Masjid Sultanah Nur Zahirah

Masjid Sultanah Nur Zahirah atau juga dikenali sebagai Masjid Bandar Marang merupakan sebuah masjid yang terletak di Lot. 2305, Bandar Marang, Terengganu Darul Iman.[1]

Masjid Sultanah Nur Zahirah
مسجد سلطانه نور ظاهيره
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamIsmail Bin Embong 2017 (Imam Besar)
Mohamad Jamil Bin Mat Jusoh 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-MRG-00013
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
LokasiMasjid Sultanah Nur Zahirah,
Lot. 2305,
Bandar Marang,
Terengganu Darul Iman
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Sultanah Nur Zahirah

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Sultanah Nur Zahirah,
Lot. 2305,
Bandar Marang,
Terengganu Darul Iman

Sejarah sunting

Masjid lama dinaiktaraf dengan arahan kerajaan negeri di bawah Jabatan Agama Islam Terengganu bagi menampung ahli jemaah yang semakin meningkat khususnya ketika solat Jumaat berikutan pertumbuhan pesat bandar Marang. Pembinaan masjid baharu yang menelan belanja RM8.3 juta itu bermula pada 22 Oktober 2003 dan siap sepenuhnya pada 19 April 2005. Masjid itu dapat menampung sekitar 1500-2000 ahli jemaah.[2]

Pada tahun 2016, Masjid Sultanah Nur Zahirah merupakan antara 5 buah masjid di Terengganu yang terpilih menyertai program "Rewang Ramadan BSN Peringkat Negeri Terengganu" iaitu program pengagihan bubur lambuk.[3]

Pada 28 November 2021, program Ketengah Ambik Cakne Iman dan Bilal peringkat daerah Marang pernah diadakan di Masjid Sultanah Nur Zahirah.[4]

Pentadbiran sunting

Masjid Sultanah Nur Zahirah memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-MRG-00013.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting