Masjid Kampung Pangsenam

Masjid Kampung Pangsenam merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Pangsenam Jalan Triang 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.[1]

Masjid Ikhsaniah Kampung Pangsenam
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamMohamed Bin Said 2017 (Imam Besar)
Abdul Malek Bin Yaakub 2017 (Timb. Imam Besar)
Mohd Sulong Bin Din 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-06-TLH-00439
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPahang Darul Makmur
LokasiMasjid Kampung Pangsenam, Kampung Pangsenam
Jalan Triang
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Kampung Pangsenam

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Gambar masjid Kg. Pangsenam tahun 80an
gambar FB
Masjid Kg. Pangsenam tahun 2020.

Alamat

sunting
Masjid Kampung Pangsenam,
Kampung Pangsenam
Jalan Triang
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur

Sejarah

sunting

Masjid Kampung Pangsenam digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu.

 
Majlis Korban tahun 2015

Tapak Masjid Ikhsaniah Kg. Pangsenam yang seluas 1/4 ekar telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Hajah Yang Bedah binti Bilal Idris.

Masjid ini mula di bina pada tahun 1969 dan telah siap digunakan pada tahun 1970. Maknanya dah lebih 50 tahun usia masjid ni (update 2023). Ia dibina dengan kos RM25,000 (nilai dulu) atas sumbangan kerajaan negeri dan di rasmikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada bulan November 1972.

Ahli kariah masjid ini adalah seramai lebih kurang 400 orang sahaja. Tapi bila tiba musim raya, pasti penuh melimpah-limpah. Masjid ini menjadi tumpuan penduduk kampung Pangsenam, kampung baru Pangsenam, Kuala Kujan, Charok Shahbudin dan Tenggoh.

Dalam qariah Masjid Ikhsaniah Pangsenam ni terdapat beberapa surau iaitu Masjid Lama Kuala Kujan (ditukar menjadi surau) yang di bina tahun 1938 dan di wakaf oleh haji Awang bin Kechik, surau Pangsenam (1965) di wakaf oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ibrahim, Surau Padang Kerbau (1968) di wakaf oleh Haji Mohd Ali bin Kia, surau Kujan (1975) di wakaf oleh En. Yaakub Bakar dan surau Tenggoh (1978) di wakaf oleh Haji Dayan Mahmud.

Pentadbiran

sunting

Imam 1 yang bertugas di Masjid Kampung Pangsenam adalah Mohamed Bin Said. Masjid Kampung Pangsenam memiliki No Daftar: MY-06-TLH-00439.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Masjid Kampung Pangsenam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 2018-06-22.

Pautan luar

sunting