Masjid Jamek As-Solihin
Masjid Jamek As-Solihin merupakan sebuah Masjid Jamek yang terletak dalam daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Ia telah didirikan diatas tanah kerajaan dan dibina secara gotong-royong yang diketuai oleh En Rihan. Pada tahun 1935 dipindahkan ke tapak baru (sekarang). Pada tahun 1960, masjid baru telah didirikan menggunakan peruntukan kerajaan dan sumbangan orang ramai dengan kos RM 104,000. Di isytiharkan sebagai Masjid Daerah Kuala Langat dan terdapat 18 surau di bawah pentadbiran masjid ini. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj Atiqullah. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.
Masjid Jamek As-Solihin | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Dibuka pada | 1935 |
Status | Aktif |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Kuala Langat |
Lokasi | Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting |
Koordinat | 2°47′26.4″N 101°29′10.3″E / 2.790667°N 101.486194°EKoordinat: 2°47′26.4″N 101°29′10.3″E / 2.790667°N 101.486194°E |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Melayu Tradisional |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Keluasan | 4 Ekar |
Bahan binaan | Konkrit |
Laman sesawang | |
https://www.facebook.com/Masjid-Assolihin-Kanchong-Darat-289139107873533/ | |
sunting |
Latar belakang sunting
Masjid Jamek As-Solihin terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 47 minit, 26.4 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 29 minit, 10.3 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 43minit, 52.5 saat. [1]
Rujukan sunting
Pautan luar sunting
1. https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/profail/profail/id/460