Sukan maraton (Tulisan Jawi: ماراتون) merupakan suatu perlumbaan yang melibatkan berjalan, berlari biasa mahupun berlari anak-anak dengan jarak yang tetap sebanyak 42.195 kilometer (26.219 batu atau 26 batu 385 ela),[1] yang biasanya berlangsung di sebatang jalan raya besar.

Olahraga
Maraton
Pesaing ketika Maraton Berlin 2007.
Rekod lelaki
DuniaKenya Eliud Kipchoge 2:01:39 (2018)
OlimpikKenya Samuel Wanjiru 2:06:32 (2008)
Rekod wanita
DuniaUnited Kingdom Paula Radcliffe 2:15:25 (2003)
OlimpikHabsyah Tiki Gelana 2:23:07 (2012)
Pesaing ketika Maraton Orlen Warsaw 2014
Peserta Maraton Boston 2016, April 2016
Lukisan Luc-Olivier Merson yang menggambarkan pelari mengumumkan kemenangan Pertempuran Marathon kepada orang Athens

Acara sukan ini dikatakan bermula apabila seorang askar pengutus bernama Pheidippides berlari membawa berita kemenangan tentera Yunani mengalahkan tentera Parsi dalam Pertempuran Marathon[2] yang berlaku sekitar took Ogos atau September tahun 490 SM.[3] Pheidippides membuat larian dari Marathon ke Athens, yang mana jarak antara kedua-dua lokasi ini diukur sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.

Sejarah

sunting

Apabila Sukan Olimpik moden bermula di Athens pada tahun 1896, marathon adalah acara paling ditunggu-tunggukan oleh peserta dan para peminatnya. Seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Acara ini telah dimenangi oleh seorang pengembala tempatan bernama Spiridin Louis, yang dihadiahi sebutir pingat dan seekor kuda, serta sebuah kereta kuda untuk kampungnya.

Acara ini telah dimenangi oleh pelbagai bangsa di dunia, serta mencetuskan kisah yang menarik. Misalnya, di Sukan Olimpik London pada tahun 1908, seorang peserta Itali bernama Dorando Pietri tiba di stadium dalam keadaan terhuyung-hayang dan terpaksa dipapah ke garisan penamat. Kemenangan tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah kerana beliau dibantu oleh orang lain.

Untuk pengetahuan pengguna semua, acara maraton adalah acara yang biasanya dijalankan pada hari terakhir sesuatu kejohanan sukan peringkat Asia dan Olimpik.

Jarak larian

sunting

Jarak maraton Olimpik

Tahun Jarak
(km)
Jarak
(batu)
1896 40 24.85
1900 40.26 25.02
1904 40 24.85
1906 41.86 26.01
1908 42.195 26.22
1912 40.2 24.98
1920 42.75 26.56
1924 dan selepasnya 42.195 26.22

Jarak yang tetap bergantung kepada laluan yang sedia ada di setiap lokasi yang diberikan.

Dalam acara maraton yang pertama ketika Sukan Olimpik 1908, perlumbaan acara marathon telah bermula dari White City, di bahagian barat kota London. Jarak lariannya sejauh 26 batu 385 ela (42.2 km). Semenjak itu, jarak ini telah diiktiraf sebagai jarak rasmi sukan maraton, terutamanya oleh Persekutuan Atlet Amatur Antarabangsa (IAAF) pada Mei 1921.[4][5][6][7]

Pada masa ini, perlumbaan acara maraton telah bermula dari stadium. Peserta yang mengambil bahagian akan berlari di sekitar bandar raya yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, dan akan berakhir di stadium tersebut.

Masa pertandingan

sunting

Acara maraton biasanya bermula pada hari terakhir kejohanan berlangsung. Biasanya acara ini bermula pada awal pagi dan para peserta akan berlari di atas jalan raya.

Selain popular di Sukan Olimpik, marathon juga adalah satu acara yang diadakan di Sukan Komanwel dan kejohanan terbuka lainnya. Acara marathon telah mula dipertandingkan untuk kaum wanita di Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1984, buat julung kalinya.

Pelari terunggul di dunia

sunting

Peserta berkulit hitam dari Kenya seperti Henry Rono, adalah antara peserta yang unggul dalam acara ini di peringkat Sukan Olimpik dan dunia. Namun begitu, peserta dari Jepun dan China dari benua Asia juga tidak kurang handal dan hebatnya dalam acara ini.

Persiapan

sunting

Biasanya, acara ini akan bermula pada awal-awal pagi lagi. Para pegawai kejohanan akan bersiap sedia sejak subuh lagi dengan menampal pelekat pandu arah, menyediakan air batu dan sepan untuk mengesat air kepada pelari yang memerlukan. Kawalan keselamatan diadakan dengan begitu rapi. Pihak polis trafik bekerja keras untuk memastikan lokasi pertandingan menjadi medan yang selamat untuk pelari, yang mengambil bahagian.

Para peminat acara ini berbaris di tepi-tepi jalan raya untuk menyaksikan pertandingan yang menguji daya tahan otot dan stamina pelari yang mengambil bahagian. Peserta yang memenangi acara ini adalah dianggap sebagai pelari paling kuat daya diri dan semangat juangnya.

Rujukan

sunting
  1. ^ "IAAF Competition Rules for Road Races". Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa. Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 1 November 2010.
  2. ^ "Retreats — Athens". Jeffgalloway.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2009. Dicapai pada 22 Ogos 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Astronomers Unravel Marathon Mystery". Sky & Telescope. 19 Julai 2004. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  4. ^ "Marathon: How it works". Persekutuan Atlet Amatur Antarabangsa.
  5. ^ "The Marathon journey to reach 42.195km". european-athletics.org. 25 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-24. Dicapai pada 23 Julai 2009.
  6. ^ Martin, David E.; Roger W. H. Gynn (May 2000). The Olympic Marathon. Human Kinetics Publishers. m/s. 113. ISBN 978-0-88011-969-6.
  7. ^ "IAAF Competition Rules 2008" (PDF). IAAF. m/s. 195. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 April 2009. Dicapai pada 20 April 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)