Manolo Gabbiadini (lahir 26 November 1991) merupakan pemain bola sepak Itali yang kini bermain untuk kelab Sampdoria di posisi penyerang.

Manolo Gabbiadini
Maklumat peribadi
Nama penuh Manolo Gabbiadini
Tarikh lahir (1991-11-26) 26 November 1991 (umur 32)
Tempat lahir Calcinate, Itali
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sampdoria
Nombor 23
Kerjaya remaja
Atalanta
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2012 Atalanta 25 (1)
2010–2011Cittadella (pinjaman) 27 (5)
2012–2013 Juventus 0 (0)
2012–2013Bologna (pinjaman) 30 (6)
2013–2015 Sampdoria 47 (15)
2015–2017 Napoli 56 (16)
2017–2019 Southampton 51 (10)
2019– Sampdoria 18 (4)
Pasukan kebangsaan
2010 Itali B20 3 (2)
2010–2013 Itali B21 24 (12)
2012– Itali 11 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Jun 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 November 2017

Pada 12 Mac 2020, Gabbiadini disahkan positif terhadap COVID-19, berikutan penularannya di Itali.[1]

Kerjaya kelab sunting

Atalanta sunting

Gabbiadini memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Atalanta B.C. Beliau membuat debut Serie A pada 14 Mac 2010 pada perlawanan menentang Parma. Beliau memasuki padang pada minit ke-79 menggantikan Simone Tiribocchi.

Pada 9 Julai 2010, beliau berpindah ke kelab A.S. Cittadella dengan bayaran 500 dolar. Beliau telah menjaringkan 5 gol dalam 27 kemunculan pada musim 2010-11 di Serie B. Pada 21 Jun 2011, beliau kembali ke Atlanta. Ketika kempen Serie A 2011-12, beliau menjadi pemain pasukan pertama Atlanta. Beliau membuat 25 penampilan liga dan menjaringkan gol pertama di Serie A pada 25 Mac 2012 ketika pasukannya menang 2-0 ke atas Bologna.

Juventus sunting

Pada 24 Ogos 2012, Juventus secara rasminya menandatangani Gabbiadini dengan bayaran 5.5 juta euro. Gabbiadini kemudian dipinjam ke kelab Bologna selama satu musim. Pinjaman itu tidak disahkan sehingga musim terakhir perpindahan musim panas 2012 selepas Gabbadiani berlatih bersama Bologna beberapahari sebelum perjanjian disahkan.

Sampdoria sunting

Pada 9 Julai 2013, beliau berpindah ke kelab U.C. Sampdoria. Pada musim pertamanya bersama kelab Liguaria, beliau telah menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilan.

Napoli sunting

Pada perpindahan Januari 2015, Gabbiadini berpindah ke kelab S.S.C. Napoli dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 13 juta euro. Beliau membuat debut untuk Napoli pada 11 januari menentang bekas kelab, Juventus da beliau menggantikan José Callejón pada 17 minit terakhir dengan kekalahan 3-1. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada 1 Februari apabila menang 2-1 ke atas Chievo Verona hasil hantaran Ivan Strinić.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 15 Ogos 2012, beliau membuat debut untuk Itali dengan bermain pada separuh masa kedua pada perlawanan persahabatan menentang England di Berne dan skuad Itali tewas 2-1.

Catatan sunting

  1. ^ "Official: Gabbiadini has Coronavirus". Football Italia. 12 March 2020. Dicapai pada 12 March 2020.

Pautan luar sunting