Matrikulasi di Malaysia
Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan ke universiti awam, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.
Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera dan 10% bukan bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti ataupun kolej universiti.
Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.
Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat/kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.
Objektif Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.
Walaupun program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ini tidak bermakna peranan universiti awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan.
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab mengurus rancagan martikulasi ini telah berjaya memenuhi syarat pensijilan MS ISO 9001:2000 dengan audit terkini dilakukan pada 15 - 16 Jun 2009.[1]
Mulai tahun 2008, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program matrikulasi teknikal khusus kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) lulusan Sains Teknikal di beberapa kolej di Pendang, Jengka dan Pontian.
Namun begitu, program matrikulasi didakwa tidak setaraf dengan STPM. Program ini dikritik kerana kononnya jauh lebih mudah daripada STPM[2][3]. Selain itu, tempoh pembelajaran juga tidak sama, kerana Program Matrikulasi hanya belajar 10 bulan manakala STPM belajar sebanyak 1 ½ tahun. Program ini juga didakwa sebagai "pintu belakang" untuk membantu pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran di universiti awam (IPTA) dengan mudah. Program Matrikulasi dikenalkan selepas sistem meritokrasi diperkenalkan untuk menggantikan sistem kuota yang berdasarkan kaum bagi kemasukan universiti awam. Hakikatnya, 95% daripada pelajar kursus krtikal di Universiti Penyelidikan (UM, USM, UKM, UPM dan UTM) seperti perubatan, farmasi, pergigian, perundangan, sains komputer dan perakaunan merupakan pelajar lepasan matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang popular sentiasa ditawarkan kepada lepasan STPM[4][5][6][7][8].
Pada tahun 2019, isu mengenai pengambilan pelajar ke Program Matrikulasi telah mencetuskan perdebatan hangat, terutama apabila ramai pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang dalam SPM tidak mendapat tempat dalam program tersebut. Walaupun kerajaan meningkatkan jumlah tempat daripada 25,000 kepada 40,000, pengagihan kuota 90% untuk pelajar Bumiputera dan 10% untuk pelajar bukan Bumiputera dikekalkan, di mana 5.43% untuk pelajar Cina, 3.72% untuk pelajar India dan 0.85% untuk pelajar lain-lain bangsa[9]. Hal ini telah menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat Cina dan India[10].
Selain itu, terdapat juga pandangan bahawa program matrikulasi seharusnya membantu golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mendapat akses kepada pendidikan tinggi tanpa mengira kaum. Namun begitu, dengan mengekalkan kuota 90% untuk Bumiputera, peluang untuk pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan menjadi terhad[11].
Menurut laporan Malaysiakini, setiap tahun ramai pelajar bukan Bumiputera yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tidak berjaya mendapat tempat dalam program matrikulasi dan ramai juga yang gagal ditempatkan dalam program ini selepas membuat rayuan sebanyak tiga kali ke atas sehingga terpaksa melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, universiti swasta dan luar negara[12][13].Terdapat seorang pelajar Cina B40 yang mendapat 8A(6A+, 1A, 1A-, 2B+)[14] pada tahun 2019 tidak ditawarkan ke Program Matrikulasi, sedangkan markah meritnya telah mendapat 98.29%[15]. Pada tahun 2022, sekurang-kurangnya 200 orang pelajar India dengan keputusan semua A tidak dtawarkan ke Program Matrikulasi[16].
Pada Jun 2024, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh 10A atau lebih dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan tempat dalam Program Matrikulasi tanpa mengira kaum atau latar belakang[17]. Keputusan ini bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan pelajar dan memastikan akses pendidikan yang lebih adil[18].
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa walaupun langkah ini memberikan pengiktirafan kepada kecemerlangan tanpa mengira kaum dan latar belakang, kerajaan tetap mempertahankan kuota bumiputera yang sedia ada, di mana 90% ditawarkan kepada pelajar bumiputera manakala 10% kepada pelajar bukan bumiputera[19].
Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
sunting- Kolej Matrikulasi Perlis
- Kolej Matrikulasi Kedah
- Kolej Matrikulasi Perak
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Matrikulasi Johor
- Kolej Matrikulasi Pahang
- Kolej Matrikulasi Labuan
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Selangor
- Kolej Matrikulasi Kelantan
- Kolej Matrikulasi Sarawak
Senarai Kolej MARA Matrikulasi
suntingSenarai Kolej Matrikulasi Kejuruteraan
suntingRujukan
sunting- ^ Bahagian Matrikulasi Melepasi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM.
- ^ Ye, Choh Wah (2013-07-25). "Why deprive our best from achieving their dreams?". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ "元素周期表见真章 中六比预科班难读 | 中马 | 地方". 東方網 馬來西亞東方日報 (dalam bahasa Cina). 2019-05-11. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ hollow100 (2024-07-22). "Do public Unis have a quota system for matrics and STPM student?". r/malaysiauni. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ "大学预科班学生占尽优势 邹宇晖:STPM生难进马大热门科系 | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Mah, Osmond (2024-09-20). "Group upset after student with 4.0 CGPA in STPM denied varsity spot". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Esmail, Alief (2018-08-05). "M'sians in Debate After 4A's STPM Student Got Rejected by 4 Public Unis - WORLD OF BUZZ". worldofbuzz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Kwan, Ling (2018-08-06). "Another Straight-A M'sian Student Who Hopes to Be Doctor Rejected by 4 Public Unis - WORLD OF BUZZ". worldofbuzz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ "Increase Indian intake in matriculation programme, senator urges | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2019-04-24). "Kerajaan tambah 40,000 tempat untuk pelajar selesai isu kuota matrikulasi". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ "Tujuan matrikulasi bantu golongan B40 masuk universiti". Malaysiakini. 2019-05-23. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Aun, Lee Hwok (2022-10-07). "LETTER | Unfair matriculation, varsity admissions: From reaction to solution". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Ramasamy, P. (2019-04-17). "Have we gone wrong on matriculation intake?". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ 八度空间华语新闻 (2019-05-22), 申请大学预科班遭拒 安顺优秀生医生梦碎, dicapai pada 2025-03-15 no-break space character in
|title=
at position 10 (bantuan) - ^ "三度申请预科班被拒 8A生抱母哭 | 北马 | 地方". 東方網 馬來西亞東方日報 (dalam bahasa Cina). 2019-05-22. Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Ramasamy, P. (2022-07-31). "Why discriminate non-Malays in matriculation programme?". Sinar Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Sulaiman, Noor Atiqah (2024-06-30). "Calon SPM dapat 10A dan ke atas dijamin tempat lanjut pengajian - Anwar". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ Ismail, Khuzairi (2024-07-02). "Jaminan SPM 10A ke matrikulasi cetus persaingan sihat - Anuar". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-15.
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-malaysia/matrikulasi-kerajaan-jamin-kuota-bumiputera-dikekalkan-pm-477033. Dicapai pada 2025-03-15. Missing or empty
|title=
(bantuan)