Mengistu Haile Mariam

Mengistu Haile Mariam (lahir 21 Mei 1937) adalah seorang askar dan ahli politik dari Habsyah; beliau merupakan tokoh utama dalam negara tersebut di mana beliau menjadi diktator memerintah negara ini dari tahun 1977 selepas penggulingan pemerintahan Maharaja Haile Selassie I sebagai pengerusi junta tentera Derg (dari tahun 1977 hingga 1987) dan Presiden Republik Demokratik Rakyat Habsyah (dari 1987 hingga 1991).

Mengistu Haile Mariam
Pengerusi Derg dan Ketua Negara Habsyah
Dalam jawatan
3 Februari 1977 – 10 September 1987
TimbalanAtnafu Abate (Feb hingga Nov 1977)
Didahului olehTafari Benti
Digantikan olehDiri sendiri sebagai Presiden
Dalam jawatan
17 November 1974 – 28 November 1974
Bertindak
Didahului olehAman Mikael Andom
Digantikan olehTafari Benti
Presiden Habsyah
Dalam jawatan
10 September 1987 – 21 Mei 1991
Perdana MenteriFikre Selassie Wogderess
Hailu Yimenu
Tesfaye Dinka
Naib PresidenFisseha Desta (1987–1991)
Tesfaye Gebre Kidan (1991)
Didahului olehDiri sendiri sebagai Pengerusi Derg
Digantikan olehTesfaye Gebre Kidan (pemangku)
Setiausaha Agung Parti Pekerja Habsyah
Dalam jawatan
12 September 1984 – 21 Mei 1991
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Maklumat peribadi
Lahir (1937-05-21) 21 Mei 1937 (umur 87)
Wolayita atau Provinsi Kaffa, Afrika Timur Itali (Sekarang Habsyah)
Parti politikParti Pekerja Habsyah
PasanganWubanchi Bishaw
AnakTemehert
Tigest
Andenet
KediamanHarare, Zimbabwe

Mengistu mengalahkan pesaing untuk kuasa dari Derg dan menjadikan dirinya diktator Habsyah, cuba memodernisasi ekonomi feudal Habsyah melalui dasar Marxis-Leninis seperti nasionalisasi dan pengedaran semula tanah dalam kalangan rakyatnya. Penyatuan kekuatannya pada tahun 1977-1978 dikenali sebagai Keganasan Merah Habsyah.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ Jeffrey Gettleman, 'Ethiopian court convicts Mengistu Haile Mariam of genocide', New York Times, 12 November 2006. Paul Henze, however, states this accusation as a fact (Layers of Time, p. 188).