Masjid Shah-Do Shamshira
Masjid Shah-Do Shamshira yang bermaksud Masjid Raja Pedang Dua adalah sebuah masjid dua tingkat berwarna kuning yang terletak di Kabul, berhampiran dengan Sungai Kabul di tengah bandar. Ia dibina pada pemerintahan Amanullah Khan.[1]
Masjid Shah-Do Shamshira | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Kabul, Afghanistan |
Agama | Islam |
Wilayah | Wilayah Kabul |
Negara | Afghanistan |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Islam |
Masjid ini terletak bersebelahan dengan makam jeneral Mughal iaitu Chin Timur Khan yang juga merupakan sepupu kepada Babur seorang penakhluk Asia Tengah. Chin Timur menakhluk sebahagian daripada India dan terkenal dengan Peperangan Khanwa, di mana beliau menjadi peneraju utama. Tidak jauh dari sini adalah makam bagi Babur dan banyak lagi pemerintah Islam yang lain.
Rujukan
sunting