Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz

Penyampai berita Malaysia

Mas Zharif Zhafri bin Abdul Azid merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Buletin TV9. Beliau bersiaran dengan nama Mas Zharif Zhafri Aziz Desa. Ini kerana beliau merupakan anak sulung kepada bekas personaliti TV terkenal, Allahyarham Aziz Desa.[1] Zharif menjadi penyambung legasi bapanya, Aziz Desa apabila diperkenalkan sebagai wajah baru penyampai Buletin TV9 dalam satu sidang media dan mula bersiaran bersama penyampai berpengalaman pada 1 September 2017.[1][2]

Mas Zharif Zhafri
ZharifStudio.jpg
Zharif Zhafri pada 2018 di Sri Pentas
Kelahiran
Mas Zharif Zhafri bin Abdul Aziz

(1993-04-30) 30 April 1993 (umur 28)
Subang Jaya Medical Center, Selangor
WarganegaraMalaysia
Nama lainMas Zharif Zhafri Aziz Desa
PendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanWartawan Penyiaran dan Penyampai Buletin TV9
Tahun aktif2017–kini
Ibu bapaAziz Desa (bapa)
Raden Nor Azlina Raden Jumari (Ibu)
SaudaraMas Zahiah Zafirah
Mas Zhafir Zhikri
Mas Zhamir Zhakwan
Mas Zhaiem Zhiddin
Mas Zhiddin Zhiddan
Mas Zharif bersama Allahyarham bapanya, Aziz Desa di Sri Pentas pada 2015. Pada ketika ini merupakan hari terakhir buat Aziz Desa menjejakkan kaki di Sri Pentas.

PendidikanSunting

Mas Zharif mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Iskandar di Alor Setar, Kedah seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, di Shah Alam, Selangor.

Pada Peringkat Menengah pula, Zharif mendapat pendidikan tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi, Kedah. Kemudian bagi mendapatkan pendidikan teknik, beliau menyambung pelajaran bagi tingkatan 4 dan 5 seterusnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kangar, di Kangar, Perlis.

Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan lagi pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA dalam Diploma Filem dan Video, seterusnya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Filem dan Televisyen sebelum menjalani latihan industri di TV9.

Dunia PenyiaranSunting

"Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi."

Peribahasa itu sesuai diungkapkan bagi Zharif yang juga anak Bekas Personaliti TV ini. Laluan bukan mudah baginya, apabila memasuki dunia penyiaran tanpa figura Allahyarham ayahnya disisi yang meninggal dunia pada 25 Disember 2015.

Beliau memasuki dunia penyiaran pada 2017 sebagai pelatih industri di Buletin TV9 yang bertugas sebagai wartawan penyiaran. Bakatnya digilap oleh pihak Buletin TV9 untuk menjadi penyampai berita di saluran TV9. Selain itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan penyiaran di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa (NCA) Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Beliau masih bertugas sebagai Penyampai Berita TV9 dan wartawan penyiaran sehingga kini.

PengalamanSunting

Sebelum memasuki dunia penyiaran, Zharif aktivit mengikuti produksi filem pendek tempatan serta produksi drama dengan menjadi krew dibelakang tabir serta menjadi seorang pelakon sambilan.

Berikut adalah pengalaman beliau :-

LakonanSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 PSA RTM "Cegah HIV" Pelakon Utama
2012 Iklan Susu Nestle Model Utama
2013 Drama RTM "Oh Keluargaku" Pelakon Pembantu
2013 Bangsawan "Raja Andak Raja Laksamana" Pelakon Utama
2014 Telemovie RTM "Nyanyi Ayah" Pelakon Pembantu


PengurusanSunting

Tahun Tajuk Peranan
2012 Filem Pendek "Penantian" Pengurus Produksi
2012 Filem Pendek "Air Pasang Dalam" Kesinambungan
2012 Teater Tradisional "Makyong Sindo" Dokumentasi
2012 Filem Pendek "Angan" Pengarah & Penulis Skrip
2013 Filem Pendek "2 Stay Alive" Dokumentasi
2013 Drama RTM "Oh Keluargaku" Penolong Pengurus Produksi

TeknikalSunting

Tahun Tajuk Peranan
2012 Filem Pendek "Li Fa Shi" Camera Assistant
2012 Dokumentari "Tagal" Camera Assistant
2012 Dokumentari "Orang Kotak" Pengarah Fotografi
2014 Filem Pendek "G-Mie" Pengarah Fotografi
2014 Telefilem RTM "Nyanyi Ayah" Camera Assistant
2015 Filem Pendek "The Becoming" Pengarah Fotografi
2015 Filem Pendek "Lembu Atep" Camera Assistant
2016 Filem Pendek "Poker Face" Pengarah Fotografi
2016 ASTRO Chinese Reality Show ( Roadshow ) Cameraman

RujukanSunting

  1. ^ a b Oleh Mazizul Dani, "Nekad kerana kata-kata bapa" MyMetro Jumaat, 4 Ogos 2017. Diambil 03 Disember 2018.
  2. ^ Dennis Chua (5 Ogos 2017). A passion for broadcasting: Legendary host's son to follow in his footsteps New Straits Times. Dicapai pada 5 Ogos 2017.

Pautan luarSunting