Sistem kasta

(Dilencongkan dari Kasta)

Sistem Kasta pada umumnya dikaitkan dengan sistem Varna dalam agama Hindu. Pada hakikatnya, tiada perkataan kasta dalam mana-mana kitab agama Hindu. Perkataan kasta berasal daripada Latin, iaitu Castus / Casta, kemudian diguna pakai oleh orang Portugis dan Sepanyol. Semasa penjajahan Portugis di India, para Sarjana Barat cuba mengaitkan perkataan Casta (Latin) dengan Varna (Sanskrit). Maka, sistem Varna dicemarkan dengan perkataan kasta. Sistem Varna ialah pembahagian stratifikasi sesama manusia yang diamalkan oleh manusia. Malahan, stratifikasi ini wujud dikalangan semua manusia di seluruh dunia.

Seorang anggota Basor kasta di Uttar Pradesh, India, 1916.

Sistem Varna wujud dalam agama Hindu, ia menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu atau Arya boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah Sudra. Ia ialah tahap keupayaan minda yang dilatih sejak kecil. Seseorang boleh mengubah kedudukan Varna sekiranya dia mendapat pendidikan Veda dan Kita-Kitab Hindu secara sempurna. Manakala kumpulan Avarna atau Anarya ialah golongan yang terkeluar daripada agama Hindu atau telah melanggar syariat asas agama Hindu. Golongan Avarna ini juga dikenali sebagai Anarya atau Parya/Pariah atau Dalit. Mereka ini juga dikenali orang buangan. Rajah di bawah ini menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem Varna. Warna Aura badan manusia berubah warna daripada gelap ke cerah berdasarkan ketakwaan dan tahap minda yang positif. Tiada kaitan dengan warna kulit seseorang.

Sistem Varna
Kelas Warna Aura Badan Pekerjaan
Brahmin Putih Paderi dan Guru
Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah
Vaisya Kuning Petani, Pedagang dan Pelukis
Sudra Hitam Buruh

Sistem Kasta di dalam budaya lain

Di India, semasa pemerintahan Islam walaupun banyak orang masuk agama Islam kerana hendak lari daripada sistem kasta, namun mereka juga tidak terlepas daripada ruang kasta. Contohnya ada golongan Ashraf, Mawali dan Ajlaf. Contoh, rekod Ziauddin al Barani in Fatawa i Jahandari. Ibn Batuta melihat sendiri di istana Sultan Delhi bahawa jawatan tinggi hanya kepada keturunan daripada kasta tinggi Arab sahaja. Tiada amalan kasta dikalangan Muslim masih diamalkan sehingga sekarang.

Selain India, sistem ini wujud di negara-negara lain juga. Di Afrika Selatan misalnya sewaktu era aparteid penduduk berkulit putih dianggap lebih baik superior berbanding masyarakat bukan kulit putih. Orang Wolof dalam Senegal dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, geer (bangsawan), jaam (hamba dan orang-orang hamba) dan bahagian bawah kelas neeno. Di Jepun pula, masyarakatnya yang menetap di Amerika Selatan dipandang rendah dan sukar mendapat kerakyatan di negara sendiri, terdapat juga kasta berdasarkan kedudukan warisan dan bukannya merit peribadi. Semasa tempoh Edo, sistem Kasta sangat diformalkan dalam sistem yang dipanggil mibunsei (身分制). Di atas adalah Maharaja dan Mahkamah bangsawan (kuge), bersama-sama dengan shōgun dan daimyō. Di bawah mereka, penduduk dibahagikan kepada empat kelas: samurai, petani, Tukang dan peniaga. Hanya samurai dibenarkan untuk menanggung senjata. Seorang samurai mempunyai hak untuk membunuh mana-mana petani, Tukang kraf atau peniaga yang dia rasa tidak sopan. Pedagang adalah kasta paling rendah kerana mereka tidak menghasilkan sebarang produk. Kastes itu selanjutnya dibahagikan kepada; Contohnya, petani telah dilabelkan sebagai furiuri, tanagari, mizunomi-byakusho antara lain. Manakala, sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.