Filem Melati Putih merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1984. Filem Melati Putih diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Melati Putih
PengarahBharathiraja
Dibintangi
  • Shaffie Mohamed
  • Tantiana Hamzah
Tarikh tayangan
1984
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Melati Putih mula ditayangkan pada 1984 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaffie Mohamed, Tantiana Hamzah dan ramai lagi.

Filem ini adaptasi dari Filem Tamil "16 Vayathinile" lakonan Sridevi, Kamal Hassan dan Rajinikand yang ditayangkan pada 1977.

Pengarah sunting

Filem Melati Putih diarah oleh pengarah M. Raj pada 1984.

Ringkasan sunting

  • Filem Melati Putih mengisahkan seorang gadis, Melati (Tantiana Hamzah) bercita-cita tinggi tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana tergoda dengan seorang doktor muda. Akibat hubungan dengan doktor itu, nama baiknya telah tercemar. Seorang pemuda cacat di kampung itu jatuh hati padanya tetapi cinta lelaki itu dipermainkannya. Setelah Melati dikecewakan oleh doktor itu, barulah dia sedar cinta suci si pemuda itu. Filem Melati Putih diarahkan M. Raj.

Pelakon sunting

  • Shaffiee Mohamad sebagai Tempang/Adam
  • Tantiana Hamzah sebagai Melati
  • Rokiah Shafie sebagai Sharifah
  • Yusof Haslam sebagai Hisham

Lagu sunting

  • Melati Putih (nyanyian Siti Fairoz) Copyright Controlled

Pencapaian sunting

Lihat juga sunting


Pautan luar sunting