Masjid Kampung Jambu Bongkok

Masjid Kampung Jambu Bongkok merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu Darul Iman.

Masjid Kampung Jambu Bongkok
مسجد كامڤوڠ جمبو بوڠكوق
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNo Daftar:
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Marang
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah1,000 jemaah
Keluasan1,300 meter kaki persegi
KontraktorBatu Tumbuh Trading[1]
KosRM7.1 juta

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid lama Kampung Jambu Bongkok mula dibina dan digunakan sejak tahun 1965.[2]

Alamat sunting

Pentadbiran sunting

Masjid Kampung Jambu Bongkok memiliki nombor pendaftaran

Kemudahan sunting

Sejarah sunting

Pada tahun 1965, masjid lama Kampung Jambu Bongkok dibina di atas kawasan seluas setengah ekar yang dikhairatkan oleh Encik Seni Abdul Kadir dengan kos RM10,000. Setakat tahun 1998, masjid lama itu telah mengalami 3 kali pengubahsuaian dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri Terengganu iaitu[2],

  • Kali pertama - Tahun 1979 (RM25,000)
  • Kali kedua - Tahun 1986 (RM50,000)
  • Kali ketiga - Tahun 1992 (RM45,000) khas untuk pembinaan menara masjid


Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan pembangunan semula Masjid Kampung Jambu Bongkok dengan peruntukan sebanyak RM7.1 juta. Masjid berkeluasan kira-kira 1,300 meter persegi ini mampu menampung sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid tersebut siap dibina pada 4 Februari 2019 dan Jabatan Kerja Raya Marang menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).[3]

Pada 7 Februari 2020, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Kampung Jambu Bongkok dalam satu majlis perasmian yang bermula pada jam 12.00 tengahari yang dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu ke-15 iaitu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mufti Terengganu ke-17 ketika itu Dato' Dr. Haji Zulkifly bin Muda dan lain-lain orang kenamaan.[4]

Program sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gambar majlis penyerahan projek masjid
  2. ^ a b Dato' Safei Daud (1998). Berita Darul Iman. Unit Penerbitan Kerajaan Terengganu. m/s. 19.
  3. ^ "Demografi Faktor Masjid Jambu Bongkok Dibesarkan - MB Terengganu". TRDI News. 8 Februari 2020. Dicapai pada 12 Mei 2024.
  4. ^ "Sultan Mizan Rasmi Masjid Jambu Bongkok Terengganu". TRDI News. 8 Februari 2020. Dicapai pada 12 Mei 2024.

Pautan luar sunting