Mohd Kamal Hassan

ahli akademik Malaysia
(Dilencongkan dari Kamal Hassan)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal bin Hassan (26 Oktober 1942 – 23 Februari 2023) ialah seorang ahli akademik dan ilmuwan Islam, pengkhususan dalam pemikiran Islam semasa, khususnya berkaitan rantau Asia Tenggara. Beliau ialah Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-3 dari 1998[1] hingga 2006.


Mohd. Kamal Hassan

PSM, JSM; PhD (Columbia)
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke-3
Dalam jawatan
5 April 1998 – 31 Mei 2006
CanselorSultan Haji Ahmad Shah
Didahului olehProfesor Emeritus Dato' Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman
Digantikan olehProfesor Dato' Sri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid
Butiran peribadi
Lahir(1942-10-26)26 Oktober 1942
Pasir Mas, Kelantan, Malaya
Meninggal dunia23 Februari 2023(2023-02-23) (umur 80)
Kuala Lumpur, Malaysia
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Columbia
PekerjaanPenyelidik

Latar pendidikan sunting

Kamal menuntut di Sekolah Sultan Ismail di Kota Bharu. Beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam pengajian Islam di Universiti Malaya (UM) pada 1965. Beliau melanjutkan pengajian pascasiswazahnya di Universiti Columbia, di mana beliau memperoleh Sarjana Sastera pada 1970, Sarjana Falsafah pada 1972 dan Doktor Falsafah pada 1975.[2]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya akademiknya di Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana beliau mempengerusikan Jabatan Usuluddin dan Falsafah pada 1979 dan kemudiannya dilantik sebagai profesor penuh. Beliau kemudian menyertai UIAM, di mana beliau mengasaskan Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan pada 1983. Beliau mengganikan Profesor Emeritus Dato Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman sebagai Rektor ke-3 UIAM pada 5 April 1998 dan berkhidmat dengan jawatan tersebut sebelum digantikan oleh Profesor Dato Sri Syed Arabi Syed Abdullah Idid.

Bagi menghargai sumbangan beliau kepada negara, beliau telah terpilih sebagai Tokoh Akademik Negara pada 2017.[3] Beliau meninggalkan UIAM pada 30 Julai 2018 selepas 42 tahun perkhidmatan dalam pendidikan Malaysia, dengan gelaran Profesor Emeritus. Sebelum keluar UIAM, beliau merupakan Profesor Ulung[4] di Pusat Islamisasi (CENTRIS) UIAM. Beliau salah seorang daripada tiga ahli akademik di Malaysia yang mendapat pangkat Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2010.[5]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ibrahim, Salina (17 April 2001). "UIAM isi harapan ummah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2018. Dicapai pada 4 August 2018.
  2. ^ "Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan – WICULS 2016". World Islamic Countries University Leaders Summit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-04.
  3. ^ Qhairil Eemann, Nor Shayaumil (3 November 2017). "3 cendekiawan terima anugerah Tokoh Akademik Negara". Berita Harian. Dicapai pada 4 August 2018.
  4. ^ Baharom, Sofian. "Rajah Profesor Ulung Negara". Utusan Online. Dicapai pada 2018-08-04.
  5. ^ "3 named distinguished professors". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-04.

Bacaan lanjut sunting

  • Md Mahmudul Hasan, "Iqbal’s and Hassan’s Complaints: A Study of “To the Holy Prophet” and “SMS to Sir Muhammad Iqbal”." The Muslim World 110.2 (2020): 195-216. https://doi.org/10.1111/muwo.12335