Mejar Jeneral (Amerika Syarikat)

Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Mejar Jeneral ialah pegawai jeneral berpangkat dua bintang dalam Tentera Darat, Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa.

Mejar Jeneral
Major General

Insignia dua bintang Mejar Jeneral. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berlainan antara pakaian seragam yang berbeza dan cabang perkhidmatan yang berbeza.


Shoulder board Mejar Jeneral

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan MG (Army)
MajGen (Marine Corps)
Maj Gen (Air Force dan Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai jeneral
Pangkat Dua bintang
Kod
NATO
OF-7
Pangkat tinggi seterusnya Leftenan Jeneral
Pangkat rendah seterusnya Brigedier Jeneral
Persamaan pangkat

Pangkat mejar jeneral lebih kanan dari brigedier jeneral dan lebih muda dari leftenan jeneral.[Note 1] Gred gaji major general ialah O-8. Ia setaraf dengan pangkat laksamana muda dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat lain yang menggunakan pangkat tentera laut. Perkataan major general disingkatkan ke MG bagi Tentera Darat, MajGen bagi Kor Marin, dan Maj Gen bagi Tentera Udara dan Tentera Angkasa.

Major general merupakan pangkat kekal tertinggi masa aman yang boleh dianugerahkan kepada pegawai bertauliah dalam perkhidmatan beruniform (kecuali Jeneral Angkatan Darat & Jeneral Angkatan Udara yang diberi kuasa dan diluluskan oleh Kongres) kerana pangkat yang lebih tinggi secara teknikalnya adalah sementara dan dikaitkan dengan jawatan tertentu, walaupun hampir semua pegawai yang dinaikkan ke pangkat itu diluluskan untuk bersara pada pangkat terakhir mereka. Seorang major general biasanya memerintah unit divisyen bersaiz 10,000 hingga 15,000 askar.

Peronda Udara Awam juga menggunakan pangkat major general, yang merupakan pangkat tertingginya dan hanya disandang oleh komander nasional.

Had statutori sunting

Kanun Amerika Syarikat mengehadkan sejumlah bilangan pegawai jeneral yang mungkin bertugas aktif pada bila-bila masa. Sejumlah bilangan pegawai jeneral bertugas aktif dihadkan kepada 231 orang bagi Tentera Darat, 62 orang bagi Kor Marin, dan 198 orang bagi Tentera Udara.[1] Beberapa slot ini dikhaskan atau ditetapkan secara terhad oleh statut. Sebagai contoh, Timbalan Ketua Hakim Peguam Tentera Darat[2] ialah seorang major general dalam Tentera Darat; pangkat sama juga dipegang oleh Timbalan Ketua Hakim Peguam Tentera Udara;[3] Ketua Jurutera Tentera Darat[4] juga dilantik sebagai major general dan selepas itu dinaikkan ke lieutenant general.

Kanun Amerika Syarikat juga mengehadkan sejumlah bilangan pegawai jeneral yang mungkin berada di Reserve Active Status List (RASL) di Komponen Simpanan, yang ditakrifkan dalam kes pegawai jeneral sebagai Pengawal Kebangsaan Tentera Darat, Tentera Darat Simpanan, Kor Marin Simpanan, Pengawal Kebangsaan Udara, dan Tentera Udara Simpanan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 10 USC § 526. Authorized strength: general and flag officers on active duty
  2. ^ 10 USC 3037 Judge Advocate General, Assistant Judge Advocate General, and general officers of Judge Advocate General's Corps: appointment; duties
  3. ^ 10 USC 8037 Judge Advocate General, Deputy Judge Advocate General: appointment; duties
  4. ^ 10 USC 3036 Chiefs of branches: appointment; duties

Nota penerangan sunting

  1. ^ The rank of major general originally began as sergeant major general and was junior to the rank of lieutenant general. Over time, "sergeant" was dropped and by the late 17th/early 18th century it had been shortened to major general. As a result, the rank of lieutenant general continues to be senior to major general, even though the rank of major has always been senior to the rank of lieutenant.

Pautan luar sunting