Marguerite Durand

Marguerite Durand (24 Januari 1864-16 Mac 1936) ialah seorang pelakon pentas, wartawan dan pejuang hak mengundi untuk wanita berbangsa Perancis. Beliau merupakan orang yang telah menubuhkan akhbar kewanitaan La Fronde pada 9 Disember 1897.

Marguerite Durand

BiografiSunting

Marguerite Durand dilahirkan dalam keluarga sederhana dan disekolahkan di sebuah biara Roman Katolik. Selepas menamatkan sekolah rendah, beliau menuntut di Conservatoire de Paris (bermaksud Sekolah Muzik Paris) sebelum menyertai Comédie-Française, sebuah teater di Perancis.

Pada tahu 1888, beliau menamatkan kerjayanya untuk berkahwin dengan seorang bakal peguam, Georges Laguerre.