Ajal

pengakhiran kehidupan
(Dilencongkan dari Mangkat)

Ajal (Tulisan Jawi: اجل) atau kematian adalah batas dan penamat muktamad bagi fungsi biologi yang mentakrifkan organisma hidup. Ia merujuk kepada peristiwa tertentu dan kepada keadaan yang berterusan yang menyebabkannya. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat, mampus.

Hidup dan kematian, lukisan minyak.
Le jour de la mort (Tarikh kematian), lukisan oleh pelukis Perancis William-Adolphe Bouguereau.

Sifat semula jadi bagi ajal telah ama menjadi tumpuan utama bagi agama tradisi dan falsafah. Agama, tanpa pengecualian mengekalkan keyakinan dalam sama ada kehidupan selepas mati atau kelahiran semula. Sains semasa menganggap kematian organisma sebagai muktamad menurut istilah. Kesan kematian fizikal pada minda atau roh tanpa fizikal kekal soalan terbuka tanpa jawapan.

Fenomena yang menyebabkan kematian termasuklah pemangsaan, pemakanan tak seimbang, kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan penyakit. Kematian seluruh spesies dikenali sebagai kepupusan. Aktiviti manusia telah meningkat jumlah kepupusan kebelakangan ini, salah satu sebabnya, sebagai contoh, ialah kemusnahan ekosistem sebagai akibat penyebaran teknologi industri.[1]

Rujukan sunting