Menara Berkembar Jesselton

Menara Berkembar Jesselton ialah bangunan pencakar langit berkembar, yang setinggi 56 tingkat, dengan tinggi 192.15 meter di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Menara B telah siap pada 26 Dis 2022 dan Menara A telah siap pada 15 Feb 2023. Ia telah mengatasi Menara Kinabalu sebagai bangunan tertinggi di Pulau Borneo .

Menara Berkembar Jesselton
Jesselton Twin Towers
Menara Berkembar Jesselton setinggi 56 tingkat
Map
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di Pulau Borneo, Sabah, Malaysia sejak 2023[I]
Didahului olehMenara Kinabalu
Maklumat umum
StatusSiap dibina
JenisKondominium kediaman berkembar
LokasiOff Jalan Bersatu, Damai, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Koordinat5°57′58″N 116°05′52″E / 5.9662°N 116.0979°E / 5.9662; 116.0979Koordinat: 5°57′58″N 116°05′52″E / 5.9662°N 116.0979°E / 5.9662; 116.0979
Pembinaan bermula2018
Disiapkan pada
Menara B = 26 Dis 2022
Menara A = 15 Feb 2023
Tinggi192.15 m (630.4 ka) [1][2][3]
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
56
Keluasan tingkat
3,229 m2 (34,760 ka2)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekArkitek Billings Leong & Tan Sdn. Bhd.
UIG Architects Sdn Bhd
PemajuJesselton Properties Sdn Berhad
Kontraktor utamaChina State Construction Engineering (M) Sdn Bhd
Laman sesawang
https://www.jesseltontwintowers.com/

Kemudahan sunting

Menara Berkembar Jesselton tersebut dirancang untuk menjadi bangunan pertama di Borneo yang dilengkapi dengan lif berkelajuan tinggi, yang dibuat oleh Mitsubishi.

Dek rekreasi akan terletak di tingkat sepuluh (10) dengan kemudahan seperti bilik gimnasium, 50-meter long (160 ka) kolam renang, jakuzi, bilik majlis, sauna dan bilik wap, dan taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga kemudahan langit di tingkat 54 dan 55, yang terdiri daripada skydeck, taman langit, dewan serbaguna, ruang istirahat dan perpustakaan.

Skydeck itu juga sepatutnya menjadi skydeck tertinggi di Borneo, menghadap ke Teluk Likas dan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Borneo dan Malaysia.

Sejarah sunting

pada 12 Mac 2024, Menara Berkembar Jesselton secara rasmi telah mendapatkan Sijil Penghunian (OC), yang diumumkan oleh Jesselton Properties, juga Sijil tersebut telah diisukan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Haji Sabin Samitah, kepada Pengerusi Eksekutif Jesselton Group, Tan Sri Datuk David Chu, dan beliau merakamkan penghargaan kepada Dr Sabin dan pegawai yang mengiktiraf penyiapan Menara Berkembar Jesselton selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan untuk permohonan OC [4].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "中建八局承建的马来西亚亚庇双子塔项目B楼封顶". CSCEC website. 17 February 2022.
  2. ^ "共建"一带一路"十周年央视《共同的建造》播出中建八局马来西亚亚庇双子塔项目". 澎湃新闻. 14 October 2023.
  3. ^ "Jesselton Twin Tower A". CTBUH website. 3 January 2024.
  4. ^ "Borneo's tallest building, Jesselton Twin Towers, officially obtains OC". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). 12 Mac 2024. Dicapai pada 14 Mac 2024. Jesselton Twin Towers, the tallest building in Borneo, officially obtained its Occupation Certificate (OC) on Tuesday.