Tun Dato' Seri Md Raus bin Sharif (lahir 4 Februari 1951) merupakan Ketua Hakim Negara Malaysia[1] dari 1 April 2017 hingga 31 Julai 2018.[2] beliau menggantikan Arifin Zakaria.

Md Raus Sharif
S.S.M., P.M.N., P.S.M., D.A., S.S.T.M., S.P.D.K., S.S.A.P., KHN
Ketua Hakim Negara
Dalam jawatan
1 April 2017 – 31 Julai 2018
Dicalonkan olehDato' Sri Najib Razak
Dilantik olehSultan Muhammad V
Didahului olehTun Arifin Zakaria
Digantikan olehTan Sri Richard Malanjum
Maklumat peribadi
Lahir
Md Raus bin Sharif

(1951-02-04) 4 Februari 1951 (umur 73)
Rembau, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganSalwany Mohamed Zamri
Anak2
Tempat belajarUniversiti Malaya
London School of Economics

Pendidikan

sunting

Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja di Rembau dan melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar di Tampin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1976 kemudian mendapat Ijazah Undang-undang dari London School of Economics pada tahun 1987.[3]

Kerjaya

sunting

Beliau menyertai Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebagai majistret pada tahun 1976.

Pada 1 November 1994, beliau telah dijadikan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Pada 12 Januari 1996, beliau dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Malaya. Sejak itu, beliau telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 28 Julai 2006, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 12 September 2011, beliau dinaikkan pangkat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Keluarga

sunting

Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Dato' Indera Salwany Mohamed Zamri dan mempunyai dua orang anak.

Penghargaan

sunting

Beliau telah dianugerahkan:

Rujukan

sunting
  1. ^ "The Honourable Tan Sri Dato' Seri Md Raus Bin Sharif". Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 8 April 2017.
  2. ^ Harun, Hana Naz (1 April 2017). "Tan Sri Md Raus appointed new Chief Justice". New Straits Times. Dicapai pada 2 May 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Chief Justice of the Federal Court". Chief Registrar's Office, Federal Court of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-16. Dicapai pada 9 April 2017.
  4. ^ "Chief Justice heads honours list". The Star Online. 9 September 2017. Dicapai pada 28 September 2017.

Pautan luar

sunting