Mentega Terbang

Filem bebas Malaysia 2023 arahan Khairi Anwar

Mentega Terbang ialah sebuah filem bebas Malaysia 2021 arahan Khairi Anwar. Filem ini pertama kali ditayangkan pada 28 November 2021 di Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2021. Filem ini mengisahkan konflik keagamaan seorang remaja Islam, Aisyah, yang mendalami teologi agama-agama utama lain, terutamanya persoalan hidup selepas mati.[1]

Mentega Terbang
PengarahKhairi Anwar
Penulis
  • Khairi Anwar
  • Arjun Thanaraju
  • Visshnu Varman
  • Ti Teng-Hui
Dihasilkan oleh
  • Tan Meng Kheng
  • Cassandra Lew
Dibintangi
  • Syumaila Salihin
  • Firdaus Karim
  • Nik Waheeda
  • Arjun Thanaraju
  • Shyamala Kandapper
  • Jesebel Lee
  • Khairunazwan Rodzy
SinematografiSidney Chan
Disunting olehSidney Chan
Muzik oleh
  • Viona Palencia
  • Christian Palencia
Syarikat
penerbitan
Anomalist Production
Meng Kheng Entertainment
Tarikh tayangan
  • 28 November 2021 (2021-11-28)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Mentega Terbang mengisahkan kisah seorang remaja beragama Islam, Aisyah, dengan ibunya merupakan seorang penghidap kanser terminal, sementara bapanya merupakan liberal keagamaan, dan sering mempersoalkan soal hidup mati. Dalam filem ini, Aisyah mula mendalami aspek-aspek pelbagai agama seperti mendalami kitab-kitab suci, termasuk Al-Quran, Alkitab dan Veda. Setelah ibunya meninggal dunia, Aisyah ternampak seekor kupu-kupu menetap di atas pusara ibu, menyebabkan Aisyah kemudian mula tertarik kepada konsep reinkarnasi—lahir semula menjadi makhluk lain selepas kematian.

Penerbitan sunting

Filem ini menjadi arahan sulung Khairi Anwar yang juga menulis skrip bersama Arjun Thanaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui.[2]

Keluaran sunting

Mentega Terbang ditayangkan pada 28 November 2021 secara tertutup di beberapa lokasi terpilih di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.[3]

Sambutan sunting

Respons sunting

Filem ini menerima respons pelbagai; sebilangan pihak memuji tindakan berani filem dalam mengangkat topik kontroversi sebegini, dan dibandingkan dengan filem-filem serupa oleh Yasmin Ahmad.[4] Sementara itu, sebahagian rakyat Malaysia beragama Islam pula menentang topik dan penceritaan yang dibawa, terutamanya babak-babak Aisyah mempersoalkan hukum-hakam Islam, dan perwatakan liberal bapanya.[5]

Ulasan kritis sunting

Filem ini menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik filem. Ellyna Ali dari portal Getaran menyifatkan filem ini sebagai karya yang "penuh keberanian" sambil berpendapat "menonton Mentega Terbang seolah-olah membawa kita kembali ke proses awal ketika kita cuba mengenal hidup, mengenal Tuhan, mengukuhkan iman dan cuba memahami kebenaran agama itu sendiri".[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Jakim sah filem Mentega Terbang bertentangan akidah". Utusan Malaysia. 1 Mac 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  2. ^ Bissme S. (19 Ogos 2021). "A story of death & hope". The Sun Daily. Dicapai pada 4 April 2023.
  3. ^ a b Ellyna Ali (16 Disember 2021). "'Mentega Terbang' Filem Yang Penuh Keberanian". Getaran. Dicapai pada 4 April 2023.
  4. ^ Zaidi Mohamad (14 Disember 2021). "Bakal cetus kontroversi?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  5. ^ Nizam Zain (27 Februari 2023). "Haramkan filem Mentega Terbang, promosi pluralisme – Ibrahim Ali". Malaysia Gazette. Dicapai pada 2 Mac 2023.

Pautan luar sunting