Mas Idayu 1001 merupakan album keenam penyanyi dangdut Mas Idayu yang diedarkan pada tahun 2002 oleh Syncrosound Studio. Album ini merupakan album dangdut pertama Mas Idayu yang tidak diterbitkan oleh Ruslan Imam setelah tamat kontrak bersama Warner Music. Album ini tampil dengan hits "Hasrat Perindu", "Habibi Milkuh" dan "Tari Jari Jemari". Ketika ini Ayu beralah dengan permintaan stesen radio yang tidak mahukan genre dangdut asli lalu mengambil inisiatif memasukkan elemen arab dan padang pasir untuk album ini[1]. Hasilnya beberapa lagunya diputarkan oleh stesen radio biarpun kebanyakan lagu-lagu lain yang tidak dijadikan single masih mengekalkan konsep dangdut. Lagu "Hasrat Perindu" ciptaan Adnan Abu Hassan berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-18 dalam kategori Etnik Kreatif. Namun begitu, setelah setahun dipasarkan, jualan album tersebut dilihat tidak begitu memberangsangkan biarpun lagu-lagunya popular di radio. Ayu sempat menyelar syarikat rakaman yang dikatakan tidak membuat promosi secara menyeluruh[2].

Bolehlah Boleh
Album studio oleh
Dilancarkan pada2002 (2002)
Dirakamkan pada2000-2001
GenreDangdut
Pop Tradisional
Irama Padang Pasir
SyarikatSyncrosound Studio
PenerbitJohari Teh
Adnan Abu Hassan
Kronologi Mas Idayu
Bolehlah Boleh
(1997)
Mas Idayu 1001
(2002)
Kekal 1001
(2008)
Single daripada Mas Idayu 1001
  1. "Hasrat Perindu"
  2. "Habibi Milkuh"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini turut dicalonkan untuk kategori Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10.

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Hasrat Perindu"KumangAdnan Abu Hassan4:26
2."Pesona Tari Asmara"4:00
3."Bisikan Sukma"5:32
4."Nian Sahara"4:44
5."Tari Jari Jemari"4:03
6."Tarian Cinta"4:12
7."Putera Istana Palsu"3:43
8."Mimpi 1001"4:46
9."Habibi Milkuh"5:04
10."Berdendang Ria"5:07

Rujukan sunting

  1. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm[pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-05.