Mandi belimau aialah tradisi menyambut bulan Ramadhan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di Bangka Belitung dan Riau.[1] Adat mandi belimau merupakan tradisi yang dilaksanakan turun-temurun hingga saat ini.[1] Mandi belimau ertinya pencucian atau penyucian lahir dan batin menggunakan air limau.[2] Di Bangka Belitung, tradisi mandi belimau sudah ada sekitar 300 tahun yang lalu dan sempat berhenti.[2] Namun, tradisi ini dijalankan lagi sejak 8 tahun yang lalu.[2]

Proses

sunting

Adat mandi belimau dimulai dengan ziarah ke makam tokoh masyarakat atau ke pahlawan yang sangat dihormati.[2] Selepas melakukan ziarah, masyarakat pergi ke tempat acara mandi belimau.[2] Tepat di panggung, disiapkan air yang diisi di dalam sebuah tempayan besar yang bertuliskan kalimat Jawi.[3] Air limau dibuat dengan beberapa bahan yang ditentukan oleh para kaum pandai dan kaum ulama terdahulu.[4] Bahan-bahan untuk membuat air limau antara lain daun pandan wangi, daun serai wangi, mayang pinang, daun limau, daun soman, daun liman, daun mentimun, akar siak-siak, daun limau purut, dan buah limau purut.[4] Bahan-bahan tersebut dipilih kerana keharumannya.[4] Keharuman bahan-bahan tersebut baik untuk penyambutan bulan Ramadhan dan pembersihan diri.[4]

Sebelum air limau disiram ke seluruh badan, masyarakat sering menguatkan niat dalam rangka menyambut dan menjalani kewajiban puasa nantinya.[4] Setelah air limau membasahi seluruh badan, tak usah dibilas dengan air biasa.[4] Hal ini dimaksudkan agar keharuman menyatu dengan badan.[4] Setelah mandi belimau, sanak keluarga beserta tetangga bersalam-salaman, dan meminta maaf antara sesama.[4] Hal ini yang dimaksudkan dengan menyucikan diri secara lahir dan batin.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Mandi Belimau Gaya SPA Melayu Tempo Dul". Bappeda.Pekanbaru.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-19.
  2. ^ a b c d e "Tradisi Mandi Belimau: Digelar Menjelang Ramadhan". Indosiar.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18.
  3. ^ "Ritual Mandi Belimau, Dusun Limbung Desa Jada". RadarBangka.co.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18.
  4. ^ a b c d e f g h i "Ramuan Air Mandi Belimau Melayu Asli". Riaupos.co. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18.