Kamla Beniwal
Didahului olehKeshubhai Patel
Digantikan olehAnandiben Patel
Butiran peribadi
Lahir (1950-09-17) 17 September 1950 (umur 73)
Vadnagar, India
Parti politikParti Bharatiya Janata
PasanganJashodaben Chimanlal
Alma materUniversiti Gujarat
Universiti Delhi
Tandatangan
Laman web rasmiLaman rasmi

Beliau menjadi Ketua Menteri Gujarat pada Oktober 2001 selepas peletakan jawatan pemimpin terdahulu, Keshubhai Patel, dan setelah kekalahan BJP dalam pilihan raya kecil. Pada bulan Julai 2007, beliau menjadi Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Gujarat iaitu selama 2,063 hari berturut-turut.

Modi adalah ahli Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang dilabel sebagai nasionalis Hindu oleh media dan dirinya sendiri. Beliau merupakan tokoh kontroversi di India dan antarabangsa kerana Rusuhan Gujarat 2002 Tetapi beliau dipuji kerana dasar-dasar yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Gujarat.

Kehidupan awal sunting

Modi dilahirkan pada 17 September 1950 dalam keluarga kedai runcit yang dimiliki oleh Ghanchi - Teli di Vadnagar ,daerah Mehsana, Gujerat. Beliau adalah anak ke-3 daripada enam beradik yang dilahirkan oleh Damodardas Mulchand Modi dan isterinya, Heeraben. Beliau telah membantu menjual teh bapanya di stesen kereta api Vadnagar.Beliau pelajar 'sederhana' di Vadnagar tetapi cenderung dalam teater dan kini politik.

Sejak kecil ibu bapanya telah mengaturkan perkahwinannyaselaras dengan tradisi kasta Ghanchi.Namun perkahwinan itu tidak pernah 'bersama'. Modi mengakui Jashodaben sebagai isteri yang sah semasa mengisi borang pencalonannya untuk Pilihan Raya Lok Sabha 2014 .

Beliau dikatakan menghabiskan banyak masa dalam perjalanan , mungkin di Himalaya dan kemudian kembali menjual teh di kantin Jabatan Pengangkutan Jalan Gujarat sehingga 1970. Beliau bersama dengan Vasant Gajendragadkar dan Nathalal Jaghda, pemimpin Jan Sangh di Gujarat.Selepas itu Modi menerima latihan RSS di Nagpur dan menjadi pegawai di Sangh Parivar. Modi terlibat dalam menyebarkan risalah rahsia Sangh semasa Darurat . Modi lulus ijazah sains politik dari Universiti Delhi melalui pendidikan jarak jauh. Modi kekal sebagai pracharak dalam RSS . Kemudian beliau sambung belajar peringkat sarjana sains politik di Universiti Gujarat.

Kerjaya politik sunting

Modi secara rasmi menyertai RSS selepas Perang Indo-Pakistan 1971. Pada tahun 1975, Perdana Menteri India ketika itu, Indira Gandhi telah mengisytiharkan darurat dan memenjarakan ahli politik pembangkang. Modi terlibat dalam gerakan bawah tanah di Gujarat.Dia juga menyamar, mencetak dan menghantar risalah ke Delhi. Beliau terlibat dalam Bantahan Jayaprakash Narayan .Tak lama kemudian Modi meningkat menjadi terkenal selepas menganjurkan Murli Manohar Joshi 's Kanyakumari-Srinagar Ekta Yatra (Perjalanan Perpaduan) pada tahun 1991. [ 20 ] Pada tahun 1988, Modi dipilih sebagai setiausaha penganjur unit Gujarat BJP. Sebagai strategis pilihan raya, beliau memainkan peranan penting kepada kemenangan BJP dalam pilihan raya negeri 1995.

Pada bulan November 1995, Modi telah dilantik sebagai Setiausaha Negara BJP dan telah dipindahkan ke New Delhi khususnya di Haryana.Vaghela berpaling tadah dari BJP selepas kalah pilihan raya Lok Sabha 1996. Modi telah dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Setiausaha (Organisasi) BJP pada Mei 1998. Strateginya menjadi kunci kepada kemenangan pilihan raya 1998.

Ketua Menteri Gujarat sunting

Pada tahun 2001, kesihatan Keshubhai Patel merosot dan parti BJP kalah dalam pilihan raya kecil. BJP dituduh terlibat dalam salaguna kuasa, rasuah dan pentadbiran yang lemah.Selain itu kelemahan membantu mangsa Gempa Bumi Bhuj 2001. Ketika inilah ,Modi dipilih menggantikan Patel.LK Advani selaku pemimpin kanan BJP ragu dengan keupayaan Modi. Pada 7 Oktober 2001, Modi telah dilantik sebagai Ketua Menteri Gujarat sahaja dengan tanggungjawab menghadapi Pilihan Raya Disember 2002.

Sebagai Ketua Menteri Gujerat, ideanya berkisar tentang penswastaan ​​dan kerajaan kecil . Sedangkan pengulas politik Aditi Phadnis condong kepada "anti-penswastaan dan anti-globalisasi "

Rusuhan Gujarat 2002 sunting

Pada 27 Februari 2002, sebuah kereta api dengan ratusan penumpang termasuk sejumlah besar penganut Hindu dibakar berhampiran Godhra , membunuh kira-kira 60 orang. Khabar angin tersebar bahawa orang Muslim bertanggungjawab dan keganasan anti-Islam meletus di seluruh Gujarat. Antara 900 ke 2000 terbunuh dan ribuan lagi cedera.Kerajaan Modi mengenakan perintah berkurung di bandar-bandar utama. Tentera dibenarkan menembak jika engkar arahan bagi mengekang keganasan. Walau bagaimanapun, pertubuhan hak asasi manusia, parti-parti pembangkang, dan sebahagian media menuduh kerajaan Gujarat membiarkan rusuhan meletus dan tindakan yang tidak cukup. Keputusan Modi hadir dalam pengkebumian Sevaks Kar di Godhra ke Ahmedabad telah dikritik kerana meledakkan lagi keganasan. Pada bulan April 2009, Mahkamah Agung melantik Pasukan Penyiasatan Khas (SIT) untuk menyiasat kerajaan Gujarat dan peranan Narendra Modi dalam insiden keganasan perkauman. Malangnya laporan SIT di mahkamah pada Disember 2010 mengemukakan laporan bahawa tiada sebarang bukti.

Mahkamah Agung melantik Raju Ramachandran pada 7 Mei 2012 yang Modi dan mendakwa Modi telah menghasut permusuhan semasa rusuhan Gujarat 2002. Laporan itu dikritik kerana bergantung sepenuhnya kepada keterangan Sanjiv Bhatt dikatakan mereka-reka bukti dokumen.Pada bulan Julai 2013, mangsa Zakia Jafri, balu pemimpin Kongres Ehsan Jafri yang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Persatuan Gulbarg kecewa kerana Modi masih tidak disabitkan bersalah.

Pada tahun 2012, Maya Kodnani , seorang lagi bekas menteri Modi (2007-2009) didapati bersalah kerana pembunuhan beramai-ramai Naroda Patiya semasa rusuhan 2002.

Pilihan raya 2002 sunting

Selepas keganasan, ramai mendesak Modi untuk meletak jawatan dari kedudukannya sebagai Ketua Menteri Gujarat.Bantahan dari dalam dan antarabangsa termasuk dari pemimpin-pemimpin Dravida Munnetra Kazhagam dan Parti Telugu Desam menggesa Modi mengundurkan diri. Pada April 2002 dalam mesyuarat eksekutif nasional BJP di Goa, Modi mahu meletak jawatan tapi ditolak oleh parti.Pada 19 Julai 2002, kabinet Modi mengadakan mesyuarat tergempar ,mengumumkAN peletakan jawatan Gabenor Gujarat, SS Bhandari, dan perhimpunan telah dibubarkan. Dalam pilihan raya berikutnya, BJP, yang diketuai oleh Modi, memenangi 127 kerusi di perhimpunan 182-ahli. Modi mengunakan retorik anti-Islam dalam kempen pilihan raya itu.

Penggal kedua (2002-2007) sunting

Walaupun menggunakan retorik anti-Islam semasa kempen, tetapi Modi menekankan pembangunan ekonomi Gujarat.Saingan beliau ialah Sangh Parivar seperti Bharatiya Kisan Sangh (BKS) dan Vishva Hindu Parishad (VHP) yang berkubu di Gujarat selepas kemerosotan industri tekstil Ahmedabad. Apabila BKS melancarkan pergolakan tani, Modi mengeluarkan perintah mengusir mereka dari rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri. Keputusan Modi untuk merobohkan 200 kuil haram di Gandhinagar ditentang oleh VHP.

Perubahan yang dibawa oleh Modi dalam tempoh 2002-2007 telah menjadi Gujarat sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Rasuah telah turun dengan ketara. Modi memulakan sistem kewangan dan teknologi baru.

Modi terus dikritik kerana hubungannya dengan orang Islam. Atal Bihari Vajpayee selaku Perdana Menteri India menggesa agar Modi tidak membezakan antara rakyat selepas keganasan Gujarat 2002 dan mahu beliau berundur dari Ketua Menteri Gujarat . Selepas pilihan raya 2004, Vajpayee memutuskan bahawa keganasan di Gujarat telah menjadi salah satu sebab-sebab kekalahan pilihan raya BJP dan mengakui bahawa tidak memecat Modi selepas keganasan Gujarat adalah satu kesilapan.

Pilihan raya Gujarat 2007 sunting

Sejak pilihan raya 2007 dan pilihan raya umum 2009, BJP meningkatkan retorik terhadap keganasan. Pada 18 Julai 2006, Modi mengkritik Perdana Menteri India, Manmohan Singh yang enggan melaksanakan perundangan anti-keganasan bagi mengekang keganasan seumpama Letupan Mumbai 2006 . Pada masa ini Modi kerap menuntut Afzal Guru daripada jihad Pakistan yang pernah disabitkan bersalah dalam Serangan Parlimen India 2001 . Sebagai akibat daripada serangan Mumbai November 2008 , Modi mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan keselamatan pantai Gujarat sepanjang 1,600 km dan mahukan 30 bot pengawasan berkelajuan tinggi.

Pada bulan Julai 2007, Modi menjadi Ketua Menteri Gujarat selama 2,063 hari berturut-turut dan menjadikan beliau paling lama berkhidmat di jawatan itu. BJP memenangi 122 daripada 182 kerusi di Dewan Undangan Negeri Gujarat pada pilihan raya 2007, dan Modi terus sebagai Ketua Menteri.

Penggal ketiga (2007-2012) sunting

Gujarat adalah kawasan separa gersang dan tidak sesuai untuk pertanian. Menjelang Disember 2008, 500,000 struktur telah dibina, di mana 113.738 adalah empangan kecil. Banyak hidupan dan tumbuhan kembali membiak pada musim tertentu. Paras air bawah tanah meningkat dan pengeluaran kapas juga meningkat ekoran penggunaan saliran telaga tiub dan terbesar di India (2001-2007).Projek pengairan Sarovar Sardar (2001-2010) mencatatkan pertumbuhan yang baik.

Kerajaan Narendra Modi juga berjaya membawa elektrik kepada setiap kampung di Gujarat.Sistem pengagihan kuasa juga dilaksanakan terutama melalui Skim Jyotigram Yojana - bekalan elektrik.

Pembangunan Gujarat di bawah Modi sunting

Kerajaan Modi melaksanakan pembangunan yang lebih dinamik, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran, dengan menggunakan slogan "Gujarat yang riang".Namun para pengkritik bimbang dengan Gujarat dalam bidang pembangunan manusia, pembasmian kemiskinan, pemakanan, dan pendidikan. Negeri Gujarat ke-13 termiskin di India, ke-21 bidang pendidikan, 44.7 % kanak-kanak di bawah lima kurang berat badan dan 23 % . Sebaliknya, pegawai-pegawai dari negeri Gujarat mendakwa bahawa Gujarat mengatasi India pada keseluruhannya .

Ahli sains politik Christophe Jaffrelot menegaskan bahawa pembangunan di Gujarat terhad kepada kelas pertengahan bandar. Sementara penduduk luar bandar dan kasta yang lebih rendah semakin terpinggir. Gujarat pada kedudukan ke-10 di kalangan 21 negara India dalam Indeks Pembangunan Manusia.Di bawah Modi, bilangan keluarga yang hidup di bawah garis kemiskinan telah meningkat. Pada bulan Julai 2013, Amartya Sen mengkritik rekod tadbir urus Narendra Modi . Rekod dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan agak buruk. Mereka menyatakan bahawa prestasi Gujarat dalam meningkatkan kadar celik huruf berbanding negeri-negeri lain di India. Begitu juga

Amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sunting

Pada tahun 2007, Modi telah diberi amaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India berhubung ucapan membenarkan pembunuhan Sohrabuddin Sheikh. Modi telah membuat ucapan ini sebagai tindak balas kepada ucapan Sonia Gandhi yang menuduhnya sebagai "saudagar kematian".

Misi Sadbhavana dan puasa sunting

Antara tahun 2011-2012, Modi melancarkan satu siri puasa sebagai sebahagian daripada Misi Sadbhavna (Mission Muhibah), bertujuan untuk mendekati masyarakat Islam di Gujarat. Modi mengumumkan bahawa beliau percaya puasanya akan "mengukuhkan lagi persekitaran Gujarat keamanan, perpaduan dan harmoni."

Misi ini bermula pada 17 September 2011 di Ahmedabad dengan puasa selama tiga hari .Kemudian beliau puasa selama 36 hari di 26 daerah dan lapan bandar. Walau bagaimanapun, puasa ini tidak diterima baik oleh semua umat Islam. Seorang ulama Islam yang bernama Sayed Imam Shahi Saiyed menawarkan 'topi tengkorak' kepada Modi. Puasa itu dianggap penghinaan oleh ulama. Modi juga telah berpuasa di Godhra , tapak pembakaran kereta api yang mencetuskan rusuhan 2002:. beberapa aktivis telah ditahan kerana didakwa merancang perhimpunan terhadap Modi .

Pilihan raya umum India 2014 sunting

Modi mengendalikan perhimpunan pertamanya selepas diisytiharkan sebagai calon Perdana Menteri daripada NDA di Rewari , Haryana . Narendra Modi bertanding piliran raya di dua kawasan: Varanasi danVadodara . Pencalonan beliau disokong oleh pemimpin-pemimpin rohani Ramdev dan Morari Bapu , dan oleh ahli ekonomi Jagdish Bhagwati dan Arvind Panagariya kerana kagum dengan ekonomi Modi.Pengkritik seperti pemenang Hadiah Nobel ekonomi Amartya Sen tidak suka Modi menjadi Perdana Menteri kerana membuat minoriti berasa tidak selamat.

Modi memenangi kedua-dua kerusi ; mengalahkan Arvind Kejriwal , pemimpin Parti Aam Aadmi, di Varanasi dan Madhusudhan Mistry daripada Kongres Kebangsaan India di Vadodara (dengan margin 5,70,128 undi, kedua tertinggi). Beliau mengetuai NDA BJP - membawa kepada kemenangan muktamad dalam Pilihan Raya Umum di mana Kongres Kebangsaan India yang memerintah mengalami kekalahan paling buruk. Modi dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Mei 2014.

Diplomasi antarabangsa sunting

 
Modi bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, 31 Mei 2018.

Bagi menarik pelaburan asing di Gujarat pada zamannya sebagai ketua menteri, Modi berkunjung ke China, Singapura dan Jepun dan lain-lain negara.Beliau melawat China pada bulan November 2006 untuk mengkaji Zon Ekonomi Khas .Sekali lagi beliau melawat pada September 2007 dan kemudian pada bulan November 2011. Sebulan selepas lawatannya 2011, kerajaan China membebaskan 13 peniaga berlian asal India yang telah dipenjarakan oleh Kastam Shenzhen. Modi dipuji atas usaha-usaha diplomatik dan negarawan itu.

Pada tahun 2005, Modi tidak diberikan visa diplomatik ke Amerika Syarikat. Di samping itu, visa B-1/B-2 yang sebelum ini telah diberikan kepadanya juga telah dibatalkan, di bawah seksyen daripada Akta Imigresen dan Kewarganegaraan yang membuat mana-mana pegawai kerajaan asing yang bertanggungjawab atau "terus dijalankan, pada bila-bila , pelanggaran berat sekali kebebasan agama "tidak layak untuk visa. Pada bulan Julai 2013, Presiden BJP , Rajnath Singh melawat Amerika Syarikat dan memberi ucapan menggesa AS untuk memberikan Modi visa untuk melawat negara ini. Sebagai tindak balas kepada lawatan Singh, 65 Ahli Parlimen India didakwa menandatangani surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta bahawa dasar menafikan Modi visa diteruskan. Pada bulan Mac 2014 ,Penolong Setiausaha Negara AS Nisha Biswal menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalu-alukan setiap pemimpin India yang dipilih secara demokratik dan boleh menjadi rakan kongsi .

Pada tahun 2011, Dewan Perdagangan & Industri Karachi , Pakistan kagum dengan pembangunan Gujarat dan menjemput Modi untuk melawat Pakistan. Modi mahu membantu Pakistan daripada krisis kuasa, terutama di Sindh dan mencadangkan 'Gujarat Model' dalam dua cara - Taman Suria Gujarat dan Projek Kalpasar .

Pada bulan April 2014, diplomat kanan Pakistan memberitahu The Daily Telegraph bahawa Modi adalah pilihan utama mereka untuk Perdana Menteri India.

Modi adalah seorang vegetarian. Beliau mempunyai gaya hidup yang berjimat dengan kakitangan peribadi. Beliau adalah seorang yang gila kerja dan sangat pendiam.Beliau menulis puisi dalam bahasa Gujarati. Sebagai seorang penceramah, beliau sangat menarik.Dia memakai jubah sutera jahitan sendiri. Ramai penulis melabel beliau sebagai tokoh kontroversi, polarisasi, dan pecah-belah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting