Medang teja merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan kawasan India, Indochina serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Cinnamomum iners Reinw. ex Bl.[1] Tumbuhan ini sama spesies dengan kayu manis (Cinnamomum), dan juga dikenali sebagai kayu manis hutan atau teja lawang.[2][3]

Medang teja
Pokok medang teja
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Laurales
Keluarga:
Lauraceae
Genus:
Spesies:
C. iners
Nama binomial
Cinnamomum iners
(Reinw. ex Blume.)
Sinonim
  • Cinnamomum aromaticum Zoll.
  • Cinnamomum calyculatum Miq.
  • Cinnamomum curtisii Lukman.
  • Cinnamomum dasyanthum Miq.
  • Cinnamomum eucalyptoides Nees
  • Cinnamomum javanicum var. neglectum (Blume) Meisn.
  • Cinnamomum manillarum Lukman.
  • Cinnamomum neglectum Blume
  • Cinnamomum nitidum Nees (nom. Illeg.)
  • Cinnamomum rauwolfii Blume
  • Cinnamomum reinwardtii Miq.
  • Laurus iners Reinw. ex Nees

Penerangan

sunting
 
Daun dan batang medang teja.

Medang teja adalah sejenis pokok malar hijau berdaun rendang setinggi 10-15 m dengan batang lurus berwarna perang kelabu. Bunganya berwarna putih susu atau kuning dan berbau pedas. Kayunya pula digunakan bagi membina rumah dan perabut. Pokok ini memiliki nilai perubatan tradisional dan banyak digunakan dalam perawatan cara tradisional.[4]

Kebaikan

sunting

Daunnya digunakan sebagai ubatan tradisional bagi meredakan demam dan sakit kepala, mengatasi masalah pencernaan, dan masalah membuang angin. Selain itu, daunnya yang direbus pula digunakan bagi merawat rheumatism. Daun ini digunakan secara meluas dalam penghasilan colok dan ubat nyamuk bakar kerana baunya yang harum dan kandungan pelekat yang tinggi.

Kulitnya digunakan sebagai teh untuk membuang toksik dan dijual sebagai mesni di Malaysia. Akarnya pula dipercayai dapat memulih tenaga bagi perempuan lepas bersalin, melancarkan pengaliran darah serta berkesan mengecutkan rahim.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting
Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z