Masjid Kampung Mengabang Telipot

Masjid Kampung Mengabang Telipot merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.[1]

Masjid Kampung Mengabang Telipot
مسجد كامڤوڠ مڠابڠ تليڤوت
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Mula dibina8 Januari 2015
Siap dibina9 September 2016
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamOmar Bin Mohamad 2017 (Imam Besar)
Rashid Bin Ali 2017 (Timb. Imam Besar)
Kipayatu Allah Bin Mohd Said 2017
PengerusiDatuk Haji Hasan Ali2016
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-KTR-00420
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Kuala Nerus
LokasiMasjid Kampung Mengabang Telipot,
Kampung Mengabang Telipot,
Batu Rakit,
21020 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Kapasiti jemaahhampir 3000 orang
Bahan binaanSimen
KosRM6.3 jutamasjid baru
Laman sesawang
Masjid Kampung Mengabang Telipot

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Kampung Mengabang Telipot,
Kampung Mengabang Telipot,
Batu Rakit,
21020 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman

Sejarah sunting

Pembinaan Masjid baru Mengabang Telipot bermula pada 8 Januari 2015 dan siap pada 9 September 2016. Dengan adanya menara yang diletakkan pembesar suara beserta cahaya penentu arah bagi rujukan nelayan pulang ke darat khususnya pada waktu malam menjadikan masjid ini sebagai masjid pertama di Terengganu yang mempunyai menara tersebut. Ini kerana, dahulu bukit-bukau di sekitar kawasan ini pernah dijadikan petunjuk arah untuk pulang ke darat yang mana ada yang tersasar mendarat ke kampung lain.

Menurut pengerusi masjid pada ketika itu, Datuk Haji Hasan Ali2016, kos pembinaan masjid baru itu bernilai RM6.3 juta. Masjid yang mampu menampung hampir 3000 jemaah jika memenuhi tiap ruang itu juga mempunyai ciri khas untuk mengelakkan tempias air hujan sewaktu hujan lebat walaupun tingkat dan pintu utama tidak ditutup memandangkan masjid tersebut terletak berdekatan dengan pantai dan terdedah kepada ribut khususnya ketika musim tengkujuh.

Pentadbiran sunting

Masjid Kampung Mengabang Telipot memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00420.

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Kampung Mengabang Telipot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-16. Dicapai pada 2017-12-16.

Pautan luar sunting